Kerana 50% Diskaun Saman Trafik…

Pagi tadi sungguh memenatkan. Bukan penat badan tapi penat otak bila memikirkan sistem pengurusan tidak efisien sesetengah perkhidmatan kat Malaysia ni yang aku yakin ramai dah mengalaminya.

Al-kisahnya, pukul 8:30 pagi tadi lagi aku ke Balai Polis Cawangan Trafik untuk bayar saman yang kena 4 November lepas kat Kuala Lipis. Dah lama rasanya tak pernah kena speed trap kat area tu. Dulu selalu sangat kena sampaikan aku jadi cukup berhati-hati bila kat situ, mesti drive sekitar 60 hingga 70 Km/j sebab kat situ adalah kawasan had laju 70 Km/j.

Tapi yang memanaskan hati, seingat aku area tu memang tidak ada pun papan tanda had laju 70 Km/j. Yang ada cuma papan tanda had laju 90 Km/j. Siapa yang tak geram bila kena speed trap kat situ. Macam samseng yang datang mintak duit perlindungan. Yelah, papan tanda had laju tak ada, tengok-tengok sampai surat saman ke rumah. Tak nak bayar nanti tak boleh renew road tax. Nampak sangat nak duit, sebab itulah kerajaan bagi diskaun 50% untuk bayar saman dalam tempoh 15 hari dari tarikh surat saman, barulah ramai orang nak bayar. Kalau tak, memang liatlah nak bayar, tak gitu hehe.

Sekitar pukul 9 pagi aku sampai ke Balai Polis Cawangan Trafik, Pengkalan Chepa. Dulu terletak kat Kota Bharu, dekat sikit tapi bangunan lama. Masuk dalam, fuh…ramai betul yang beratur nak bayar saman. Kaunter cuma ada satu, barisan orang nak bayar saman ni dah bertambah sampai tiga line. Aku ingat kalau datang pagi-pagi ni taklah ramai sangat, lagi-lagi hari bekerja. Dua hari lepas aku datang pukul 4:15 petang, pun ramai macam pagi tadi juga. Ambik nombor, ada lagi 123 orang kena tunggu baru sampai giliran aku. Itu baru buat semakan, lepas semak kena ambik nombor giliran baru pula untuk buat bayaran. Ramai yang merungut tadi kenapa diorang tak semak lepas tu terus bayar? Bukan ke lagi senang dan cepat? Kononnya ada pengkhususan la buat camtu nak bagi nampak sistematik? Huh!!

Bila rang dalam yang ada aircond tu dah sendat dengan manusia terpaksalah aku berdiri kat luar. Kebetulan bangunan tu menghadap matahari naik, bukan main panas lagi badan aku disinari mentari pagi huhu. Tak tahan panas, aku ambik keputusan ke pejabat pos untuk bayar saman bila abang yang dah datang empat kali tu bagitau kat pejabat pos pun boleh dapat diskaun 50%. Nombor giliran tadi aku bagi kat orang yang baru datang.

Aku ke Pejabat Pos Besar Kota Bharu. Cabut nombor, kena tunggu 16 orang lagi baru sampai giliran. Tengok kaunter ada 10, yang buka cuma 4. Oh, syabas! Orang pun taklah ramai mana pada mulanya, mesti kejap je ni aku fikir.

Duduk dah hampir sejam, tak lagi panggil nombor aku. Orang sekeliling aku pun dah panas punggung. Lelaki lembut kat sebelah aku ni pun dah buat aksi melentok-lentok badan. Makcik belakang aku dah mula membebel geram sebab ramai pekerja yang cuti. Nak tergelak bila makcik tu cakap ambik dia bekerja jelah kalau orang tak nak kerja haha. Comel pula aku tengok makcik tu, anak dia lagilah comel hehe tapi taraf kakak la. Abang sebelah lelaki lembut tu dah mula geram sebab ada orang yang ambik kesempatan atas nombor giliran yang tidak bertuan. Nak tak nak, sabar jelah.

Tak lama lepas tu sampai juga giliran aku. Saman pun selesai dah bayar. Tapi hati ni rasa geram juga sebab banyak masa terbuang. Sekurang-kurangnya sediakanlah majalah, boleh juga baca sambil tambah ilmu. Ini senaskah pun tak ada. Kedai gunting rambut kat kampung aku pun sediakan majalah. Tahniah buat Pejabat Pos Besar Kota Bharu.

Untuk mengubati hati yang terguris, aku ke KB Mall untuk lunch. Masa tu dah tepat pukul 1 petang. Sebelum tu aku tinggalkan kereta kat car wash untuk polish sambil-sambil nak makan chicken chop eheh. Makan chicken chop sorang-sorang je tadi. Memang terasa janggal, tak biasa makan sorang-sorang kat food court. Cepat-cepat aku makan, kemudian ke bahagian baby beli barang sikit. Turun bawah, kereta dah nak siap dipolish. Hulur RM128, terserempak pula dengan kawan seofis dulu. Borak-borak kejap, terus balik ke rumah dengan perut yang tak berapa sedap sejak dari pagi lagi.

Sampai rumah terus tidur, kepala dah rasa pening…

26 thoughts on “Kerana 50% Diskaun Saman Trafik…

  1. salam bro…saman yg 2 3 tahun lepas boley gk ke bayar kt pejabat pos..?dapat diskaun gk ke..?klaun saman yg dh kuar waran tangkap cm mn..? nk setel cm mn..?

    • tak pastilah ayie. tapi hari tu try bayar saman utk bulan 7 lepas, boleh gak dapat diskaun. kalat nak check kat pejabat pos diorang tengok IC. masalahnya tak semua kereta yg kita drive tu atas nama kita. kalau diorang boleh check melalui plet kete senanglah nak tau ada saman ke tak, kan?

      yg dah kuar waran tangkap tu tak pasti macam mana. kena pergi cawangan trafik gak kot. kalau try bayar kat myeg takut nanti duit tu tak diterima lak, nanti duit tu terapung kat mana2, susah nak dapat refund

  2. Saya dulu kena speed trap lebih kurang sama dengan bro, kawasan speed limit 60km/j tapi bawa kena 90km/j. Memang kena nak buat camna rayu tetap nak kena saman bayar jugalah.

    Lagi best sama-sama kawan on the balik ke KL dari Kelantan. Kami memang bergilir-gilir bawa kereta. Time saya bawa kereta dia kena tahan dekat roadblock sebab kawan pakai tinted gelap sangat. Pasal saya bawa kereta tersebut kena saman dan owner kawan buat tak tahu nak ulur IC dia. Dalam kes ni siapa yang salah? atau siapa yang tak bertimbang rasa?
    Entri Terbaru akubiomed » Terima kasih join Google Friend Connect di blog Akubiomed

    • owh..ini memang tak patut. kalau kena saman sebab lebih had laju ada logiknya juga bro yg disaman sebab bro yg drive. tapi kalau kereta kawan bro disaman sebab tinted gelap, memang tak patut nama bro masuk dalam rekod atas kesalahan orang lain

      • bayar kat pejabat pos pun boleh dapat half discount tapi tengok pada jenis saman juga. tak semua saman dapat diskaun.

        better bayar kat pejabat pos, orang tak seramai kat balai polis cawangan trafik. lagi baik kalau pergi awal pagi

  3. aku paling tak suke bila buat urusan dengan kerajaan nie..kadang2 tue line dah 2 3 baris tapi kaunter yang bukak cume satu..dah tahu orang ramai, bukaklah kaunter banyak2..orang lain pon ada banyak kerja/ urusan lagi nak buat..adoi..

    • itulah. diorang cuma fikir diorang je. kita yg beratur panjang atau tunggu turn lama ni yg banyak buang masa. kita pun ada urusan lain juga kan

    • oo ye ke. ish, memang tak patut kalau jadi camtu. banyak juga dengar kes macam ni. ada orang yg tak pernah naik kereta pun tiba2 surat saman sampai rumah

  4. hahahah….kire ok la tu..kalau kat bukit aman tu, lg la kena beratur pnjg..ein dtg opis blm ade kul 8 tapi dh ramai yg beratur kat kaunter bawah tu…time lunch lg la jgn citer..nsb la diri ku xde kereta lg..hehee
    Entri Terbaru ..ein.. » ubat stress

  5. Pingback: IMCurtain.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge