Anda di sini: Laman Utama » Video » Konsep Ruang Terhad Yang Praktikal Daripada IKEA

Konsep Ruang Terhad Yang Praktikal Daripada IKEA

by Amirez on February 25, 2012 · 7 comments

Ingat lagi dengan entri Rumah Sempit Tapi Lengkap dulu? Konsep rumah berkeluasan terhad macam tu memang sesuai di negara-negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti Jepun dan Hong Kong. Betul juga kata bijak pandai yang idea kreatif itu selalunya datang apabila kita mengalami tekanan. Tekanan hidup dalam kawasan sempit akhirnya dapat melahirkan idea kreatif untuk mereka rumah yang lengkap dari dapur hingga ke ruang tamu dalam keluasan yang terhad.

Small Space Living Room IKEA

Sebut pasal rumah sempit, saya teringat rumah konsep yang dipamerkan oleh IKEA. Walaupun keluasan rumah cuma 24m² dan hanya berbentuk empat segi tepat ataupun sama, ianya tak menjadi halangan untuk mereka rumah yang serba-serbi lengkap termasuk dapur, ruang santai, tempat tidur dan bilik air. Semasa saya tinggal kat Sungai Buloh dulu selalu juga jalan-jalan ke IKEA sekadar tengok-tengok idea untuk dekor rumah. Teringin juga nak ada rumah kecik yang lengkap macam dalam video IKEA kat bawah ni:

Ada kemungkinan Malaysia juga akan menghadapi masalah keluasan tanah beberapa tahun nanti. Jadi bolehlah pertimbangkan konsep rumah jimat ruang macam ni nanti. Kecil tapi praktikal. Bak kata IKEA, “Rumah impian tidak semestinya besar. Just smart.” ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 7 comments… read them below or add one }

akubiomed February 27, 2012 at 2:32 pm

IKEA tidak perlu disangkalkan lagi. Saya sendiri pernah membeli barangan daripada IKEA masih didalam keadaan baik sehingga hari ini. Jaminan 100 hari untuk pulangan duit jika barangan rosak atas sebab pengilangan bukan semua penjual boleh beri.

Reply

Amirez February 27, 2012 at 9:52 pm

produk2 IKEA cukup memuaskan. saya pun setakat ni semua produk IKEA yang saya beli masih lagi baik walaupun dah setahun pakai

Reply

nuriz February 27, 2012 at 12:21 pm

ikea ni barang2 nya memang cantik berpatutan dgn harga jugak le :) memang teringin nak ada semua mcm tu mcm idaman jugak le hehe
nuriz´s last [type] ..Tasha Shila Pengsan Dalam Keranda Kerana Panggilan Arwah

Reply

Amirez February 27, 2012 at 12:44 pm

kat bilik saya dah ada 3 produk IKEA hehe. saya suka sebab DIY

Reply

farhan February 26, 2012 at 1:58 am

sempit tapi lengkap dan menarik
farhan´s last [type] ..Check Page Rank of your website

Reply

Shahrul February 25, 2012 at 11:50 pm

memang cantik…kalau ada bajet buleh buat tu
Shahrul´s last [type] ..Lagu Dangdut Haram

Reply

Amirez February 26, 2012 at 12:47 am

rumah kecik senang nak kemas hehe

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: