Anda di sini: Laman Utama » Uncategorized » Keropok Lekor Perisa Seluar Dalam Wanita

Keropok Lekor Perisa Seluar Dalam Wanita

by Amirez on May 4, 2009 · 13 comments

PERHATIAN! Tiada unsur² lucah pada artikel ini. Kanak² bawah umur 12 tahun pun digalakkan membaca. Terima kasih.

Keropok Lekor Perisa Seluar Dalam Wanita

Khamis lepas aku balik ke kampung sempena cuti Hari Pekerja 1 Mei lepas. Nasib baik jugak program tunda bulan 6. Kalau tak, entah bila dapat balik ‘cuti panjang’ lagi.

Jumaat tu mak aku ke Kuala Terengganu untuk berubat dengan sorang pengamal perubatan tradisional kat sana. Alang² dah ke KT rugi kalau tak beli keropok lekor dua tiga bungkus paling kurang. Niatnya itu disampaikan kepada pengamal perubatan tradisional tersebut.

Pengamal perubatan tu bagitau sesuatu kat mak. Katanya, jangan beli keropok lekor kat *tut*. Tak diberitahu pula kenapa. Tapi mak aku ni sifat ingin tahunya tinggi. Lepas puas bertanya, akhirnya pengamal perubatan tu buka mulut.

Katanya, kedai tu ada ‘resipi’ rahsia yang buatkan keropok lekornya laku sampai boleh cecah RM600 sehari hasil jual keropok lekor sahaja. Tak kira orang Cina atau India apatah lagi Melayu, bila singgah Terengganu mesti ke kedai dia untuk beli keropok lekor. Sedap kata diorang.

Sebenarnya kata pengamal perubatan tersebut, penjual itu menggunakan air yang direndam seluar dalam wanita untuk rebus keropok lekor yang dijual. Seluar dalam dia mungkin. Makin lama tak basuh makin sedap barangkali. Yucks!!

Tapi betul ke cerita yang disampaikan tu? Pada pandangan aku, mungkin ia hanya rekaan semata² daripada penjual keropok lekor lain yang inginkan perniagaan keropok lekor ‘perisa seluar dalam’ itu rugi kehilangan pelanggan. Mungkin sebab dengki, cerita begitu diada-adakan.

Fitnah ni lebih cepat merebak daripada virus H1N1. Dengar kata dah ramai orang Terengganu tak beli kat kedai tu sebab dah tau ‘perisa’ yang digunanya.

Kalaulah betul cerita tersebut, sila tunjukkan bukti, terutamanya buat orang Terengganu sendiri. Kalau terbukti penjual tersebut menggunakan air rendaman seluar dalam wanita untuk melariskan jualan keropok lekornya, memang patut perniagaannya diboikot.

Tapi andai kata ia sekadar cerita hasad dengki, orang yang mereka² cerita itu patut melutut meminta maaf kepada penjual yang difitnah tersebut. Dia patut sedar, dosa memfitnah lebih besar daripada dosa membunuh.

Janganlah mudah percaya bulat² dengan satu² cerita sebelum kita selidik dahulu kesahihan cerita itu. Bimbang kalau kita menjadi penyambung fitnah. Dan fitnah itu akan makin membesar dan merebak dengan mudah dari mulut ke mulut. Sememangnya orang kita suka cerita² ‘sensasi’ tanpa selidik kebenaran sebenar.

p/s: Mak aku bawa balik 10 bungkus keropok lekor hoho. Hadiahkan kepada saudara mara sahabat handai. Memang enak dimakan, rasa penuh perut dengan ikan. Dia beli kat kedai lain katanya haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 13 comments… read them below or add one }

Amirez August 22, 2010 at 7:13 pm

betul jugak tu Shahrul..hm..

Reply

Shahrul August 22, 2010 at 7:00 pm

Org kita, benda yg x pasti pun akan cerita. Pastu bg tau, “Benda ni x tau betul ke tak”, tp tetap cerita. Org yg dengar tu pun,sambung cerita lg.
Shahrul´s last [type] ..Ebook Pertolongan Cemas

Reply

ubey May 11, 2009 at 1:46 am

rendaman panties tu jijik ah. haha. tp memang laku gle pn kepok lekor ganu tu. even ak dk klantan sanggup turun jentih nak beli kepok ganu. byk ikan. pencicah pn masyuk

ubeys last blog post..Tak Salah Berkain Pelikat, Tapi…

Reply

topo May 10, 2009 at 7:00 am

hohhoho terliur plak nak makan keropok lekor.. hahahah tp keropok lekor Melaka xde feel la.. tepung je banyak.. hohooh

topos last blog post..mengenali kamen rider bersama topo…

Reply

SangPelangi May 7, 2009 at 10:58 am

Allahuakbar. Terkejut sungguh. Tapi, bukan pada perisa itu. Pada manusia keji yang menyebebarkan fitnah sebegitu. Kau boleh kirimkan satu penumbuk pada si pembawa cerita? Hik3.

SangPelangis last blog post..SangPelangi akan dibukukan.

Reply

Qider May 6, 2009 at 12:25 pm

hg ni..buat aku rs nyesal plak sbb dh dua kali p KT tp tak beli kopok lekor..ishhhh..penat snorkeling punya pasal…

Qiders last blog post..Aku tidak boleh menulis

Reply

nurulanis May 4, 2009 at 8:04 pm

err rasa penuh perut dgn ikan?? heheh
agak2nye leh bukak akuaria x :P

nurulaniss last blog post..Ten Things…

Reply

Amirez May 4, 2009 at 8:21 pm

hehe. leh buka kolam mancing dh neh :P

Reply

Amirez May 6, 2009 at 7:10 pm

oho..snorkling sbnrnya point hg kan :P
nak bg aku jeles ah tu huhu

Reply

Amirez May 7, 2009 at 1:53 pm

kirim penumbuk?
dasat sungguh hehe.
kalau betul ianya fitnah,
dia mmg layak terima kiriman penumbuk kau itu.
tampar jepun pun orait juga :D

Reply

Qider May 8, 2009 at 2:05 pm

peh…cemana hg bley tau niat ter’surat’ aku tue?nge~~ ;p

Qiders last blog post..Aku tidak boleh menulis

Reply

Amirez May 10, 2009 at 8:56 am

kat mana2 selain terengganu ngan kelantan selalunya tepung je lebih huhu

Reply

Amirez May 11, 2009 at 8:39 am

keropok lekor gannu mmg sedap, lebih ikan drp tepung. pencicah pun sedap mcm ko ckp :)
maybe sbb ikan kat sana murah kot berbanding negeri lain.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: