Lagu Best Untuk Majlis Perkahwinan

Hujung-hujung tahun ni mesti banyak jemputan ke majlis perkahwinan atau kesyukuran sanak saudara ataupun rakan-rakan. Dalam bulan 12 ni ada la 3 kad jemputan aku dapat. Niat semestinya nak menghadirkan diri ke setiap majlis tapi mungkin tidak kesampaian. Apa nak buat, kerja tetap kerja. Bukan tak boleh apply cuti, masalahnya cuti tahunan aku cuma tinggal 2 hari je. Itupun nak digunakan untuk hari yang sangat sangat memerlukan aku untuk cuti. Apa-apapun insyaAllah jemputan akan diserikan dengan kehadiran aku nanti chee wah hahaha.
Tau ke sekarang ni aku tengah buat apa? Aku sekarang sedang menjalankan tugas sebagai seorang deejay majlis perkahwinan sambil melayari Internet haha. Pasang lagu je, takde buat ucap apa-apa pun suruh mak pakcik layan diri bila nak makan tu pastu sila letakkan pinggan dan gelas ke dalam bekas yang disediakan, takde. Pasang je berpuluh-puluh lagu dalam winamp, biarkan ia shuffle dari satu track ke satu track secara automatik. Kan mudah kerja aku eheh.
Semalam aku berhempas pulas mencari lagu-lagu berkonsepkan nasyid yang sesuai dengan majlis perkahwinan ni. Yelah, pasang lagu semasa majlis perkahwinan ni taboo bagi sesetengah orang. Jadi pemilihan lagu tu amat penting untuk menjaga sensitiviti golongan tersebut. Tak boleh fikir sedap didengar telinga sendiri je, kan? 1 Malaysia la katakan hehe…apa kaitan??!
Ok. Dalam playlist winamp yang aku tengah pasang ni (pengantin baru lepas berarak) ada 45 buah lagu yang aku fikir sesuai untuk diputarkan sepanjang majlis berlangsung. Takdelah semua sebenarnya pun yang sesuai. Sekadar nak pelbagaikan lagu je hehe. Oh, sekarang ni acara makan beradab lak. Tak lama dah turn aku nanti ececeh haha.
Berikut adalah 45 senarai lagu yang boleh korang guna (kalau nak gunalah) dalam majlis perkahwinan:
- Kompang (1)
- Kompang (2)
- Rabbani – Pengantin Baru
- Izam Eye & Waheeda – Kompang Dipalu
- Mestica – Selamat Pengantin Baru
- Nadamurni – Pengantin Baru
- Amar – Amani
- DeHearty – Siti Zulaikha
- DeHearty – Wanita
- DeHearty – Bidadari Hidupku
- Dehearty – Pengantin Baru
- Devotees – Kekasih
- Devotees – Mahar Cinta
- Far East – Bingkisan Rindu
- Far East – Cinta Pertama
- Hijjaz – Rumahku Syurgaku
- In Team – Bisikan Nurani
- In Team – Setanggi Syurga
- In Team – Nur Kasih
- In Team – Keluarga Penyayang
- In Team – Doa Seorang Kekasih
- In Team – Impian Kasih
- In Team – Kasihku Abadi
- In Team – Sutera Kasih
- Mestica – Destinasi Cinta
- Mestica – Kerana Cinta feat In Team
- Mirwana – Permataku
- Munif Ahmad – Bidadari
- Nazrey Johani – Isteri Solehah
- Rabbani – Bidadari
- Rabbani – Cari Pasangan
- Saff One – Isteri Solehah
- Saff One – Seri Seorang Isteri
- Saujana – Keluarga Bahagia (Minus One)
- Selamat Pengantin Baru (Instrumental)
- Suhaimi – Kias Cinta
- The Zikr – Isteri Solehah
- UNIC – Hanya Tuhan Yang Tahu
- UNIC – Atas Nama Cinta
- UNIC – Cahaya Cinta
- UNIC – Insan Bernama Kekasih
- UNIC – Mahligai Kasih
- Wildan – Setia Seorang Isteri
- Zaleha Hamid – Bunga Rampai
- Zaleha Hamid – Selamat Pengantin Baru
Zaleha Hamid? Eheh, abaikan lagu-lagu ni dalam kategori nasyid. Aku rasa lagu ni macam lagu wajib untuk kenduri kahwin. Lagu yang boleh menaikkan kemeriahan sesuatu perkahwinan, jadi rasanya tak salah aku masukkan dalam carta HotFM carta winamp versi 5.56 pro ni.
Jika korang menggunakan winamp, terdapat beberapa setting yang perlu korang buat supaya lagu yang korang pasang tu bunyinya lebih sedap dan efek untuk shuffle pun lebih menarik. Dalam entri seterusnya aku akan tunjukkan setting asas ni kepada korang. Itupun kalau korang guna winamplah. Kalau guna player lain aku tak berapa selesa dan tak berapa pandai nak alter setting yang ada. Terpulang pada diri masing-masing
Selamat pengantin baru kepada mereka yang berkenaan. Yang belum, cepat-cepatlah kawen hehe. Sesungguhnya perkahwinan itu adalah sunnah Nabi s.a.w.
Gambar asal kredit kepada http://blog.mohdrazali.com
22 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nuriz: Salam maulidurrasul.. terima...
- anjangman: Tq. kongsi maklumat...
- tehr: Salawat dan salam kepada nsbi...
- anjangman: Baru nak berjinak2 dgn...
- akubiomed: Saya tidak makan ikan....
- titan: memang tu yang aku wat. kalau...
- sabree hussin: nakal masa kecik2 je,...
- sabree hussin: sekarang dah stabil...
- hatiputera: emang sebaik-baik contoh...
- hatiputera: cuma dengar lagu...






salam..Tenkiu so much bap myediakan lagu2 kahwin ni n sypun mmg tgh mcari lagu2 yg ssuai utk ddendangkn dmajlis sy insyaALLAH xlama lg…:)
[Reply]
Amirez Reply:
January 25th, 2012 at 12:35 pm
salam. saya tumpang gembira dengan perkahwinan awak nanti
[Reply]
salam,thanks bro..sy btul2 tgh mencari list lagu nasyid utk mjlis nnti..tq so much..this really help me.. =)
[Reply]
Amirez Reply:
December 26th, 2011 at 10:38 pm
salam. sama2. bila majlisnya
[Reply]
tak suka sgt dgr DJ yg ckp lebih dpd mainkan lagu…=,=
[Reply]
Amirez Reply:
November 23rd, 2011 at 11:55 am
bukan senang nak jadi dj. celoteh mesti kena pada tempatnya. hari dulu tak bercakap pun, putar lagu je tugas sy hehe
[Reply]
Nadia @ Shah Alam Reply:
November 23rd, 2011 at 9:56 pm
yup..setuju. kalau main ckp je belum tentu best org dgr. hehe.
[Reply]
lagu maher zain xde?hee
[Reply]
alia Reply:
October 11th, 2011 at 12:55 pm
nk lagu maher zain ampa kena nyanyi live..haha
[Reply]
amir Reply:
October 11th, 2011 at 4:49 pm
aiyoo..mna bley nyanyi live kat majlis sndiri..haha ;p
[Reply]
alahai rasa2nya nanti majlis saya takde kenduri besar2an dan lagu2 pengantin kot, incik tunang seorang yg sangat bersederhana dan kami mmg dah rancang akad nikah pastu doa selamat jemout jiran tetagga dan saudara terdekat je..pastu pergi umrah..tak pening kepala nak mikir hutang pas nikah..
Cik Kuntum´s last [type] ..Facebook Medium Sihir
[Reply]
Amirez Reply:
September 17th, 2011 at 9:44 pm
itu yg sebaik-baiknya. yg afdal bila kenduri kawen dibuat jgn lupa ajak tetamu yg miskin
[Reply]
Salam bro,
tumpang sedut ye
suggest 1 lagi lagu, Hijjaz – Permaisuri Hatiku
[Reply]
Amirez Reply:
February 24th, 2011 at 9:24 am
salam helmi. sila2, jangan segan2 hehe.
thanks ingatkan lagu tu. lagu tu pun best juga
[Reply]
haha. copek copek la kawen yo. ekau tu memang gata sjak azali lagi
[Reply]
donload lagu sket ye bang… pakcik da lamo nak kawen, da gata bona da… ko gak yang jalan dlu… samola ngan adik qider den sorang 2….;).. copek bona, xdo tggu abang ae ha
[Reply]
salam
[Reply]
Salam….
Incik tuan tanah… sy dh donlod lagu2 tu.. tenkiu yer.. anyway, semoga mjlis slmt.. turn sy bln 3 nnti.. eheeeheheee
[Reply]
Amirez Reply:
January 28th, 2010 at 12:58 pm
salam encik/cik kami.
sama²…kalau jumpa lagu yg best² utk majlis perkahwinan bleh la kongsi² ek
selamat pengantin baru juga
[Reply]
isk..ni aku rasa nak wat majlis lagi skali neh…
.-= qider @ fie yang comei´s last blog ..Ermm just something to write (Part 3) =-.
[Reply]
Amirez Reply:
December 6th, 2009 at 4:26 pm
hehe.buatlah fie..xde salahnya.cuma mengundang kepelikan masyarakat je
[Reply]
Download 45 Lagu Majlis Perkahwinan | Lagu Kenduri Kahwin…
Download 45 buah lagu berkonsepkan nasyid yang sesuai didendangkan pada majlis perkahwinan atau kesyukuran….