Anda di sini: Laman Utama » Sukan » Lee Chong Wei Hilang Jurulatih

Lee Chong Wei Hilang Jurulatih

by Amirez on January 4, 2011 · 40 comments

Berita semalam dengan hari ni boleh dikatakan highlight berkenaan dengan isu Misbun Sidek yang meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan badminton negara melalui surat perletakan jawatannya kepada BAM pada 31 Disember 2010 yang lepas. Persoalan lebih utama sekarang ni, siapa yang akan membimbing pemain badminton nombor satu dunia, Lee Chong Wei kalau bukan Misbun Sidek sendiri?

Sejak Misbun Sidek mengambil alih tanggungjawab sebagai jurulatih kepada Lee Chong Wei selepas Li Mao yang menjadi jurulatih Korea sekarang ni, prestasi Chong Wei semakin baik dan meningkat, jauh berbeza semasa dia dibawah bimbingan Li Mao satu ketika dulu.

Dalam dua hari ni Misbun tak bagitau pula punca sebenar penarikan dirinya daripada terus membimbing pemain negara. Cuma katanya dia kecewa dengan BAM setelah sekian lama memendam perasaan kecewanya tu. Biar apa pun sebabnya, Misbun mempunyai haknya sendiri untuk membuat keputusan. Secara peribadi juga aku yakin Misbun Sidek mempunyai sebab yang betul-betul membuatkan tekad untuk meletak jawatan sebagai jurulatih.

Diharap Chong Wei masih kekalkan semangat dan tingkatkan prestasinya menjelang Sukan Olimpik 2011 nanti walaupun tanpa bimbingan Misbun Sidek yang dianggap sebagai abangnya sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 38 comments… read them below or add one }

nadzri January 22, 2011 at 8:59 pm

itula…pgwai2 BAM tu bukannya bodoh.tapi tak cerdik langsung.dah cakap baru nak fikir.letak jwtn lagi baik.dok sibuk nak susun program latihan.Jurulatih lg banyak tau.tengok skil dah tau apa program yg diperlukan.

Reply

Amirez January 22, 2011 at 9:33 pm

BAM jangan ego sangat..

Reply

ohcikgu January 14, 2011 at 8:49 pm

emm..sekarang, BAM minta misbun consider balik jawatan tu. Nak atau tak nak..
ohcikgu´s last [type] ..Permohonan jawatan GSTT negeri Melaka 2011 dibuka

Reply

Amirez January 14, 2011 at 11:19 pm

rasa2 apa keputusan misbun lepas ni?

Reply

hafidz January 8, 2011 at 9:07 pm

buat masa skrg xde siapa yg layak lg utk jd ketua jurulatih badminton malaysia. Harap pihak BAM berbincang semula dgn Datuk Misbun secara profesional demi maruah badminton negara.

Reply

Faiz January 8, 2011 at 9:25 pm

pihak BAM sombong. tengoklah kenyataan dia macam tak kisah sangat misbun letak jawatan

Reply

Amirez January 8, 2011 at 10:34 pm

betul tu. kalau misbun takde, skuad badminton malaysia kehilangan permata yang sangat bernilai

Reply

hans January 8, 2011 at 12:42 am

apa perkembangan dia sekarang yer bro?

P/S : Bersama Hans Menikmati Makanan Western – Chop & Steak

Reply

Amirez January 8, 2011 at 1:12 am

sekarang ni dia berdepan satu lagi masalah, kehilangan pakar psikologi untuk dirinya yg motivate utk menyertai setiap tournament. hmm…

Reply

hans January 8, 2011 at 4:40 pm
RedVixen January 7, 2011 at 11:23 am

Adooiii… x suka la jadik camni… huhuhu
RedVixen´s last [type] ..Nape pompuan suka lelaki jambu

Reply

Amirez January 7, 2011 at 2:50 pm

harap2 pelapis sedia ada ni betul2 dah sedia utk gantikan senior2 diorang

Reply

akubiomed January 6, 2011 at 9:07 pm

Memang dugaan LCW kita di prestasi tinggi ketikan ini sedikit sebanyak membuatnya hilang fokus.

Malaysia tidak ramai pelapis yang boleh ketengahkan berapa lama kita hendak mengharapkan skuad senior ini
akubiomed´s last [type] ..Google Friend Connect blog AkuBiomed cecah 100 ahli

Reply

Amirez January 6, 2011 at 11:37 pm

betul tu. pelapis yg sedia ada pun nampaknya belum sampai tahap membanggakan lagi

Reply

Kakcun January 6, 2011 at 8:41 pm

berlatih seorang dirilah lepas ni.

Reply

Kakcun January 6, 2011 at 8:38 pm

mesti nangis tak terhenti.

Reply

sw33tdarling January 6, 2011 at 2:23 pm

katanya Chong Wei pun nak tarik diri jugak… aiseyymannnn!

Reply

Amirez January 6, 2011 at 7:17 pm

a’a itulah. kalau setakat tarik diri dari BAM tapi still lagi bermain untuk negara tak jadi masalah :)

Reply

zik January 6, 2011 at 2:09 pm

nie nak suruh aku jadi jurulatih ker nie.. jurulatih silat boleh la… hehe.. mesti ada masalah dalaman nie… tak tahu pasal apa…. wallhuallam..
zik´s last [type] ..Pencipta tulisan braille- dan asal-usulnya

Reply

Amirez January 6, 2011 at 7:13 pm

pandai bersilat ke? aku nak jadi murid boleh? hehe

Reply

mdigital.com.my January 6, 2011 at 12:15 am

seperti mana yg kita tahu misbun dr dulu lagi mempunyai identiti t’sendiri dan ada yg mengatkan dia ni “otak gila-gila” bukan gila.Dia melakukan mengikut hati dan kehendak dia sendiri. bukan mengikut org lain…hasilnya memang berbalo bagi negara….dr Hafiz, roslin dan terbaru chong wei…terbukti berjaya. jadi BAM apa lagi…
mdigital.com.my´s last [type] ..Cukai Naik Lagi

Reply

Amirez January 6, 2011 at 1:24 am

betul tu. misbun mempunyai kepakaran dan pengalaman yg sangat berharga. kalau misbun takde, masa depan badminton negara mungkin sedikit merosot

Reply

Affan January 5, 2011 at 11:02 pm

susah betul kalau dah jadi camni. chong wei pun ikut jejak langkah misbun. malaysia pun bukan ada pelapis untuk perseorangan kan sekaran
Affan´s last [type] ..Tips menghalang komen spam tanpa menggunakan plugin

Reply

Amirez January 6, 2011 at 1:20 am

susah juga kalau kita cuma mengharapkan chong wei utk perseorangan negara kita…

Reply

fiezaradzi January 5, 2011 at 3:55 pm

jurulatih yg dah biasa tak de lambat laun rasanya still akan de sesuatu.. lainlah kalau jurulatih baru better kan.. sbb tak berapa, takut player tak leh perform.. tapi jasa misbun patut diberi pengiktirafan.. sbb CW lebih maju dari sebelumnya..

kdg2 persatuan sukan ni de masalah, yg kena tempias player negara.. karate 1 cth lagi.. entahlah.. apa pun, harap2 perkara ni leh selesai dgn baik..

dgr2 CW pun nak kuar BAM, tah tul tak.. tak tau la..
fiezaradzi´s last [type] ..Tahun Baru dan Mereka Yang Hebat

Reply

Amirez January 5, 2011 at 9:28 pm

dengar2 camtulah. mungkin chong wei keluar bam pastu tubuhkan kelab sendiri secara underground. macam indie hehe. sape tau ;)

Reply

intankuterpilih January 5, 2011 at 3:12 pm

pasti ada masalah dalaman tu yg buatkan misbun letak jawatan.. tp kesianla dgn chong wei yg dah biasa dgn misbun, jurulatih baru mungkin tak sehebat misbun…harap2 chong wei tak patah semangat.,..
intankuterpilih´s last [type] ..Tips Menjadi Lelaki Romantik

