4 Julai 2009 | 4:00 P.M. | Lokasi: Sri Gombak
Siap tukar minyak hitam kat Greenwood aku terus ke stesen minyak Shell Sri Gombak yang sebelah Petronas tu. Tengah isi minyak, datang sorang brader ni nak lap cermin depan. Dia pun lap dengan senyuman yang menggoda.
Tengah sedap menghidu bau petrol, brader tadi bersuara:
Brader: Getah wiper ni kena tukar, dah koyak. Tengok cermin dah calar.
Aku: (Mana ada calar??) Ye ke? Memang dah lama tak tukar tu.
Brader: Kereta abang ke?
Aku: A’a.
Brader: Beli barulah, Shell ada jual promosi punya.
Aku: Berapa?
Brader: Biasa harga RM59. Tapi promosi…RM49 je.
Aku: Ooo. Takpelah. Saya nak balik kampung nanti, nanti saya tukar dekat kampung je (duit tak cukup sebenarnya).
Brader tu berlalu pergi ke kereta sebelah dengan muka masam mencuka. Kat kereta sebelah pun dia guna ayat yang sama macam tadi. Maybe ayat tu yang dia duk berlatih siang malam kot sebelum kerja eheh. Kena marah seround dengan aunty Cina. Kasihan dia.
4:30 P.M. | Lokasi: Tol Gombak
“Eh, lesen mati bila ek?” Aku mengambil dompet dari dashboard lalu tersentak, “Laa, 2 Julai ke?” Selepas bayar RM5 untuk tol, aku membaca ayat Kursi lalu berdoa supaya tiada road block sepanjang perjalanan pulang ke kampung. Juga memohon supaya diselamatkan daripada sebarang sekatan jalan raya.
5:23 P.M. | Lokasi: Tol Bentong
Hujan turun sedikit lebat. Berbisik dalam hati rasa syukur. “Hujan macam ni punya lebat polis mesti malas nak buat road block,” kata hati riang. Kereta dipecut hingga ke Petronas Jalan Trans untuk solat Qasar Asar. Tak lupa doa supaya diselamatkan daripada sebarang sekatan jalan raya. Bukan sengaja tak renew lesen. Sibuk sangat dengan program hinggakan terlupa huhu.
7:15 P.M. | Lokasi: Kg. Tanah Bercangkul
Hujan amat lebat berserta dengan angin kencang. Hanya garisan putih tepi jalan saja kelihatan. Berpandukan lampu merah Innova di hadapan untuk teruskan perjalanan. Hati berbisik lagi, mungkin doa dielakkan daripada sekatan jalan raya tadi termakbul.
8:16 P.M. | Lokasi: R&R Gua Musang
Berhenti solat Jamak Maghrib dengan Isya’. Hilang sikit rasa penat bila wajah dibasahi air suci wuduk. Hujan sedikit renyai.
8:52 P.M. | Lokasi: Unknown; sebelum Manek Urai
Kelihatan kelipan lampu biru sejauh 170 meter. Hujan tiada. Kereta berbaris panjang dari arah Kuala Krai ke Gua Musang. Hanya aku seorang saja yang menuju ke Kuala Krai. Perlahan kereta dipandu hingga seorang polis menyuluh tanda berhenti.
Polis: Nok gi mano?
Aku: Balik Kelate, eh, balik Tere.
Polis: Dari mano ni?
Aku: Dari Gombak, nok balik kampung.
Polis: Balik ssore jah ko? Tok ngatuk ko?
Aku: Sore jah. Nok wat guano. Balik ngejut mok sakit.
Polis: Oo mok sakit. Kijo di Gombak?
Aku: A’a, kijo ssano (control², buat rileks je).
Polis: Tunggu keto depey lepah dulu. Okeh.
Aku: Makasih cik.
Fuh, alhamdulillah. Syukur sangat². Dibuatnya mintak lesen tadi hangus macam tu je duit aku bayar saman. Berkat doa seorang musafir agaknya.
10:39 P.M. | Lokasi: Kampung
Sampai rumah dah dengan hati yang lega. Ini dah kali keempat drive jauh dengan lesen tamat tempoh. Kali pertama dari Kelantan ke Pulau Pinang. Balik rumah baru perasan lesen dah mati.
Kali kedua dari Batu Pahat, Johor ke Kelantan, balik untuk Latihan Industri (praktikal) selama 2 bulan. Sebulan lepas balik baru perasan lesen belum renew lagi.
Kali ketiga dari Dungun, Terengganu ke Kelantan. Perasan lesen mati bila nak ke Melaka hantar adik masuk UiTM Lendu. Nasib baik sempat renew kat JPJ Machang. Itupun terpaksa tunggu sejam setengah. Kaunter ada 8, yang buka cuma 3. Orang nak berurusan ramai tengah queue. Sangat bangga dengan servis di Malaysia.
Pesanan: Check lesen dengan road tax kereta dulu sebelum memandu. Oh ye, jangan lupa check air dengan kondisi tayar sekali untuk perjalanan jauh.
p/s: kenapa entri ni lambat dipost? tak lain tak bukan, Streamyx yang mengada² lembapnya di sini huhu.

{ 2 comments… read them below or add one }
salam wahai incik mirez… ada baiknya incik melantik cik 'sekretari' yang buleh mengingatkan hal2 seperti lesen mati dan seumpamanya… hikhikhik.
salam wahai incik brad.
ada bagusnya juga melantik cik sekretari itu hehe.
cadangan diterima