Lautan Merah Sempena Final Piala FA 2012

Malam ni semestinya Stadium Nasional Bukit Jalil dihangatkan dengan kehadiran penyokong-penyokong The Red Warriors dan juga Sime Darby FC yang akan berentap dalam perlawanan bola sepak Final Piala FA 2012. Sekali lagi saya nak tegaskan yang saya bukanlah minat sangat tengok bola ni. Cuma saya turut terasa bahangnya bila berduyun-duyun penyokong mula membanjiri perkarangan Stadium Bukit Jalil yang dikhabarkan sejak tengah hari tadi terutamanya penyokong The Red Warriors yang datang dengan berpuluh-puluh buah bas dan keretapi khas penyokong yang dinamakan The Red Warriors Express untuk dibawa ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Haru Elie pun rasanya dah sampai kot sejak bertolak petang semalam.

Dengar kata ada wau gergasi Ultras Kelate tapi tak tahulah pula macam mana nak bawak pergi ke Stadium Bukit Jalil. Betul atau tak wau gergasi ni saya tak dapat sebarang maklumat buat masa ni. Andai kata betul maka wau gergasi merah ini akan membelah awan merah Stadium Nasional Bukit Jalil malam nanti.

Wau Gergasi The Red Warriors

Siapa agaknya yang akan menjulang Piala FA bernilai RM80,000 di antara Kelantan vs Sime Darby FC malam nanti? Harapnya kedua-dua pasukan dapat berikan persembahan yang menarik yang setara dengan perlawanan akhir bola sepak. Walaupun ramai yang menjangkakan pasukan The Red Warriors boleh menjuarai perlawanan akhir malam nanti tapi jangan dipandang rendah dengan pasukan berstatus kelab, Sime Darby. Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Sime Darby ada Ronaldinho hehe :D

Berita baik kepada semua rakyat negeri Kelantan esok telahpun diisytiharkan sebagai hari cuti umum sempena perlawanan akhir Piala FA 2012 malam ini. Cuti umum bagi negeri Kelantan esok adalah untuk beri keselesaan kepada kira-kira 75,000 penyokong The Red Warriors yang memeriahkan Stadium Nasional Bukit Jalil malam nanti untuk pulang semula ke Kelantan dalam keadaan tidak tergesa-gesa bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau kejadian yang tidak diingini berlaku.

'Iffah The Red Warriors

Anak saya dah ready nak tengok bola malam nanti :)

Kredit gambar: Kelantan The Red Warriors Fan Page

Final Piala FA 2012 Kelantan vs Sime Darby FC

«
»

This Post Has 8 Comments

  1. arrizz says:

    tahniah kelantan menang!
    Entri Terbaru arrizz » Wordless Wednesday – Orang Korea hodoh!

  2. tehr says:

    penyokong kelantan memang bersatu hati
    Entri Terbaru tehr » Kelantan Juara Piala FA 2012

    • Amirez says:

      kat depan rumah tadi tak henti2 bunyi hon kereta penyokong yang baru balik dari KL. rumah tepi jalan, rasalah juga meriahnya kemenangan ni :)

  3. titan says:

    memang merah malam tadi. hoho..

  4. akubiomed says:

    Wah ceria anak bro. :-)
    Entri Terbaru akubiomed » Selamat hari lahir suri hatiku

  5. Shahrul says:

    semangat sunggoh raso mlm ni…buleh bt balik piala fa
    Entri Terbaru Shahrul » Lelaki Kacak Semakin Mengganas

Leave A Reply





CommentLuv badge