Reply

qider January 5, 2011 at 11:29 am

paper hari ni, datok presiden pny statement sgtla tak bleh blah..aku mcm nak tny je kat dia,’awat,datuk penah jadi pemain dan duduk bawah BAM jugak ke dulu?’..hape daa,tak matang punya statement.

sepatutnya,bila dah pemain dan jurulatih dah begitu jadinya,cuba pikir sikit,sapa nak train barisan pelapis nanti?takkanla chong wei seumur hidup nak jadi pemain,mestila dia pun nak train pelapis jugak..ni dah dia tak suka BAM,kang dia buat persatuan dia senirik,mcm kelab nusa mahsuri..

aku bukan fanatik Misbun or Chong Wei sbb seriously aku suka Bao Chun Lai,tapi aku sangat2 suka badminton dan takkanla aku tak sokong negara sendiri kan?dahla sekarang ni tak nampak pun barisan pelapis untuk ganti pemain2 yang ada sekarang,BAM pulak dok cari pasal..macam mana la sukan malaysia ni nak maju..adehhh

‘banyak contoh pemain yang keluar daripada badan induk itu gagal menyerlah dan tenggelam’..baca statement ni,aku tepuk dahi jadinya..oh malaysia negaraku..
qider´s last [type] ..Kini berempat!!

Reply

Amirez January 5, 2011 at 9:23 pm

betul tu fie. kononnya diorang tu baguslah kiranya. bola sepak malaysia kita dah boleh rasa senang sebab dah ada pelapis yg berbakat. tapi badminton, so far tak nampak muka baru. mana taknya, banyak politik dalam badminton malaysia ni (dengar kata).

aku suka lin dan. walaupun dia angkuh tapi angkuh dia menunjukkan martabatnya sebagai pemain paling berbakat :) suka sekadar jadikan model utk training je hehe

Reply

eMMe January 5, 2011 at 10:53 am

i want datuk Misbun…..dia bagus la..nape letak jwtn, isk..isk…
eMMe´s last [type] ..Moga Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Reply

Amirez January 5, 2011 at 9:18 pm

berita hari ni kata mungkin tak puas hati dengan sistem jurulatih baru yg diperkenalkan BAM, sedangkan sistem yg dia amalkan sekarang ni membuahkan hasil yang baik

Reply

arrizz January 5, 2011 at 1:40 am

aku rasa nie salah satu coaching technique misbun sidek yang dipanggil, mental test..nak uji mental lee chong wei ok ke tak tanpa jurulatih dia..haha..

Reply

Amirez January 5, 2011 at 9:16 pm

haha. mungkin juga tu tapi agak risiko

Reply

hans January 4, 2011 at 8:49 pm

haih
kesian chong wei
macam mana la prestasi dia lepas nih

P/S : Belia Benci Kuliah Minggu Pertama!
hans´s last [type] ..Contest Dari Proton! Menangi Hadiah Percutian Ke Monte Carlo Monaco!

Reply

Amirez January 4, 2011 at 9:46 pm

sokongan moral kena kuat ni untuk chong wei

Reply

hans January 5, 2011 at 5:20 pm

tu la pasal
haih

P/S : Pandang Kemana Tu? Rimaslah!

Reply

samanosuke_04 January 4, 2011 at 7:36 pm

hehe, jurulatih tkde takkan daa hilang abes skill kot, aku rasa chong wei will do just fine.. hehehe
samanosuke_04´s last [type] ..2011 Moscow!

Reply

Amirez January 4, 2011 at 8:15 pm

eheh, harapnya camtulah. tapi jurulatih bukan saja sebagai pembimbing latihan, jurulatih juga pemberi semangat n moral yg utama kepada anak didiknya.

apa yg berlaku terhadap chong wei, sedikit sebanyak aku pun dapat rasainya sebab aku pun ada pengalaman yg hampir sama dalam badminton

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: