Anda di sini: Laman Utama » Umum » Maaf

Maaf

by Amirez on July 12, 2009 · 0 comments

Tak menyempat nak update blog. Macam biasalah, kerja luar kawasan tanpa henti. Kadang² mood nak blogging pun hilang, otak penat.

Malam ni bertolak ke Kelantan pula selama 3 hari lagi. Jadi, di kesempatan ini rasanya dah sampai masa untuk aku menjelaskan segalanya tentang entri² yang memenuhi blog ini. Hal ini aku dah rancang sejak awal kewujudan blog ini lagi. Jadi petang ini semuanya aku terangkan supaya tidak mengundang spekulasi yang salah terhadap diri aku.

Mungkin ada sekali dua terasa panas atau sakit hati dengan entri aku di sini. Secara jujurnya, memang aku sengaja mengolah untuk menyakitkan hati pembaca. Bukan untuk provoke, sebenarnya untuk memaksa pembaca memberi komen pada entri tersebut. Entri yang mana?? Kamu akan tahu yang mana kalau kamu mengikuti setiap entri yang aku post.

Satu sebab lagi kenapa aku mengolah sedemikian rupa, sebab aku sejak dulu lagi memang suka menduga orang. Aku tidaklah senegatif yang disangka dalam entri tersebut. Mungkin kamu menganggap segala tulisan aku di sini menggambarkan peribadi diri aku sendiri. Tidak semestinya benar haha. Ianya sekadar manipulasi fikiran daripada aku buat kamu. Satu perkataan daripada aku…maaf.

Ada juga entri yang mungkin kamu rasa seperti mengutarakan satu perkara yang sangat remeh. Seolah² fikiran seorang budak darjah 3. Itu pun sekadar cubaan aku untuk menguji teknik blogging, lebih tepat, menguji tahap penerimaan pembaca blog ini.

Banyak lagi sebenarnya yang aku hanya berlakon di blog ini melalui bentuk penulisan. Maaf aku pinta atas sikap suka menduga orang. Jangankan kamu, bos aku sendiri pun pernah aku duga untuk ‘melihat’ dirinya yang sebenar haha.

Dalam seminggu dua ini aku cenderung untuk memanipulasi orang atas sebab² tertentu. Mungkin kerana bosan dengan sikap orang tertentu, jadi aku gunakan orang lain sebagai ‘pengubah cerita’. Pernah tengok rancangan Survivor atau The Apprentice? Setiap peserta macam mana baik sekalipun mesti ada yang akan cuba memanipulasi orang lain untuk tujuan kepentingan diri. Aku pun menggunakan konsep yang sama cuma bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Jadi, di kesempatan ini aku memohon maaf kepada semua andai ada bahasa kasar yang disengajakan yang mungkin menyakitkan hati kamu dan mungkin juga mengundang pemikiran kurang enak didengar tentang diri aku melalui penulisan aku di sini. Semua itu hanya dibuat². Maafkan aku.

Selepas ini, aku tak tahu sama ada blog ini akan dihiasi dengan entri² baru setiap hari atau minggu, atau mungkin hanya satu entri setiap bulan. Tak kisahlah, yang pasti aku akan lebih jujur dalam setiap bentuk penulisan di blog ini nanti.

Salam muhibbah buat semua :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: