Kenapa Perut Lelaki Buncit Lepas Kahwin?
Rasanya bukan aku seorang saja yang bertanya diri sendiri kenapa orang lelaki bila dia dah berkahwin perutnya akan buncit. Selalu juga aku dengar orang cakap macam ni, “Sekarang ni kurus. Dah kawen nanti mesti gemuk.” Walaupun istilah gemuk dan buncit itu tak sama, tapi dalam konteks ini ianya membawa maksud yang serupa, iaitu perut naik. Tapi…kenapa ye? – Aku bukan kurus wei, cuma tak gemuk je haha.
Persoalan itu terjawab akhirnya selepas aku baca satu artikel dalam Majalah Maskulin edisi Ogos 2009 baru² ni. Jadi rasanya elok juga berkongsi dengan rakan² info pasal ni. Artikel yang anda akan baca nanti mungkin ada yang mencelarukan perasaan. Mungkin rangsangan dirinya sedikit terganggu. Tapi ketahuilah, aku tiada niat untuk berkata lucah ke apa kat sini. Anggaplah ianya satu info yang patut diberi perhatian bagi anda yang bergelar lelaki terutamanya. Perempuan pun sama juga. Takkanlah suami nak isterinya slim anggun menawan tapi perut suaminya boroi ke depan sampai nak tengok kaki sendiri pun tak nampak hehe. Sama²lah berusaha supaya dua² maintain slim dan bergaya.
Menurut artikel dalam kolum Info Seks majalah tersebut, lelaki yang dah berkahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya. Orang perempuan pula perut buncit kerana kena ‘buatan orang’ hehe. Gurau². Ok. Selalu juga kita dengar lelaki yang dah berkahwin ni perut buncit sebab ada orang jaga makan minum dia. Entahlah boleh diterima ke tak. Ianya sekadar agak² orang, bukannya fakta pun. Ini faktanya yang perlu kita tahu.
Kita sambung lagi.
Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Ooo…
Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. Kasihan ‘dia’.
Khasiat Air Mani untuk Wanita
Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.
Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat². Kena sama² pandai jaga badan lepas kahwin, ok?
Khasiat lain sperma untuk wanita:
- Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
- Mengurangkan jerawat.
- Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.
Edah dan Air Mani
Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan seks dengan suami baru.
Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak. Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad. Kajilah dulu kalau boleh. Memang diyakini Islam itu benar.
Itulah saja info yang baru aku dapat. Lelaki buncit lepas kahwin ni kadang² orang cakap sebab hati senang. Mungkin satu faktor lagi kot yang menyumbang. Ada orang suka lelaki berperut buncit, lagi² bila dah jadi ayah. Boleh anak² belajar mendaki ‘bukit’ hehe. Terpulanglah.
51 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...







Ciss.. ayat last ‘mendaki bukit’ tu xbleh blah. Menang berlaku pada diriku, bukan sekadar mendaki bukit, mereka buat tempat lompat secara bergilir-hilir. Anak kecil xapa la. Kadang2 anak2 suka tidur atas perut, nyenyak plak tu. hahaha!
Afiffuddin´s last [type] ..Perniagaan Cyber Cafe
[Reply]
Amirez Reply:
December 8th, 2011 at 12:06 am
haha. diorang ingat trampolin kot
setakat ni perut kempis lagi hehe
[Reply]
umikakakhaizadaus Reply:
January 5th, 2012 at 9:29 pm
hehe.. mmg gitu la jadinya.. untung gak ank2 yg ade ayah perut besow ckit jd x yah belikn diorg tilam ble tdo kt perut jer.. hehe
[Reply]
Amirez Reply:
January 6th, 2012 at 12:10 am
hehe. anak saya dah suka tido atas perut saya walaupun perut tak besor lagi
[Reply]
byk jgk dgr org ckp lelaki/perempuan lepas kwin sng hati n cpt ‘mengembang’…hehe.
Nadia @ Shah Alam´s last [type] ..Selangor Agrofest 2011
[Reply]
baca blog pon dpt ilmu tau..thanks!
[Reply]
da gak terdgr2 info mengenai ni,
[Reply]
faktor pemakanan banyak membuat lelaki mempunyai perut buncit. Banyak sangat makanan yang berminyak dan kurang berkhasiat.
shaharil´s last [type] ..Nak Bas Apa Ke UUM ?
[Reply]
Amirez Reply:
September 20th, 2011 at 10:39 am
mungkin juga tu. perut buncit juga maknanya banyak cacing dalam perut hehe
[Reply]
Jadi para lelaki jangan selalu sibuk bekerja. Bagi waktu untuk istri dan anak.
