Jun 27, 2010

Lotus Evora Tiba di Malaysia

  • Share
  • Share

lotusevora Lotus Evora Tiba di Malaysia

Kalau nak cerita terus terang aku cakap yang aku bukanlah seorang yang pandai bab-bab kereta ni. Tak pandai nak cerita apa kebaikannya, keburukannya, kuasa kudanya dan semua bagai terutama bahagian dalaman enjin. Yang aku tahu macam mana nak jaga performance kereta berdasarkan pengalaman memandu hampir 700Km dalam satu trip. Setakat ulang-alik Kelantan-Johor tu dah biasa, apatah lagi Kelantan-KL lagilah dekat. Kalau orang lain rasa lembik kaki nak drive balik kampung sehari, tapi aku tidak hehe. Bak kata makcik aku, Kelantan-KL ni macam pergi dapur rumah je haha. Pernah sekali balik kampung kat Kelantan terus main badmintonĀ  kat rumah Pak Su lepas drive selama 6 jam lebih dari KL. Apakah rahsianya? Hehe. Tiada rahsia, hanya sekadar enjoy ketika memandu. Kereta aku bukanlah best mana pun tapi bila diri kita dah sebati sejiwa dengan kereta, pemanduan kita akan jadi selesa. Tak percaya? Cuba cakap I Love You kat kereta kamu. Lambat-laun mesti pemanduan kamu rasa macam best. Diulangi, macam best!! Bukan best ye haha.

Ok. Sedia maklum pihak Proton dah melancarkan satu model baru keluaran anak syarikatnya iaitu Lotus yang diberi nama Evora. Sekali tengok memang memukau bijik mata aku. Baru semalam ikut ayah mertua ke Jalan Pudu tengok-tengok kereta. Teruja sungguh bila dapat sentuh Mazda RX-8 hitam lengkap dengan spoiler. Tengok bahagian interior pulak terbayang aku di atas jalan raya sedang drift dengan Lucas Black macam dalam Tokyo Drift hehe. Bilalah aku dapat peluang berlumba atas litar agaknya ek? Teringin sangat sangat kuasa dua. Impian aku sejak sekolah menengah lagi. Dapat berguru dengan Leona Chin best jugak hehe.

Apa yang bestnya Lotus Evora ni? Aku tak pernah tengok secara dekat, apatah lagi nak test drive. Jadi video kat bawah ni akan terangkan segala. Biasanya si Jeremy Clarkson ni suka sangat kutuk kereta yang bukan buatan Britain. Tapi dengan Lotus Evora, lebih banyak puji daripada caci. Erm, Lotus ni kat negara mana ye?

Daripada video ni kamu boleh rasa pengalaman memandu Lotus Evora. Saksikan.

[pro-player]http://www.youtube.com/watch?v=ZHcLP0wvENQ[/pro-player]

Kat Malaysia dah terjual sebanyak 10 unit sebagaimana yang diberitahu oleh Proton. Harganya memang mahal, bermula dari RM443,480.00 untuk spec asas. Giler Battle Crew ah ding dong!! Boleh beli 8 bijik MyVi SE!! Tapi kalau dapat ni mesti puas hati punya untuk berdua lebih baik. Bila agaknya aku nak sambar satu ek? Tunggu komisyen daripada Nuffnang dulu baru beli wahahaha.

Sumber: Kereta Dot Info | R Sports Cars | Paultan

pixel Lotus Evora Tiba di Malaysia

3 Comments

  • memang best ;) nak guna pun sayang…jln raya kat malaysia ni rongak-rongak hehe

    [Reply]

  • wow! :D

    [Reply]

  • kalau bole beli kan best.. huhu

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks