Jun 7, 2009

Masuk Pusat Pemantapan Akidah

  • Share
  • Share

p6030200 Masuk Pusat Pemantapan Akidah

Lama juga aku tak update. Ke mana aku menghilang? Siapa² yang add aku kat facebook mesti tahu ke mana aku pergi seminggu lepas. Kat twitter pun aku ada bagitau. Bagi yang tak tahu, baca sekali lagi tajuk di atas. Aku masuk Pusat Pemantapan Akidah JAKIM di Jelebu, Negeri Sembilan baru² ni.

Hoho, jangan melopong. Bukan kerana aku bermasalah akidah. Aku ke sana atas urusan kerja, kerjasama dengan pihak JAKIM untuk Program Pemantapan Akidah & Bina Taqwa bagi peserta dari IJED, jurutera² tentera dari Port Dickson. Selesai tugas kat Trolak, Perak terus ke Jelebu esoknya selama empat hari. Kasihan kucing kat rumah takde orang nak jaga seminggu huhu.

Hari ni aku nak cerita sikit pengalaman kat sana. Sikit je. Kalau banyak² nanti boring pula.

Kat sana aku paling suka ke kantin. Makanan yang disediakan sangatlah lazat. Hari pertama makan tambah juga, tapi bila fikir perut dah naik sejak di Perak lagi bahana makan sampai tiga pinggan, aku control sikit makan. Takut boroi pula nanti haha. Beringat sebelum boroi.

Tapi ada satu lagi daya tarikan kat kantin tu, dua ekor kucing anak-beranak. Rasanya kucing tu penghuni tetap kat kantin tu agaknya. Uniknya si ibu kucing, dia ada 6 jari kaki. Sebelum ni aku pernah jumpa kaki kucing sampai 5 jari. Si ibu ni memang unik. Bersih pula tu. Aku dengan Hassan memang tak pernah lepas lawat diorang bila ke kantin.

Anaknya pun unik juga. Kalau kucing lain suka tidur dalam kotak atau celah ibunya, anak kucing ni lain. Dia suka tidur dalam tanah haha. Comel la pula tengok dia tidur dalam lubang tanah yang muat² badan dia je. Kalau dia nak menyorok daripada kitorang pun dalam tanahlah tempatnya. Mula² garang anak kucing ni, asyik mendesis je macam ular. Tapi taulah kitorang jinakkannya eheh. Nak² je bawa balik rumah. Tapi takut tak terjaga pula macam kucing kat rumah 5 ekor.

p6030203 Masuk Pusat Pemantapan Akidah

Paling best pada hari ketiga, Kembara Zikir sejauh 5km dalam hutan. Taklah jauh mana pun 5km tu, tapi sebab naik turun bukit longgar juga kepala lutut. Kebetulan betis kiri aku sakit sebab kejang, jadi aku naik trak askar terus ke tempat ambush dekat dengan check point 2. Time ni yang aku duk tunggu². Kitorang dah siapkan 100 biji bom belon air untuk dilempar kat tentera² tersebut hoho. Check point 2 tu berada dalam kebun durian. Kalau baling buah durian kecik yang gugur orait juga haha.

p6040277 Masuk Pusat Pemantapan Akidah

Gambar kat atas tu adalah bom bola (ye kot?) yang diberi oleh tuan punya kebun durian. Sebenarnya kitorang buat meriam buluh sebagai amaran sebelum ambush. Banyak kali gak test tapi bunyinya tak cukup kuat. Tiba² datang tuan kebun durian tu, baru lepas tembak tupai agaknya. Uncle tu kata meriam kitorang tak cukup kuat. Dia pun kasi bom bola tiga bijik. Bunyinya memang puas hati. Lama tak main mercun eheh.

Aku jumpa port yang baik punya, confirm askar² tu tak nampak. Aku menyorok belakang pokok besar, lebih kurang 5 meter dari track diorang. Sebenarnya nak tunjuk gambar lokasi diorang akan diambush. Tapi aku rasa tak perlulah tunjuk, sebab tak nampak tempat persembunyian aku. Nanti korang tak dapat imagine pula. Yang pasti, lokasi aku lebih tinggi daripada spot diorang kena ambush. Nak ambush ni mesti dari belakang baru kena cara hoho.

Dua jam setengah aku duk mencangkung kat tempat persembunyian. Nyamuk takyah cakap punyalah banyak. Silap tak pakai baju lengan panjang. Nasib baik ada PDA kawan dalam beg galas. Boleh la main game sementara tunggu askar² tu tiba.

Lebih kurang jam 1410, nampak kelibat pegawai yang memandu arah 1 batalion seramai 77 orang askar menuruni bukit bersebelahan aku. Aku siap mengambil posisi supaya diorang tak perasaan. Bila diorang dah berada di lembah, bom bola diletupkan dan aku serta beberapa orang lagi tukang ambush yang berada di posisi masing² membaling belon berisi air ke arah mereka. Mereka cuma dapat mempertahankan diri sebab itu arahan yang diterima sebelum trekking bermula.

Tengah sedap² baling, aku tengok ada lagi beberapa platun kat atas bukit. Lor, aku ingat semua dah berkumpul kat bawah. Tak best pula yang lain tak kena baling belon. Plan tak berapa menjadi. Tapi seronoklah juga dapat buat jahat kat askar haha.

Habis sesi ambush-mengambush, diorang didedahkan dengan praktikal solat Khauf. Kat sekolah dulu pernah belajar tapi terlalu basic. Kat program ni dapat tengok secara praktikal macam mana solat Khauf dilakukan. Kalau korang nak tahu pasal solat Khauf dengan detail, bolehlah tanya ustaz ye. Tak berapa ingat nak terangkan kat sini eheh.

Pertama kali dalam hidup aku solat di hutan bersejadahkan tanah dan daun² kering. sangat² jarang dapat peluang macam ni. Betul² rasa macam askar eheh.

p6040307 Masuk Pusat Pemantapan Akidah

Jungle trekking diteruskan sehingga ke check point 4. Check point 4 adalah mandi sungai haha. Sungai yang dinamakan Sungai Kongkoi. Air punyalah sejuk, air bukit mungkin. Cuma baunya tak berapa best, bau selut sikit. Tapi kitorang mandi je macam tak pernah jumpa sungai. Bila naik atas, baru perasan ada satu saliran yang menyalur ke sungai. Mungkin saliran tu datang dari kilang rotan kat check point 3 tadi huhu. Patutlah bau semacam je. Hampeh betul la.

Lepas tu kitorang semua balik ke PPAJ dengan trak askar. Penat tak terkira tapi memang seronok. Empat hari kat sana rasa macam baru satu hari. Satu lagi benda best, dapat sijil daripada JAKIM icon smile Masuk Pusat Pemantapan Akidah

p/s: rindu kat kucing tu icon sad Masuk Pusat Pemantapan Akidah

pixel Masuk Pusat Pemantapan Akidah

4 Comments

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks