Khutbah Jumaat Ala-ala Syarahan Sekolah

Cepat betul seminggu berlalu. Rasa macam baru dua tiga hari lepas dengar khutbah Jumaat, hari ni dengar lagi. Aih, bunyi macam tak suka dengar khutbah Jumaat je hehe. Memang betul, aku tak berapa suka dengar khutbah Jumaat. Jangan silap faham, apa yang aku maksudkan, khutbah Jumaat yang bunyinya ala-ala pertandingan syarahan kat sekolah.

Selama aku merasa nikmat nyawa ni seingat aku hanya dua masjid yang betul-betul boleh buat aku beri tumpuan dengan baik setiap kali Khatib membacakan khutbah….masjid tempat aku belajar kat matrikulasi dulu dengan masjid UTHM. Antara ketiga-tiga masjid tu masjid UTHM la yang paling aku puas hati. Kata Ustaz Aziz, bilal masjid UTHM yang suka bergurau, teks khutbah masjid UTHM bukan daripada kerajaan negeri, tapi dikarang sendiri oleh Pusat Islam UTHM. Sebabnya kata Ustaz Aziz, nak bagi khutbah biarlah sesuai dengan tahap pemikiran majoriti jemaah. Kalau guna teks khutbah yang dibuat oleh kerajaan negeri biasanya level teks tu kurang sesuai dengan level jemaah yang majoritinya terdiri daripada pelajar-pelajar universiti. Jadi Pusat Islam UTHM mengarang teks khutbah yang lebih ilmiah dengan pengetahuan yang lebih tinggi. Bukan merendah-rendahkan teks khutbah sedia ada, tapi lebih baik sampaikan sesuatu yang bertepatan dengan jemaah.

Tengah hari tadi kepala aku dah mula nak berpusing-pusing duk tahan mengantuk. Semalam tidur pukul 4 pagi, siapkan kerja-kerja editing gambar photoshoot model tudung kat Pantai Seri Tujoh, Pengkalan Kubor hari tu. Pagi tadi pulak ada kursus pukul 9 sampai pukul 11:30 pagi. Sampai je kat masjid tadi ingat nak try lelap kejap lepas solat sunat Tahiyyatul Masjid tapi tak terlelap pulak. Mengantuk, tapi takleh lelap. Bila tok imam baca khutbah lagilah aku rasa mengantuk. Aku ingat nak bagi khutbah pasal tsunami yang melanda Jepun hari tu tapi tak. Khutbah hari ini tentang Guru Ibarat Lilin. Tajuk tu aku letak sendiri tapi korang faham-fahamlah isi khutbah tadi hehe.

Bukan nak mengata, apatah lagi nak mengutuk. Tapi biarlah khutbah betul-betul dengar macam khutbah. Ini tak, dah macam syarahan pula. Masjid tu memang selalunya bagi khutbah ala-ala syarahan. Cuma bezanya ada selit ayat-ayat Quran ataupun hadis je. Tak pasti pula teks khutbah tu buat sendiri atau daripada kerajaan negeri. Yang pasti, isinya sangatlah membosankan. Mujur jugalah hari ni bukan hari kerja. Kalau tak, mesti ramai jemaah terhangguk-hangguk tanda ‘faham’ hehe. Biasa yang aku dengar khutbah Jumaat ni akan bangkitkan isu-isu semasa yang disampaikan dalam konteks Islam. Jarang pula dengar khatib bagi syarahan hehe. Maaflah kalau bunyinya agak kurang enak. Takde niat pun.

Improve

Berdasarkan pemerhatian, ada tiga perkara yang perlu dikuasai supaya khutbah menjadi lebih menarik dan menarik perhatian jemaah. Khutbah yang menarik boleh mengelakkan daripada jemaah yang terhangguk-hangguk tidur hehe. Tiga perkara tersebut ialah:

  1. Intonasi yang berkesan – Khutbah bukan sekadar menyampaikan sesuatu perkara, tapi juga sebagai interaksi dengan jemaah yang mendengar. Biarpun penyampaiannya hanya sehala, penting bagi jemaah yang dapat berikan sepenuhnya tumpuan terhadap apa yang Khatib nak sampaikan. Kalau nada mendatar boring juga, kan? Pandai bermain intonasi sedikit sebanyak boleh menarik perhatian jemaah. Sama macam orang nyanyi lagulah, mana lagi best, nyanyi mendatar atau berintonasi atau berirama?
  2. Teks sesuai dengan jemaah – Rata-rata yang pergi solat Jumaat ni orang dewasa. Kanak-kanak biasanya duk main-main je kat saf belakang. Jadi teks tu biarlah sesuai dengan tahap kematangan jemaah. Cuba bayangkan, teks peringkat sekolah rendah dibacakan kepada pendengar dari golongan dewasa. Boring juga, kan? Kalau teks yang berkisah tentang isu-isu semasa lagi menarik perhatian jemaah.
  3. Bukan sekadar membaca – Kita kalau dengar orang bagi presentation tapi baca sebijik-sebijik kat layar pun rasa bosan, ye tak? Lagi best bila dia huraikan point-point yang ada, barulah lebih natural. Lebih kurang juga dengan khutbah. Selalunya khutbah yang sedap didengar adalah khutbah yang keluar dari mulutnya sendiri tanpa membaca teks, macam nak bagi ceramah agama. Masa aku duk KL dulu ada sorang Khatib bagi khutbah tanpa tengok sebaris pun teks khutbah yang ada kat depan dia. Masa tu dia cerita pasal Abu Jahal yang dikaitkan dengan sikap sesetengah masyarakat sekarang ni. Kat Matriks dulu lagi kelakar. Tengah dia syok-syok bagi khutbah tanpa baca teks boleh lak dia tegur jemaah-jemaah yang tertunduk tidur kat depan dia hehe. Mana tak sedar orang tu bila kena jerkah. Khatib tu mufti Negeri Sembilan yang kebetulan ada kat masjid tu. Macam tu la baru best nak dengar.

Kalaulah aku ada kuasa, nak nak je aku sarankan setiap Khatib ni masuk kelas BM balik. Belajar semula intonasi, kosa kata segala bagai untuk mantapkan lagi penyampaian khutbahnya setiap hari Jumaat. Masjid-masjid sekarang dah makin maju. Rata-rata masjid dah ada projektor dengan layar putih besar untuk tayang point-point khutbah hari tu. Tapi kalau sekadar alat je maju tak guna juga. Khatib sendiri pun perlu sentiasa memperbaiki diri sendiri supaya setiap khutbahnya dapat didengar para jemaah dengan penerimaan yang baik. Bukan senang nak bagi khutbah Jumaat. Ada yang terketar-ketar kepala lutut bila first time nak bagi khutbah. Berdiri depan 10 orang pun dah menggigil, apatah lagi satu masjid. Tapi rasanya bagi seorang imam itu tak menjadi masalah. Kalau tak, dia takkan dipanggil imam.

Sekadar berkongsi demi kebaikan semua.

Kredit gambar kepada Google

9 thoughts on “Khutbah Jumaat Ala-ala Syarahan Sekolah

  1. nak tau fakta tak?

    ikut sunnah, sepatutnya khutbah dipendekkan, solat dipanjangkan… korang rasa terbalek tak dengan hari ini ??

  2. KEBANYAKAN KHATIB / IMAM DAH BERUSIA.. ORANG-ORANG LAMA NI LAIN SKIT BRO.. TAPI KALAU TENGOK YANG MUDA2 SKIT SEKARANG LAIN.. TAPI TAKPELAH.. KALAU TAKDE YANG TUA MANA ADA YANG MUDA.. MEMANG BEST KALAU DENGAR CERAMAH DENGAN PENUH TENAGA..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge