Aug 10, 2010

Lafaz Niat Puasa Ramadhan

  • Share
  • Share

puasa Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Pemegang Mohor Besar Raja-Raja baru saja umumkan esok tanggal 11 Ogos 2010 akan masuk 1 Ramadhan 1431H. Bermakna lepas solat Isyak nanti dah boleh buat solat sunat Tarawikh. Jujur kata hati, aku sangat sukakan malam Ramadhan. Terasa seperti satu bulan yang sangat tenang, yang bebas daripada bisikan-bisikan syaitan, yang menjadikan diri ini rendah kepada Pencipta dan dapat memupuk diri jadi hambaNya yang soleh, insyaAllah.

Sepanjang bulan Ramadhan ni Amirez.com akan sajikan makanan artikel-artikel ilmiah yang berkaitan dengan bulan Ramadhan khususnya untuk meraikan kedatangan Ramadhan yang mulia ini. Jadi kalau tak nak ketinggalan setiap ilmu, bolehlah subscribe blog kerdil ni dengan isi form di sebelah kanan untuk dapat setiap info terus ke email korang. Ataupun boleh follow NetworkedBlog untuk update melalui Facebook.

Sebagai info pertama 1 Ramadhan, ada moleknya kita hafal niat puasa Ramadhan ni betul-betul dulu. Kadang-kadang terlupa juga sebaris dua, yelah, sekali setahun hehe. Kalau tak nampak boleh klik pada ayat tersebut untuk paparan lebih jelas.

Lafaz Niat Puasa Harian:

niatharianpuasa Lafaz Niat Puasa Ramadhan “Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”

Lafaz Niat Puasa Sebulan:

niatsebulanpuasa Lafaz Niat Puasa Ramadhan “Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala”

Doa Berbuka Puasa:

doaberbuka Lafaz Niat Puasa Ramadhan

“Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.”

Doa Selepas Berbuka Puasa:

doasesudahberbuka Lafaz Niat Puasa Ramadhan

“Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.”

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak icon wink Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kredit kepada Zelo

pixel Lafaz Niat Puasa Ramadhan

1 Comment

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks