Salam Jumaat buat pengunjung blog picisan ni. Jumaat yang lepas kita diingatkan untuk Mengingati Dua Perkara seperti yang dikatakan oleh para ulama tasawuf untuk merasai kemanisan iman. Hari ini ada dua lagi perkara yang penting buat kita, tetapi bukan untuk diingati, sebaliknya untuk dilupakan.
Jangan sekali-kali mengungkit-ungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain. Hakikatnya kita hanya menjadi wasilah kepada nikmat Allah yang hendak diberikanNya kepada manusia lain. Sikap mengenang dan mengungkit kebaikan diri ini akan membatalkan amal. Jadi, apabila kita membuat kebaikan kepada orang lain, cuba rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepadanya.
Anggaplah seolah-olah tidak ada sesiapa yang bersalah dengan kita. Ini akan membantu kita mengawal rasa marah dan dendam. Kita hanya hamba Allah, bukan tuan lebih-lebih lagi Tuhan dalam kehidupan ini. Jadi, apabila hamba Allah yang lain melakukan kesalahan kepada kita anggaplah kita layak untuk disakiti kerana kita hanya hamba Allah.
Lebih-lebih lagi yang perlu kita lupakan adalah segala kesusahan, ujian, musibah atau malapetaka yang Allah timpakan. Sedarlah bahawa kesakitan, kematian, kerugian, kemalangan, kegagalan dan malapetaka alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, ribut taufan, tsunami, wabak penyakit, kemelesetan ekonomi dan sebagainya itu hanya mehnah daripada Allah untuk ‘memujuk’ manusia kembali kepadaNya.
Allah..syukran akhi atas ingatan..
Dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh insan itu sendiri.
Entri Terbaru akubiomed » Bulan April bersama famili
memang betul tu. kalau orang yg kita khianat tu meninggal, haru kita dibuatnya
buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali..
hehe..
Entri Terbaru sazuwi » Terima Kasih Majlis Perbandaran Seremban
betul2 hehe
Artikel ini dan yang sebelumnya iaitu Mengingati Dua Perkara saling berkaitan di antara satu sama lain. Jika mengamal keduanya, i’Allah pasti sejahtera.
Khususnya kehidupanku kini di rumah sewa. Apabila masing2 memahami dua perkara ini, nescaya tidak timbullah dengki mendengki, hasut menghasut & sebagainya.
Entri Terbaru Hadi Rofiee » Adab belajar
betul tu. lagi2 duk rumah sewa yg berkongsi ramai, sikit sebanyak kadang2 ada juga yg negatifnya. itu yg kita tak nak…
Teringat satu kata2 bahawa berbeza negeri, berbeza pula caranya. Jadi masing2 mesti memahami di antara satu sama lain.
Entri Terbaru Hadi Rofiee » Adab belajar
ya betul tu. perlu juga kita hormat cara pemikiran orang lain
tapi selalunya kita akan buat yang sebaliknya kan?
reminder untuk diri. best entri ni!
Entri Terbaru RedVixen » Coretan jiwa-jiwa tapi bukan jiwang
itulah yg kita cuba elakkan…
perkara-perkara macam nie kadang2 kita tak terperasan. terima kasih kerana mengingatkan.
Entri Terbaru cikguden » Aku Suka Coklat Korang
sama2. kita kena saling ingat-mengingati
Tau takpe..kite salu wat baik kat abg..jgn la abg lupe..yg jahat tu lupekan eyh..hehhehe
apa dia yg baik tu ye? haha
maafkan kejahatan org, dengan itu ia membantu kita melupakannya, kerana makna maaf itu sendiri adalah berlapang dada
thanks bro berkongsi ini
Entri Terbaru tengkorak emas » Unit Siasatan Jenayah Blogger
sama2 bro. peringatan untuk diri sendiri juga