Kereta Parking Kurang Ajaran
Ini kisah sebuah kereta yang parking tanpa menghiraukan orang lain. Ops, bukan salah si kereta, salah si pemandunya yang hanya memikirkan diri sendiri. Kisah ini berlaku petang semalam sekitar 5:30 petang ketika aku hendak ke suatu tempat dengan segera selepas habis waktu kerja.
Amalan mem’block’ kereta lain di area tempat aku kerja sudah menjadi satu kebiasaan. Sejak wujudnya sebuah bank dengan penuh gah di sini, makin banyak kereta parking di kawasan line kuning. Itu belum dikira kereta yang block di belakang kereta orang lain. Kalau sekejap tak menjadi masalah. Ini makan masa sampai setengah jam, apa kes? Pernah terjadi kepada kereta bos aku sendiri yang waktu itu dia ingin segera ke suatu tempat untuk meeting. Tak pasal² lambat jumpa klien gara² kereta dihalang dari belakang. Pulak tu, tuan empunya kereta pergi minum di gerai mamak.
Tapi petang semalam sebijik kereta Myvi hijau daun pisang ni menghalang kereta aku dari sebelah tepi dengan penuh bangganya. Ini kali pertama aku jumpa seorang pemandu yang sangat ‘berhemah’ begini. Lihat gambar di atas, itulah kereta beliau. Paling tak tahan, dia boleh selit kupon parking kat wiper. Apa ingat tak kena saman Majlis Perbandaran ke parking macam tu walaupun ada kupon parking? Hahaha memang aneh orang ini.
Entah berapa lama dia parking pun tak tahu. Lupa pula nak tengok masa kat kupon parking dia. Mungkin dah lama kot sebab aku tengok dah banyak parking kosong yang ‘halal’ dekat² situ. Puas aku hon, tuan empunya myvi hijau daun pisang tak kunjung tiba. Aku hon bertalu² sampai orang dalam kedai makan tengok² aku. Malu juga tapi itu hak aku untuk membunyikan hon sebagai mangsa parking haram. Pastinya kereta itu bukan dimiliki orang Islam sebab ada gambar tuhannya. Korang faham rasanya kan gambar apa. Aku malas nak menyebut.
Lepas puas bermain² dengan hon kereta, aku nekad untuk memboloskan diri dari situ. Kereta comel aku terpaksa diengsot² sikit demi sikit dan akhirnya berjaya juga memboloskan diri macam dalam game show BOLOS di Astro haha. Belum puas hati lagi, aku tulis satu nota dan selitkan di wiper kanan myvi hijau kulit pisang itu. Bukan kata² caci maki ye. Hanya secebis nota nasihat buat dia supaya lain kali tak menyusahkan orang lain pula.
Macam mana kalau ada orang emergency nak ke hospital? Lu pikirlah sendiri myvi hijau daun pisang!!
6 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...







Cian myvi ijau yang tak bersalah tu…kagum gak dgn anda yang berhemah ni. Kalaulah daku kat tempat tu….mmmm aci tak lekukkan tapak kasut kat pintu ijau tu? hu hu hu gurau je. Bulan Ramadhan memang uji kesabaran….
.-= Anyss´s last blog ..Jom, Bayar Zakat Fitrah! =-.
[Reply]
Amirez Reply:
August 25th, 2009 at 4:09 pm
hari tu kena lagi..tapi nasib baik dpt engsot mcm dulu eheh
[Reply]
aku ni sbnrnya tak sanggup nak buat camtu..entahlah..
tapi semalam kete aku kena block lagi masa nak pegi solat jumaat.
dah la kena tunggu ofis kejap nak terima cek elaun..sampai msjd khatib dh naik mimbar.
nasib baik amoi tu kat kedai dpn kete aku je..cun pulak tu..tak jadi nak marah hahaha
[Reply]
puas hon tapi tak sampai2 juga. cadang nak buat camtu juga sambil cekak pinggang dengan pandangan mata bengis haha
[Reply]
Hon je lama2… pun tu bila org tu datang… buat2 geleng kepala tanda bengang…
View Profile: Rantong™
[Reply]
aku penah kena..time tu aku nak membalikkan diri ke rumah n time 2 time solat magrib..aku siap kuar cekak2 pinggang smbil hommie aku menekan hon dgn bergayanya..seb baik la tuan pny keta mmg dok standby kt kedai berhampiran,kalo tak pk time magrib tu mcm2 ada,mmg aku dah hamun…
[Reply]