Keyword Popular Amirez.com
Ini entri terakhir untuk hari ni sebelum aku balik kampung tengah hari nanti. Mungkin juga dalam tiga hari ni aku tak update blog ni dengan entri-entri baru. Draf entri dah makin bertambah tapi nak post entah bila. Ada yang tergantung takde penutup, ada yang tak cukup point. Kebelakangan ni aku rasa kurang entri-entri bernas yang boleh bawa manfaat kepada pembaca khususnya korang, sama ada yang pernah bagi komen ataupun silent reader. Erk…entri-entri dulu pun rasanya takde manfaat mana pun haha.
Oklah, untuk menjadikan blog ini lebih berguna, aku dengan rendah dirinya memohon agar anda (tak nak guna ‘korang’
) berikan cadangan tajuk atau topik yang ingin aku kaji, bincang, review, apa-apa sajalah untuk aku postkan kat blog ni. Berkenaan dengan kategori buat masa ni aku buka untuk semua kategori tapi tak bermakna aku akan pilih semuanya. Daripada cadangan korang tu aku akan pilih mana yang sesuai untuk aku publish kat Amirez.com. Kalau ada apa-apa cadangan tajuk entri, silalah utarakan dengan menggunakan borang ni.
Ok. Baru nak masuk tajuk eheh.
Salah satu cara untuk tingkatkan trafik ke blog adalah melalui penggunaan keyword yang selalu masuk ke blog kita. Daripada keyword tu kita jadikannya sebagai tajuk entri secara berulang. Maknanya kita akan dapat target visitor melalui cara tersebut. Katakan orang taip keyword ‘lagu majlis perkahwinan’ dan blog korang berada pada tangga teratas page 1 Google, bermakna blog korang sangat berpotensi untuk diletakkan dalam niche tersebut. Tak mustahil produk korang laku kalau korang jual something yang berkaitan dengan keyword tersebut. Tapi jangan jual lagu-lagu artis ye, salah di sisi undang-undang. Lagu-lagu buatan sendiri takpe eheh.
Entri ni taklah nak bincangkan secara detail berkenaan dengan penggunaan keyword. Mungkin pada masa akan datang aku akan buat satu entri khas pasal ni.
Hari ni cuma nak tunjuk keyword yang agak kuat yang masuk ke Amirez.com ni. Bila tengok rasa nak gelak pun ada. Nasib baik aku gelak kat rumah. Kalau aku online kat tempat awam macam McDonalds, tak ke orang pandang senget kat aku nanti hehe.
Kat bawah ni satu screenshot daripada statistik yang aku gunakan pada blog ni.
Cuba lihat most search keyword tu. Keyword ‘lelaki gay’ yang paling banyak setakat ni haha. Apa blog aku ni blog gay ke?? Dulu-dulu ada la aku buat satu entri ni pasal sorang gay yang selalu ganggu aku kat YM. Kalau korang nak baca, search la sendiri ye. Aku tak galakkan pun korang baca entri tu sebab ianya lebih kepada emosi aku semata-mata. Malas nak bagi link. Baru sekarang ni aku akui sepatutnya aku tak tulis entri macam tu. Sebenarnya ada gambar gay tersebut tapi aku dah buang. Lebih baik rasanya.
Ok, tengok keyword satu lagi yang kedua tertinggi, ‘khasiat air mani‘ haha. Macam lucah la pulak tapi sebenarnya itu entri ilmiah. Jangan fikir bukan-bukan haa. Tajuk entri tu bukanlah khasiat air mani. Itu sekadar keyword. Nampaknya keyword density lebih kuat daripada title itu sendiri.
Kat bawah ni pulak screenshot daripada alexa. Dulu aku tak ambik kisah langsung pasal alexa sebab blog ni diwujudkan pun tanpa hala tuju yang tepat. Tapi skang aku nak tetapkan satu matlamat yang jelas dengan blog ni. Apa dia? Biarlah rahsia eheh.
Yang ni aku kurang pasti macam mana alexa kira kekuatan keyword yang aku gunakan. Keyword upin ipin tu pun salah satu keyword yang agak kuat dalam blog aku satu ketika dulu. Statistik kat alexa ni aku kurang faham sangat. Jadi tak nak ulas panjang-panjang, nanti lebih merapu daripada hal yang sebenar.
Sebut pasal alexa, so far blog ni dah di tangga 1,548,612 berbanding tiga minggu lepas blog aku ni berada pada ranking 3 juta lebih haha. Masa tu tak aktif sangat. Baru semenjak dua menjak ni aku selalu update. Update pun taklah content yang berkualiti sangat. InsyaAllah lepas-lepas ni aku akan update dengan isi-isi yang lebih berkualiti dan berguna untuk pembaca. Takdelah orang buang masa baca blog Amirez.com ni kan? Mungkin tu satu faktor jarang sangat orang komen blog aku ni walaupun trafik banyak termasuklah direct traffic.
Malu sebenarnya nak tunjuk tapi takpe, ini sebagai satu motivasi aku gak. Aku akan cuba sedaya upaya untuk naikkan lagi ranking alexa ni ke tahap 500k. Itu dah kira bagus sangat dah untuk blog ntahapahapantah ni. Yosh!!
Ok cukup setakat ni. Kerja pun dah siap, jadi aku nak siap-siap balik rumah kemas barang. Macam biasa, drive 7 jam balik kampung. Tapi sebelum tu kena cuci najis kucing kat rumah dulu yang dah berbau harum semerbak kat pintu belakang huhu.
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...








