Mi Goreng IndoMie Mengandungi Bahan Kimia Bahaya

Korang suka makan mi goreng IndoMie? Bawak-bawak la bertaubat, dah tak boleh makan dah hehe. Buletin Utama TV3 tadi ada keluar berita berkenaan dengan Mi Goreng IndoMie yang sedap dimakan ni. Katanya IndoMie untuk pasaran Taiwan ada mengandungi bahan kimia yang boleh mendatangkan kanser untuk jangka masa panjang. IndoMie yang kat Malaysia ni pulak katanya selamat daripada bahan-bahan memudaratkan. Apa-apa pun tunggu keputusan ujian daripada Menteri Kesihatan.

Sebut pasal mi segera teringat roomate aku yang jadikan maggie sebagai makanan ruji dia kat Matriks. Pagi dia cuma sarapan air susu tepung dengan biskut Julie’s. Tengah hari dia tak makan, dia guna masa rehat tu untuk tidur. Dia memang suka tidur. Walaupun ada masa 5 minit pun dia akan manfaatkannya dengan tidur. Pelik sungguh perangai. Malam pulak dia akan makan maggie, kadang-kadang je makan nasik lemak seringgit. Kalau tak, dia akan puasa malam. Fuh, boleh tahan perut dia. Padanlan badan kurus kecik je. Tapi yang peliknya walaupun hari-hari makan maggie result dia tetap gempak, lagi-lagi subjek Fizik. Tau dia dapat berapa CGPA masa final sem? CGPA 3.70!!!!!!! Jadi adik-adik, tips nak jadi pandai makanlah maggie hari-hari haha.

Kat Matriks dulu IndoMie ni antara mi segera yang paling aku suka selepas maggie. Dalam sebulan biasanya aku akan makan IndoMie dua paket paling banyak. Kawan aku yang suka tidur + makan maggie tu la yang kenalkan aku dengan IndoMie ni. Tak nak makan banyak-banyak, orang kata nanti belajar tak pandai. Samalah maggie tu pun, apa-apa makanan yang dalam keluarga mi segera memang tak elok untuk perkembangan otak. Sejauh mana benarnya fakta tu rasanya setakat ni belum ada lagi yang mengesahkannya. Tapi aku memang tak makan sangat masa belajar. Lepas dah graduate baru aku makan, itupun bila rasa lapar sangat waktu malam.

Oh ye, sebut pasal maggie ada satu tips cara nak masak maggie dengan selamat. Korang rebus maggie tanpa masukkan perisa sampailah dah agak-agak nak masak sikit. Lepas tu buang air tu. Tujuannya nak buang wax yang ada pada maggie. Wax nilah yang membuatkan maggie tu melekat. Ok, lepas buang air tu korang kena rebus balik sampailah masak. Dah boleh masukkan perisa dah masa ni. Macam tulah yang selalu aku buat. Rasa tetap sama, so tak perlu risau hehe.

Tapi seboleh-bolehnya janganlah amalkan makan maggie atau mi segera ni. Kata orang, lebih banyak mudarat daripada khasiat. Renung-renungkan, dan jangan beramal hehe.

4 thoughts on “Mi Goreng IndoMie Mengandungi Bahan Kimia Bahaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge