Konvoi Berbasikal Bersama Hot FM Kelate

Hari ni dah masuk hari ke empat Hot FM Kelate beroperasi di Kelantan dengan empat orang Dj muda yang berbakat. Sebelum 2 Januari lepas saya rasa stesen radio Hot FM dah mula putarkan lagu-lagu yang mengikut selera orang Kelantan bermula pukul 11 pagi lepas tamat segmen AM Crew. Hampir-hampir nak beralih radio dah rasanya bila dengar lagu-lagu Bollywood ke udara. Saya ni bukanlah layan sangat lagu-lagu Bollywood. Lagu-lagu rock 90-an boleh terima lagi tapi kalau dah selalu sangat dengar muak juga. Lagu-lagu selepas pukul 11 pagi ni hanya boleh dengar di Kelantan sahaja melalui frekuensi 105.1Hz FM. Sama macam THR Gegar Pantai Timur.

Tapi sejak 2 Januari lepas boleh dikatakan saya puas hati dengan penyampaian Dj-Dj baru Hot FM Kelate ni. Petah berbicara dalam loghat standard bercampur Kelantan sampaikan kadang-kadang diorang tersilap sebut perkataan. Terbelit lidah agaknya hehe. Saya rasa kalau nak cakap dalam bahasa Kelantan elok cakap sepenuhnya dalam loghat Kelate. Nak guna bahasa standard, guna sepenuhnya. Kalau nak campur-campur sebenarnya boleh tapi guna bahasa Kelantan yang distandardkan. Camana tu? Faham-faham jelah bagi mereka yang faham. Tapi jangan pula guna bahasa standard yang diKelantankan, pelik benor lak bunyinya hehe. Tapi not bad la, best jugak diorang ni. Saya suka dengar celoteh Dj Farid dengan Fizie.

Konvoi Yeah-Yeah Tour Hot FM Kelate

Hari Sabtu, 7 Januari 2012 nanti Hot FM Kelate akan menganjurkan program Yeah-Yeah Tour dengan berbasikal sejauh 9.6 Km yang akan bermula dari Tesco Kota Bharu pada pukul 8 pagi. 100 orang peserta pertama yang mendaftar akan mendapat T-shirt eksklusif Hot FM Kelate. Saya ingat nak join, nak ajak adik ipar sekali. Tapi bila teringat yang saya ni dah tak ada basikal dah sekarang ni, terpaksalah lupakan aktiviti berbasikal ni huhu. Dah lama dah tak naik basikal sebenarnya. Kalau tak silap tahun 2003 kot kalu terakhir saya kayuh basikal. Tunggu duit Innity cukuplah dulu baru nak beli basikal baru. Fixie mungkin hehe.

Kat bawah ni adalah peta laluan Konvoi Yeah-Yeah Tour Hot FM Kelate. Klik untuk paparan lebih besar.

Peta Laluan Konvoi Yeah-Yeah Tour Hot FM Kelate

Kalau ada masa bolehlah ke Tesco Kota Bharu 7 Januari nanti. Untung-untung boleh menang cabutan bertuah. Hadiahnya lumayan juga, TV LCD 42″ dan basikal Fixie. Maklumat lanjut boleh rujuk di laman web Hot FM Kelate.

Kredit gambar kepada Hot FM Kelate

«
»

This Post Has 17 Comments

  1. titan says:

    rumah aku dah takde basikal dah. semua dah hantar ke kampung bagi anak buah..

  2. arrizz says:

    orang kelate and ganu dah ada radio hotfm masing2..negeri lain bile lagi?hehe
    Entri Terbaru arrizz » Wordless Wednesday – Lagi serangan hacker

    • Amirez says:

      mungkin hot fm akan kembangkan lagi sayangnya kot. tapi kalau setiap negeri dah ada stesen hot fm masing2, nanti hot fm KL tak meriah la pulak hehe

  3. Chipcoklat says:

    huhuhu… hot fm kelate.. org kelantan suka dengar lagu bollywood ke.. ish.. dah mcm org png plak.suka hindustan..heheheh…
    Entri Terbaru Chipcoklat » Penulis Baru Di Blog Cecite-Cecite

    • Amirez says:

      kalau pasang radio Kelantan FM, asal bukak je lagu hindustan..asal bukak je lagu hindustan hehe. golongan muda pun ramai gak yg suka hindustan

  4. farhan says:

    basikal ni bgus utk senaman..menyihatkan keluar peluh..mokhtar dahari lagenda bola sepak malaysia tu khabarnya selalu kayuh basikal..tu la pasal tendang bola kencang mcm peluru..heh
    Entri Terbaru farhan » BEN ASHAARI !!! Terima Kasih follow blog saya…Terharu!!!

  5. tehr says:

    aku masih ada basikal
    tapi rasanya dah rosak
    lama dah tak kayuh basikal
    Entri Terbaru tehr » Kelantan vs Negeri sembilan | Piala Sumbangsih 2012

  6. ohcikgu says:

    macam best aje dapat berbasikal ni. siap konvoi lagi diorang.
    Entri Terbaru ohcikgu » Safee Sali terpilih dalam Skuad Impian Asia 2011 – kategori Senior.

  7. Tuan Tanah says:

    Hot Fm dah ada versi kelate..dan Ganu hehhe..:) best2..:)
    Entri Terbaru Tuan Tanah » 300 juta unit Handphone terjual daripada Samsung untuk tahun 2011

  8. akubiomed says:

    Kalau yang ada basikal boleh turut serta sambil menikmati panorama di Kota Bharu.
    Entri Terbaru akubiomed » Ringkasan statistik prestasi blog AkuBiomed 2011

Leave A Reply





CommentLuv badge