Aug 20, 2009

Mencari Cinta?

  • Share
  • Share

mencaricinta Mencari Cinta?

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

Pelajar: Cikgu, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itu lah cinta

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

Guru: Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu. Tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi.

Pelajar tersebut pun berjalan. Dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh dari hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan…….

Kesimpulan

Kesimpulannya… janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. cepat²lah berkenalan atau taaruf dalam bahasa lebih sopan. Lepas tu, cepat² kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan. Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh ke website Maskahwin Yang Hilang. Insyallah, dapat membantu.

p.s: saya baru saja habis baca semalam. memang seronok dan berbaloi icon smile Mencari Cinta?

pixel Mencari Cinta?

10 Comments

  • menarik,tertarik eheh

    perh,ni yg kena amik gak sebatang ranting ni….

    [Reply]

    Amirez Reply:

    weh prop..lama x menyinggah. bz mencari jodoh ke hehe

    [Reply]

  • very nice love story…!! :)

    [Reply]

  • ye..saye pon berminat jugak dgn blog awk ni..mwahahhaa….tapi lame da tak singgah…bz ler…blog saye pon tak update2…ehhehhhee….
    miss u la abg adi….ececeyhhh…

    [Reply]

    Amirez Reply:

    eceyhh haha

    [Reply]

  • salam…
    1st time rasa nye sy msk blog awk..
    neway, xtau nak komen ape..
    cuma sy seronok baca blog awk
    hehe
    .-= nzms_ein´s last blog ..wish =-.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    salam ein.
    terima kasihlah atas kesudian berkunjung ke sini.
    apalah sgt blog sy ni kalau nak dibandingkan dgn blog2 org len yg lebih menarik dibaca. apa2 pun..doumo arigatou.
    selalu2lah ke sini ye hehe

    [Reply]

    nzms_ein Reply:

    ok ape blog awk ni..
    nak di banding kan dgn blog sy yg x matang 2
    masih byk yg perlu sy pelajari
    insyaallah, ade masa nnt sy akn hbs kan baca suma entry awk
    pasni sy akn rajin singgah blog awk
    hehe
    thanks ye wish me luck..im so nervous
    .-= nzms_ein´s last blog ..wish =-.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    wah..nak baca semua entry sy ek.
    bertambah semangat sy nak blogging camni hehe.
    thx thx :)

    tapi ada entry yg sy olah sbg eksperimen.
    takpe..kalau awk baca semua maknanya awk bleh phm nape sy buat camtu. blog awk pun menarik dibaca.
    nanti sy add blog awk dlm list

  • Mencari Cinta? | Amirez…

    Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

    Pelajar: Cikgu, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

    Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan …

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks