Anda di sini: Laman Utama » Uncategorized » Macam Mana Nak Check Maxis Broadband Data Usage

Macam Mana Nak Check Maxis Broadband Data Usage

by Amirez on July 9, 2010 · 33 comments

maxis broadbandMalu betul rasanya. Dah guna Maxis Broadband ni lebih daripada setahun dah tapi baru je tau macam mana nak check data usage setiap bulan haha. Tertanya-tanya jugak dulu berapa banyak sebenarnya yang aku guna tiap-tiap bulan dengan Maxis Broadband ni. Aku mula guna sejak Mac 2009, ambik pakej RM138 sebulan tanpa kontrak, free modem punya. Masa tu ada promoter datang ofis. Aku ni jenis mudah kesian kat orang, lagi-lagi yang duk promote barang. Promoter Domino Pizza pun aku layan hari tu haha sampai termakan jugak hasutan dia suruh ambik kupon diskaun dengan bayaran RM20 sekali bayar tapi boleh dapat diskaun untuk semua kupon yang ada. Tak taulah kena tipu ke tak tapi aku rasa macam berbaloi.

Masa mula-mula guna Maxis Broadband ni aku punya monthly bandwidth cuma 3GB. Tapi bulan 3 lepas dapat satu mesej daripada Maxis mengatakan ucapan terima kasih sebab still lagi menggunakan Maxis Broadband. Atas kesetiaan aku tu (katanya) bandwidth aku diupgrade ke 6GB sebulan tanpa sebarang caj!! Hoho, itu sudah bagus kata aku. Lagi best nak download movie eheh.

Dua minggu lepas pulak dapat satu panggilan yang best daripada pihak Maxis. Daripada gaya cakap tu macam orang Cina. Mula-mula aku ingat dia nak promote produk ke apa jadi aku cepat-cepat macam malas nak layan. Dah penat sebenarnya layan promoter melalui telefon ni. Aku paling tak suka promoter melalui telefon ni, gaya diorang macam mendesak. Nak terus off handphone rasa kasar la pulak. Aku ni lembut hati orangnya haha. Tapi orang Maxis tu lain. Dia kata Maxis bagi Diskaun RM20 untuk bil aku tiap-tiap bulan. Maknanya sekarang aku tak perlu bayar RM138 sebulan lagi dah. Aku cuma bayar RM118 je. Kita tengok esok macam mana. Esok baru keluar bil baru untuk bulan lepas.

Ok ni aku nak tunjuk macam mana nak check data usage kita tiap-tiap bulan. Ini untuk Maxis Broadband. Untuk Celcom Broadband nanti aku buat entri lain. Itu pun baru tau semalam gak masa nak try check Celcom Broadband isteri aku hehe.

Mula-mula korang pergi kat sini untuk login. Bagi yang baru first time masuk klik kat link First time user untuk register dulu.

Register Maxis Broadband

Masukkan SIM Number macam yang dia mintak. Kalau tak tau mana nak cari SIM number tu boleh klik kat link yang dia bagi kat bawah kotak SIM Number tu. Korang kena cabut kejap SIM Card dalam Maxis Broadband korang. Pastikan korang disconnect dulu broadband korang sebelum cabut SIM card. Kang jadi pape yang tak diingini tak pasal-pasal pulak huhu.

Lepas tu isi IC. Alah, ini kacang je. Follow je macam biasa nak isi form. Klik submit, pastu akan keluar macam kat bawah ni:

Register Maxis Broadband Data Usage

Kalau tak nampak boleh klik imej kat atas untuk tumbesaran. Oh ye, kat ruang Contact No tu masukkan nombor telefon korang dengan format macam ni sebagai contoh: 6012999888.

Lepas klik butang Submit tu korang dah boleh check data usage korang yang terkini. Sign in macam biasa, pastu klik pada View My Data Usage. Pastu klik pada My Data Usage Details. Ni Data Usage aku setakat ni:

Data Usage

Haha dah terlebey limit sudah. Tapi still lagi boleh surf Internet cuma slow sikitlah. Kalau sebelum limit tu download rate biasa sekitar 150Kbps, paling tinggi pernah capai 300Kbps, tapi skang ni 20Kbps pun tak lepas. Takpe, tunggu esok eheh. Erk, maknanya esok dah kena bayar bil? Bil telefon pun esok jugak. Aduyai…

Berapa Data Usage korang? Kongsilah kat sini ye ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 33 comments… read them below or add one }

raj December 28, 2011 at 5:23 pm

haloo bb ayah aku ni model E1762
sim card dia hilang tapi still boleh surf net
aku nak register account nak chek data usage tak blh la
ada kaitan ke dengan sim yang hilang tu

Reply

Amirez December 28, 2011 at 5:51 pm

Eh..takde sim card pun boleh surf internet? Boleh try ni hehe. Tapi yang nak check quota tu rasanya mesti kena ada sim card kot baru dapat detect

Reply

Haikal October 29, 2011 at 12:58 pm

kalau saya tekan ” view my data usage ” die akan keluar “Surf Safe ( download maxis security anti-virus)” macam mne nk buat huh?

Reply

Amirez November 22, 2011 at 6:16 am

owh, tak pernah lak dapat mesej camtu. kenapa ye?

Reply

bigbang kpop junior September 5, 2011 at 8:39 am

nak tnye nie……
sye bru 3 hari pakai bb…
tew amik pekej 48…
nanti bil datng 48 jugak kew???
pas tu klu data usage dah lbh kne byr lbh kew????

Reply

Amirez September 5, 2011 at 9:28 am

kalau pakej 48/month, bil pun cuma byr rm48/sebulan. kecuali utk bulan pertama mungkin byr lebih sikit kalau tak silap.

kalau data usage terlebih guna, nanti dia akan prompt satu kotak mesej masa nak connect utk topup bandwidth. abaikan je mesej tu. guna macam biasa. tak perlu bayar lebih. bayar rm48 je. boleh surf internet tapi agak slow. elakkan download file2 besar masa tu

Reply

Luke May 16, 2011 at 9:21 pm

ok…mcm broadband nie kan kalau kita pky bill yabg diek antar kat rumah tu nty ade apa2 byaran lebih tak??kalau mcm celcom lau kalau kite amek bil yang smpy kat rumah punyer diek akan kne byar lbih mcm rm2..tp lau maxis sme ker mcm tu jugak…or tak ade apa2caj??

Reply

Amirez May 16, 2011 at 11:17 pm

rasanya takde caj sbb sy pun dpt bil sampai ke rumah, tapi bulan2 byr amount yg sama

Reply

Luke May 16, 2011 at 7:42 pm

email…

Reply

Amirez May 16, 2011 at 8:26 pm

lagi senang guna email :) kalau buat payment melalui online banking, make sure copy semua nombor akaun. jangan tulis semula, takut tersilap. tapi lagi selamat kalau bayar kat centre

Reply

Luke May 16, 2011 at 1:24 pm

ok..and nak tnyer lg nie…hrap jgn marah lh….kalau bln prtama pembayaran adakah byar rm48 or double 2 bln skaligus??sbeb saye nie plangan bru so saye tak thu…

Reply

Amirez May 16, 2011 at 7:39 pm

takpe. kalau ada sebarang soalan boleh je tanya. kalau mampu dijawab, sy cuba jawab :)

bln pertama juz bayar rm48. nak senang, juz ikut amount yg kena bayar dlm bil. bil diorang hantar melalui email atau pos?

Reply

Luke May 15, 2011 at 8:26 pm

rm48 punyer…1.5 gb..kouta bnyak lg…tp lau nak disconnect jer msti diek kuar msj tu…mnyirap btol…

Reply

Amirez May 15, 2011 at 11:01 pm

owh..rasanya tu cuma taktik diorang nak suruh topup kuota tu. biasalah…marketing :)

Reply

Luke May 15, 2011 at 5:18 pm

and lg 1 knape apabila saye dah disconnect diek akan keluar 1 msj mengatakan your quota is near.please visit maxis launch for purchased new quota as low rm8…KNAPE YER??kalau nak kate limit dah nak habis saye baru register broadband nie smalam…

Reply

Amirez May 15, 2011 at 7:13 pm

biasanya pengguna baru akan dapat msj tu. pakai pakej berapa gigabyte? cuba check brapa lagi kuota yg tinggal

Reply

Luke May 15, 2011 at 5:12 pm

so mkneye saye tak pyah byar lbih lh yer….ok..TQ di atas mklumat itu…

Reply

Amirez May 15, 2011 at 7:11 pm

rasanya tak perlu tapi apa2 pun better tanya dulu pihak maxis. diorang ni bukan boleh kira sangat, ntah2 ada caj tersembunyi

Reply

Luke May 15, 2011 at 10:47 am

apa yang akan trjadi bile saye tkan reset counter???adakah saya akan kene byar lbih….ataupun mcm mane??

Reply

Amirez May 15, 2011 at 3:45 pm

owh..counter yg akaun online kita tu ye? rasanya tak ada apa2 berlaku..sekadar kiraannya jadi 0 semula

Reply

Luke May 15, 2011 at 9:56 am

apakah yang kan trjadi apabila aku reset counter lg???adakah aku pnyer bill byaran akan akan dinaikan or mcm mane…mklumlh aku nie planggan bru..

Reply

Amirez May 15, 2011 at 3:42 pm

reset counter apa tu ye?

Reply

Amirez September 25, 2010 at 8:08 pm

salam farith.
bila dah reset, download rate kembali normal mengikut pengalaman sy

Reply

eida November 30, 2010 at 3:33 pm

salam…kite nye pakej bb maxis y rm68 je…xp np smpai bil kne byar sampai rm168??gn bb pun jauh nk sampai limit..np cm 2 ye?

Reply

Amirez November 30, 2010 at 5:15 pm

ada dua sebab. pertama, mungkin kena bayar rm100 utk caj installment. ini utk bil bulan pertama ke? kalau ye, rasanya betul dah rm100 utk installment. kalau tiap2 bulan, mungkin kena ke maxis centre minta penjelasan.

kedua, awk guna maxis postpaid tak? mungkin caj bb tu termasuk sekali dengan bil telefon.

itu jelah kemungkinan yg sy rasa setakat ni :) harap membantu

Reply

farith September 25, 2010 at 1:54 pm

bro klu limit kte dh lebih…download rate kte turn…tpi klu blan dpan dye dah reset limit,download rate still turun atau macam biasa balik???

Reply

farith September 25, 2010 at 1:50 pm

nk tnye skit nie….
klu blan nie kte dh lbih limit kn…ps2 download rate kite kne turun…blan dpan klu maxis dh reset limit kte,download rate kembali mcm biase tak??

Reply

nabila September 13, 2010 at 11:11 am

aq baru je pkai maxis broadband..aq try register tuk akaun data usage..p npe ye tiap kli aq register mst x berjaye,,dye soh msokkn lg no sim n ic..brpluh2 kli aq wat..still x berjaye..n ag 1 law kte terlebih limit..adkah kte kne bayar lebih?sbb aq amek pekej rm68 je sbulan

Reply

Amirez September 13, 2010 at 8:39 pm

tak pasti pulak masalah tu. maybe kat no sim tu tak betul ataupun ic. maybe nak format ic xxxxxx-xx-xxxx atau tanpa dash. try dua2.

kalau dah over limit kita tak dikenakan byr apa2. cuma download rate jadi slow sgt tp nak surf web yg tak berat agak laju jugak. harap membantu ;)

Reply

Amirez July 10, 2010 at 1:14 pm

area aku tak dapat lagi wimax.
kat sini maxis ngan celcom bb memang sgt bagus.
kalau dpt wimax nak jugak try, murah sket

Reply

yes July 10, 2010 at 12:46 pm

wimax ok je. aku guna pakej myr 99..

Reply

Amirez July 10, 2010 at 11:43 am

baguslah. lagi stabil kalau takde orang curi kabel hehe.
wimax x best ek?

Reply

yes July 9, 2010 at 11:36 pm

guna streamyx dan dah tak guna broadband lagi. wimax cuma guna 2 bulan je..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: