Lelaki kacak tidak hanya cukup dinilai melalui rupa paras sahaja. Kekacakan lelaki itu akan lebih terserlah melalui nur iman yang terpancar dari raut wajahnya. Tetapi cahaya kacak melalui iman ini tidak semestinya boleh dilihat oleh semua orang. Hanya orang yang mempunyai frekuensi iman yang sama saja dapat memandang kekacakan seseorang lelaki yang beriman. Tak faham? Saya pun tak faham apa yang saya mengomel ni hehe.

Lelaki kacak yang beriman kalau nak diberi contoh sekarang ni tak lain tak bukan mestilah Ustaz Don Daniyal yang popular dengan rancangan 30 Minit Ustaz Don di saluran TV Alhijrah. Saya teringat lagi pada satu malam mak mertua dengan isteri saya duk ketawa kat luar. Masa tu saya ada kat dalam bilik tengah online. Ingatkan ketawa sebab tengok Raja Lawak, rupanya tengok 30 Minit Ustaz Don. Gaya Ustaz Don kelakar katanya. Dah la kacak, pandai berjenaka pula. Sejak itulah saya mula mengikuti rancangan Ustaz Don. Lain daripada yang lain. Tak mustahillah ramai juga yang minat dengan pendekatan Ustaz Don ni. Dalam menurunkan ilmu agama diselitkan juga dengan lawak jenaka yang tidak keterlaluan. Kalau tak sempat tengok kat tv saya akan tengok kat youtube.
Baru-baru ni berita tentang status bertunang lelaki kacak Ustaz Don tersebar. Meranalah gadis-gadis yang ingin mempersuamikan (terbalik pulak) ustaz kacak ni. Tunang Ustaz Don dikenali dengan nama Husna Zahry Rafie, seorang pelajar jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir. Bukan calang-calang orang. Mereka berdua ni sudah bertunang sejak 6 Mac 2011 lagi. InsyaAllah tak lama lagi kawen la tu hehe.

Ada orang cakap saya dengan Ustaz Don ada iras-iras. Saya tak tahu, orang tu yang cakap. Kalau saya cakap sendiri tu maknanya saya nak jual minyak haha. Boleh je saya tempek gambar saya pakai serban kat blog ni lepas tu korang cuba bandingkan. Tapi gambar tu dah lama, tahun 2008. Janggut masa tu segan-segan lagi nak tumbuh. Sekarang baru ada janggut lebat sikit tapi taklah macam janggut Ustaz Azhar Idrus hehe. Yeah, lelaki kacak mesti ada janggut. Tapi malaslah nak letak gambar saya pakai serban tu kat sini, confirm tak sama punya
Tapi, ada jugaklah yang hampir-hampir sama antara saya dengan lelaki kacak Ustaz Don yang suka pakai rayban ni, iaitu tarikh lahir. Ustaz Don lahir pada 14 November 1984, manakala saya satu hari lebih muda daripada Ustaz Don. Nak jugak tu haha. Ustaz Don sambut harijadi sama dengan anak saya, ‘Iffah Nur Iman.
Berdasarkan biodata Ustaz Don lagi, berat beliau ialah 56 Kg manakala saya 71 Kg sekarang ni. Kalau nak diukur tang ketinggian pula, tinggi saya 179 cm manakala Ustaz Don 171 cm. Dari segi BMI siapa lagi kacak? Hehe. Tapi kalau nak buat perbandingan dengan ilmu yang ada semestinya ilmu Ustaz Don jauh lebih kacak daripada ilmu yang saya ada. Saya hanyalah manusia jahil yang hanya tahu alif ba ta dengan niat solat dan puasa je.
Dengan ini diakui Ustaz Don adalah lelaki kacak beriman yang patut dicontohi oleh setiap lelaki. Beruntunglah sang isteri yang dapat bersuamikan lelaki kacak Ustaz Don sebagai pembimbing dunia dan akhirat. Semoga Ustaz Don terus berjaya dan dapat menjadi role model kepada generasi Y sekarang ni.
[...] setiap hari. Lelaki tak kisah pun kalau pakai dua kali baju yang sama dalam seminggu, tetap kacak macam biasa. Tapi basuh dululah kalau berpeluh hehe. Nasib baiklah suami ni bukan pengusaha kilang [...]
[...] - Lelaki Kacak dalam Ubuntu Intrepid 9. Sobri Mansur - Info untuk lelaki kacak 10. Amirez - Lelaki kacak 11. Rahman - Lelaki kacak suka senyum 12. Ahmad Hati - Lelaki kacak sentiasa kacak 13. Azmanisma [...]
[...] Kacak dalam Ubuntu Intrepid 9. Sobri Mansur – Info untuk lelaki kacak 10. Amirez – Lelaki kacak 11. Rahman – Lelaki kacak suka senyum 12. Ahmad Hati – Lelaki kacak sentiasa kacak 13. [...]
[...] - Lelaki Kacak dalam Ubuntu Intrepid 9. Sobri Mansur - Info untuk lelaki kacak 10. Amirez - Lelaki kacak 11. Rahman - Lelaki kacak suka senyum 12. Ahmad Hati - Lelaki kacak sentiasa kacak 13. [...]
[...] - Lelaki Kacak dalam Ubuntu Intrepid 9. Sobri Mansur - Info untuk lelaki kacak 10. Amirez - Lelaki kacak 11. Rahman - Lelaki kacak suka senyum 12. Ahmad Hati - Lelaki kacak sentiasa kacak 13. Azmanisma [...]
saya suka ustaz don
Entri Terbaru aidanatasya » WORDLESS WEDNESDAY : PERTEMUAN & PERPISAHAN
ustaz yang menjadi pujaan ramai
ustaz-ustaz sudah sememangnya lelaki kacak,,,
Entri Terbaru hatiputera » LELAKI KACAK BINGUNG
[...] hangat sekarang ini adalah Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 yang mempertaruhkan katakunci ‘Lelaki Kacak‘ sebagai penentu pemenang yang berjaya mengungguli tempat teratas dalam enjin carian Google [...]
[...] http://blog.amirez.com/lelaki-kacak/ [...]
[...] fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); NEGARAKU! Tutup Terus ke sumber Negaraku.My Media Social Ruangan Iklan? 468×60 – Email Kami! var _wau = _wau || []; [...]
glamer ustaz ni…
ustaz yang sememnagnya kacak siot..haha..
Petuturan Ustaz Don cukup lembut, mungkin cukup menembusi hati-hati yang degil dan keras. Tuannya cukup berketrampilan dan berpewatakan bersih. Selama pengetahuan saya, Ustaz ini jika berbicara, beliau tidak pernah kelihatan terbawa-bawa. Saya kureng sikit nak mendengar syarahan/ucapan yang nak bunyi macam nak mengajar, tapi Ustaz Don ini , beliau ada suatu yang menarik iaitu, beliau lebih suka guna nada berkongsi. Saya rasa pendekatan itu lebih baik. Nada suaranya lembut, best je. Maksud saya, beliau cool dan relax sahaja, sambil menghuraikan isi dengan penuh berhemah. Saya harap ada ramai lelaki di luar sana sama kacak seperti Ustaz Don. InsyaAllah
Entri Terbaru LilyNrman » Macam ni LELAKI KACAK kau?
terima kasih kerana memuji saya….eh??
tutur kata ustaz don memang lembut. dia betul2 nak menjaga hati setiap orang yang mendengar bila dia bercakap. harap2 dapat jadi contoh kepada setiap lelaki mahupun wanita
teringat masa pergi ceramah ustaz don hari tue, bukan main ramai lagi hadirin perempuan yang datang..masa ustaz don bercakap, semua fokus tengok muka beliau..memang dapat rasa mereka cair dengan ustaz don..haha..inilah penangan lelaki kacak yang beriman!
Entri Terbaru arrizz » Authentik itu perlu
untung menjadi seorang Ustaz Don
harapnya dengan kekacakan yang ada tak disalahgunakan nanti
Ustaz don Hensem.
Entri Terbaru budakserius » Menarik!! Cara-cara membuat luka palsu
lelaki kacak yang soleh idaman ramai wanita… hehe
Entri Terbaru Akulah.com » Warga Asing Mabuk dan tertidur sekatil dengan isteri orang dan anak
Semestinya
Memang terbaik Amirez buat summary tentang Ustaz Don Daniyal ni.
Seolah-olah sedang membaca di wikipedia. Baru saya tahu ustaz ni masih muda.
Gambar kedua di atas seolah-olah seorang Top Model. Macam model TOPMAN pun ada.
Cukup pakej buat si gadis Islam.
Psst. sekali tengok ustaz ni macam muka Amirez pun. Tol tak? Ada tak orang lain cakap sama
Entri Terbaru nizamghazi » TOPMAN Malaysia : Cerita Tak Sempurna – I Am Geekist
tang mana pulak yang sama tu hehe
semakin hebat dan mencabar cabaran SEO lelaki kacak nih.
Entri Terbaru hatiputera » FINAL PIALA FA CHELSEA VS LIVERPOOL
tapi entri ni jauh sangat nak kejar pendahulu cabaran sekarang ni…
ada peluang ke tak rasanya
Saya tak kisah sangat dapat kejar ke tak. Yang penting nilai informasi yang kita berikan dalam entri yang kita tulis tidak sekadar luapan rasa semata-mata.
Entri Terbaru muhammad fakhruddin » Apa Khabar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012?
itupun salah satu tujuan setiap entri yang dikeluarkan. cuma untuk entri ni selain nak berkongsi, nak juga kejar target. boleh belajar ilmu SEO, penting juga
kalau pemuda2 lain nak digilai mcm beliau, kena contohi beliau menuntut ilmu dsb.
ye betul tu DH. sebenarnya ilmu yang menjadikan seseorang itu nampak lebih kacak selain daripada rupa paras yang sedap mata memandang
fuh…fenomena ustaz don da semakin menjadi2..ehehe….
tertarik dgn cara penyampaian dia..bershaja dan santai =)
Entri Terbaru chii » Hubungan Antara Buah Dan Manusia Sejagat :p
harap2 makin ramai ustaz yang akan muncul macam ustaz Don ni
tak pernah pulak layan ustaz don ni.. lagi suka ustaz azhar idrus!! wink!
Entri Terbaru madammondoq » NUFFNANG Trip To AWANA KIJAL – Part 4
tengok kuliah ustaz don rasa macam belajar dalam kelas secara depan2
Nampaknya kena cari lelaki kacak beriman yang masih solo
Tapi bukan untuk aku la
Hehe
haha. aku pun nak cari jugak, buat menantu maybe 20 tahun akan datang
hahaha….lepas ni banyak la ustaz2 baru yang kacak ya..hehe
Entri Terbaru dzuandiey » Lelaki Kacak Dengan Seluar Pendek
Kacak luar dan dalam….
Lahirlah insan Kacak semuanya….
Entri Terbaru Manan Qayyim » Lagu Ibu : Tiadaku mampu membalas jasamu
itu yang kita nak
terima kasih Manan sudi singgah ke sini
budak-budak sekolah mesti suka ustaz don ni. hehe..
Entri Terbaru ohcikgu » Mengapa masih ada pelajar SPM yang masih GAGAL?
mak budak pun suka hehe
hahaha…sumber motivasi kan..
Entri Terbaru dzuandiey » Lelaki Kacak Dengan Seluar Pendek
Yo… Memang hensome laaa…. Nk je dressup cm tu… Anyway, rupa kita yang orang nampak tu kedua… Yang utama rupa yang tuhan nampak
Entri Terbaru Izzuddin Fauzi » DiGi WWWOW Award, Kami Makin Kuat
betul tu Izzuddin, yang Tuhan nampak itulah yang lebih utama
terima kasih sudi singgah ke sini
betul ada iras
Entri Terbaru azura » Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012
eh, saya tak letak pun lagi gambar saya hehe
ilmu yg ade padanya lgik kacak la pada sy
Entri Terbaru Jebeng Otai » Wordless Wednesday : Gula Kapas
ye, ilmu tu pun bonus menjadikan ustaz don lelaki kacak. tawaduk pula tu
errr…aku dulu time preggy kat farhan,ada tgk rancangan dia,punyala teruja,smpai siap berangan kalau boleh nak si farhan pandai menyampaikan ilmu agama macam dia..hahahahah…
Entri Terbaru nurqider » Go! Go! Qider (Part 6)
sy suka cara dia bercakap dn mengajar d siaran tv hijrah hee…
santai, tepat dan jelas
lelaki beriman adalah lelaki yang paling kacak sekali bagi Don
ianya sebagai bonus bagi lelaki yang dah sedia kacak
Assalam..
Memang pakej lengkap tu..
Kecewa makcik-makcik nak buat menantu..
Entri Terbaru iza » Potong Kepala: Wordless Wednesday.
yang kacak2 ni selalu kawen awal kot
A’a ya la kot..
dah sampai seru la tu..
Entri Terbaru iza » SEO Lelaki Kacak.
Nasib baik aku lelaki, jadi tak kecewa Ust Don bertunang, hehehe
Entri Terbaru Kulanz » Wordless Wednesday: EnterFrame
kuang..kuang..kuang..
Entri Terbaru iza » Potong Kepala: Wordless Wednesday.
nasib baik aku pun sama hehe
Nak jadi pendakwah yang baik kena guna kaedah yang bijaksana. Kalau guna pendekatan yang serius, memang cepat bosan dan mengantuk. BTW, pernah jugak tengok rancangan beliau, nampak simple & mudah difahami. (Masih lagi pilih Us. Azhar Idrus
)..
Entri Terbaru shraqs » Bang! Jom Sayang Belanja Makan Satay..
pendekatan sekarang dah berubah. tak boleh pakai cara lama dah sebab remaja sekarang tak berapa dengar sangat cakap tok guru hehe. Ustaz Azhar Idrus memang terbaek
Ustaz Don memang best, pakej lengkap sebagai lelaki kacak
Entri Terbaru Shahrul » Google vs Microsoft: Google Drive Bakal Jatuhkan Microsoft Office
kan bagus kalau ada ramai lagi ustaz kacak yang best macam ni
makcik-makcik mesti ramai yang kecewa sekarang ni. haha..
haha. kena tunggu kemunculan ustaz yang lain pulak
Lelaki kacak yang beriman macam Ustaz Don tentu ramai yang ingin buat menantu dan suami.
Entri Terbaru akubiomed » Wordless Wednesday – #Kerumun
kalau single lagi mesti ramai makcik2 tengah queue nak calonkan jadi menantu hehe
ada la quota tuh… hehehee
Entri Terbaru adamfaiz » WW 35 – Selamat Hari Guru Tehr, Titan, Cikgu Hairul & Semua Guru
boleh lagi hehe