Keputusan World Cup 2010 Dari Google
Ini kali pertama aku update blog dengan entri tentang World Cup 2010. Sebelum ni cuma ada entri pasal isteri aku yang demam World Cup je hehe. Entahlah, World Cup 2010 ni tak berapa teruja sangat nak tengok. Bahangnya pun aku tak rasa sangat. Mungkin sebab bingit dengan bunyi vuvuzela yang macam bunyi lebah tu kot. Cristiano Ronaldo pun tak selesa dengan bunyi bising tu katanya. Ramai jugak yang komplen tapi cadangan nak haramkan vuvuzela untuk perlawanan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan tak jadi pulak. Pasukan-pasukan hebat macam Italy, Perancis, Brazil kalah sebelum separuh akhir mungkin berpunca daripada gangguan vuvuzela kot eheh. Emosi sket sebenarnya ni pasal isu vuvuzela. Sejak game pertama lagi aku dah mula rasa tak seronok tak tengok sebab bingit sangat walaupun cuma depan tv. Diorang yang main kat stadium tu tak taulah macam mana, kan?
Ok. Cukup pasal vuvuzela. Semalam try search kat Google guna keyword ‘world cup‘, tak sangka keluar keputusan perlawanan yang diupdate oleh pihak Google. Keputusan perlawanan akan update selepas tamat setiap perlawanan. Baguslah Google neh!
Bukan itu saja. Google jugak tunjuk next match yang akan berlangsung mengikut waktu negara masing-masing. Macam dalam gambar kat atas ni kita boleh tengok Google bagitau perlawanan antara Uruguay dengan Belanda pada pukul 2:30 pagi tadi. Screenshot ni aku snap semalam sebelum diorang start lawan. Sekarang ni Belanda menang 3-2 ke atas Uruguay. Yeay!! Oh ye, sekali lagi bagus betul Google neh!!
Aku cuba test dengan keyword ‘piala dunia‘ pun ada keputusan perlawanan yang diupdate. Baguslah Google neh!!
Selain daripada Google, boleh juga check update keputusan perlawanan World Cup 2010 ni melalui Berita Harian Online. Tapi aku lebih suka check kat Google, lagi laju loading dan lengkap dengan perlawanan seterusnya siap dengan masa dan tarikh lagi. Baguslah Google neh!!








July 7th, 2010 at 6:56 pm
wah bagusnya cik google neh !!! suke2 hehehe
July 7th, 2010 at 8:18 pm
taulah suka tengok bola
July 8th, 2010 at 12:39 pm
German kalah… sedih sey..:(..
July 8th, 2010 at 1:40 pm
nampaknya ramalan Paul si Sotong Kurita tu tepat