Kerja Kosong´s last [type] ..Railway Signalling and Engineering Vacancies 2011 Australia
[Reply]
Amirez Reply:
September 18th, 2011 at 9:38 pm
pandai2 bahagikan masa antara kerja dan keluarga
[Reply]
ohh nanti lepas nikah je saya nak ukur lilit pinggang suami saya, pastu update kat blog pastu setahun pastu nak ukur agik haha adoii..btw lelaki perut buncit ni manataknya balik ada org siapkan makanan, duduk je panggil “yanggggg” terus air sampai… panggil lagi “yanggggggg” datang pulak jajan…pastu waktu malam “sedap sayang masak” yelah bini pandai masak mesti perut suami cepat naik
[Reply]
Amirez Reply:
September 17th, 2011 at 9:43 pm
kenyang perut suka hati kata orang
[Reply]
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN
[Reply]
Amirez Reply:
August 19th, 2011 at 11:21 am
selamat hari raya
[Reply]
aku dok pikir2 mmg logik la…airmani boleh bersatu dgn darah n diserap oleh bdn isteri. kira betul la ni. bab licinkan kulit muke dgn airmani tu ramai yg ckp but x taw la takat mana jadinyer huahuaha.
[Reply]
Amirez Reply:
May 12th, 2011 at 6:32 pm
eheh..entahlah. hanya orang yang buat saja boleh buktikannya
[Reply]
IkinNaz Reply:
June 17th, 2011 at 11:47 am
hahaha.. saje nak share. pasal air mani boleh licin kulit muka tu mungkin betul atau kebetulan. sbbnya, saya mmg jenis muka berjerawat sejak remaja smpai sebelum kawen. puas dh guna mcm2 dr mahal ke murah… lepas kawen dan lepas jek bersalin, mmg ajaib jerawat sebijik xde.. muka makin gebu, cerah dan licin je. Alhamdulillah, cantik untuk suami.. suami plak yg dulu kurus kering skrg jd Mr. uncet, tp i tetap syg. tak tau samada hub suami isteri tu yg menyebabkn kulit jadi licin atau secara kebetulan. apa2 pn ape klu nak kulit licin jgn la smpai amik benda tu buat sapu/cuci muka plak…. hehehehe…. saya rasa mbe ada penerangan secara saintifiknya, mungkin bila berkahwin kita rasa lebih gembira, kurang tekanan tu yg kulit makin berseri2. Wallahualam…
[Reply]
Amirez Reply:
June 17th, 2011 at 11:51 am
thanks puan ikin sudi share
sy pun sokong, dah kawen ni ada perubahan yg ketara. kalau bukan rupa, maybe sikap yg akan berubah. sama ada lebih +ve atau -ve tu terpulang pd individu.
tapi maybe betul gak jerawat ni punca tekanan. hormon jadi tak stabil. bila dah kawen, hidup lebih ceria, jadi boleh kawal hormon tu
sebelum kawen pun my hb da boroi…sampai my sis kata dia kaki botol..adoi..sadisnya hati kecil aku..but..bila da hidup ngan die..i know him very much..tapi masalah nye..die makan ke,tak makan ke..same je..
maybe baka die mcm tu..who know?tapi aku bersyukur,asal sihat cukup la.amin.
[Reply]
Amirez Reply:
April 26th, 2011 at 6:46 pm
biasalah..lain orang lain ukurlilit perutnya
macam saya, sebelum kawen agak kurus. sekarang ni dah naik sikit. lagi 5 tahun tak tahulah macam mana. harapnya still maintain camni
[Reply]
nape org yg dh kwen mzti bncit prut slps tidow sejinjang?
[Reply]
Amirez Reply:
February 21st, 2011 at 9:01 pm
tido sejinjang? macam mana tu mummy?
[Reply]
owh.. camni.. memg perkahwinan saling melengkapi..
Izwan´s last [type] ..Diari Seorang Lelaki 2011
[Reply]
haha..bagus entri nih..
[Reply]
Amirez Reply:
December 12th, 2010 at 11:59 am
terima kasih
[Reply]
nasib baik perut ku x buncit..hehe
[Reply]
Amirez Reply:
October 26th, 2010 at 10:30 pm
samalah kita hehe
[Reply]
ap22 jee Reply:
January 28th, 2011 at 2:52 pm
ko owg mse xkwin mmg laa xbunct tp ble dh kwin 22 bncit ap cter??
[Reply]
Amirez Reply:
January 28th, 2011 at 7:12 pm
saya dah kawen hehe
kawin memang seronok asalkan tidak mengikut nafsu semata2
[Reply]
seronoknya dapat kawinkan??
[Reply]
lelaki memang patut tahu dan jaga benda-benda macam tu
[Reply]
Salam perkenalan. Good entry. Saya rasa suami2 yang buncit ni sebab lepas makan terus tidur, hati senang la katakan.
[Reply]
Amirez Reply:
March 19th, 2010 at 9:42 am
hehe ada betulnya gak kot
[Reply]
fuhhh…body lebih cutting????uwaa…lagi tak sabar nak kawin..hihi….
[Reply]
Amirez Reply:
September 2nd, 2009 at 8:21 pm
eleh..dulu ckp tak nak kawen
[Reply]
body lebih cutting?hurmm..aku sgt menunggu tu ha ha ha
.-= qider @ fie yang comei´s last blog ..Go! Go! Qider….. =-.
[Reply]
Amirez Reply:
September 2nd, 2009 at 8:20 pm
teori ok..teori hehe
[Reply]
air mani bole ilangkan jerawat???erk….tetibe je rasa nak kahwin..hihi…
[Reply]
Amirez Reply:
September 1st, 2009 at 6:29 pm
boleh lak pk camtu huhu.
bergantung pd orang jugak ashud.
orang yg dh kawen ni byk perubahan dia.
bibir jd merah bak delima…lebih mungil…
body lebih cutting…
kulit jadi gebu dan halus.
sebab tu kita digalakkan kawen waktu usia muda
nak jadi mcm tu senang, nak kekalkan yg susah
[Reply]
benarkah? hanya maniam yang kenal manikam (kah3).
ada logiknya dan kebenanrannya. mereka yang berkahwin tahu akan kebenaran tersebut.
ia bergantung juga kpd teknik-teknik tertentu. tidak berlaku kepada semua perkara. seebarnya petua-petua orang lama ada sangkut paut dengan perkara di atas tapi biasalah orang kita malu nak kongsi bab ni.
btw, nice info!
[Reply]
Amirez Reply:
September 1st, 2009 at 5:09 pm
secara teorinya begitulah kot.
hanya org yg dh berkawen lebih mengetahui
[Reply]
hehe…segan lak baca entry ni..tp bgs gak..dpt new info…now, br la tau nape lelaki yg dh kwn suma nye jd mr.boolat…hehe…tp yg psl khasiat 2, slalu gak dgr..cuma xtau la btl ke x..dl masa skolah, kwn suma ckp klo muka jerawat, pi letak bnd 2 kat muka….adeeeiii…geli lak dgr nye…apepun, good entry…
**p/s: nnt agak2 nye klo kamu khwn, kamu jd mr.boolat x??? hehe
.-= nzms_ein´s last blog ..kerajinan =-.
[Reply]
Amirez Reply:
September 1st, 2009 at 3:49 pm
sy jd boolat? hehe..ada org tu nak sy jd mr. uncet
[Reply]
nzms_ein Reply:
September 1st, 2009 at 3:59 pm
kihkihkih…mst si dia suka awk jd mr.uncet ye
.-= nzms_ein´s last blog ..kerajinan =-.
[Reply]
hubby aku..haiihh..sblm kawen ritu perut mmg dah naik,lepas kawen ni jgn ceta la..aku rasa macam nak pgg rotan soh dia pumping lima ploh kali, geram sungguh tgk dia makan..tu blom ceta part dia kena ngabihkan makanan aku (aku dah makin kurang selera makan,tensen betul,tgk makanan semua nak,bila dah beli @ amik,makannya sikit je)
[Reply]
Amirez Reply:
September 1st, 2009 at 2:14 pm
eheh..jgn emo² fie…
pujuk dia lembut² utk kempiskan perut.
ajak dia bersenam sama²…kan romantik tu hehe
[Reply]
islamjati Reply:
August 19th, 2011 at 6:13 am
MENGIKUT HUKUM ISLAM..AIR MANI ADALAH HARAM DI MAKAN/MINUM.JGNLAH MENGIKUT ORANG KAFIR
[Reply]
Amirez Reply:
August 19th, 2011 at 11:21 am
terima kasih ingatkan
[Reply]
Kenapa Perut Lelaki Buncit Lepas Kahwin? | Amirez…
Artikel yang anda akan baca nanti mungkin ada yang mencelarukan perasaan. Mungkin rangsangan dirinya sedikit terganggu. Tapi ketahuilah, aku tiada niat untuk berkata lucah ke apa kat sini. Anggaplah ianya satu info yang patut diberi perhatian bagi anda…