Entri ni sepatutnya dipublish sebaik saja Mohamad ditabalkan sebagai juara Mentor 4 Ahad lepas. Tapi malam tu aku kurang sihat. Bukan demam macam hari tu, badan penat sangat ulang-alik Kelantan-Selangor-Kelantan-Selangor. Naik flight dari LCCT ke Kelantan. Lepas tu drive kereta dari Kelantan ke Shah Alam. Lepas tu drive balik semula ke Kelantan. Lepas tu pulak naik flight dari Kelantan ke LCCT. Dari Khamis lepas sampai ke Ahad, 4 hari. Fuh!! Naik flight tu penat sebenarnya. Banyak transit. Nak berasak-asak dengan orang ramai lagi kat KL Sentral dengan naik komuter. Sampai rumah kepala dah pening sampai keesokan hari.
Ok. Juara Mentor 4 kali ni pun dah kita tahu. Protege Ziana Zain yang berumur 22 tahun ni dengan bestnya dapat bawa balik RM 100,000 dengan kotrak rakaman dengan Monkey Bone selepas mendapat sebanyak 71 undian. Ziana Zain sebagai mentor pun dapat RM 100,000. Bestnya. 10 kali ganda dengan hadiah Peraduan Teka Kata eheh. Kat blog pun dah ramai yang cerita pasal Mohamad ni. Tapi aku lebih berminat nak cerita pasal Merah, juara ujibakat pilihan Mentor yang kalahkan Saiful dalam rancangan Mentor Final baru-baru ni.
Merah ni dulu pernah datang ujibakat untuk jadi protege kepada Mus May. Tapi nasib tak menyebelahi dia, sebaliknya Ayim yang berjaya bertahta di hati Mus May. Walaupun tak dapat jadi peserta Mentor, tapi Merah diberi peluang untuk tunjukkan bakatnya sebanyak dua kali. Kali pertama dalam konsert Mentor beberapa minggu yang lepas. Kali kedua dalam konsert akhir Mentor baru-baru ni. Jujur dari hati aku penampilan pertama Merah kurang menyerlah. Tapi dalam persembahan kedua dia Ahad lepas buatkan bulu roma aku menegak bila dengar semula dalam radio Hot.fm pagi Isnin semalam. Persembahan Merah malam tu bagi aku lebih menarik daripada persembahan finalis Mentor sendiri. Merah nampak lebih rileks, santai dan rasa macam konsert yang sebenar. Sama macam konsert Tomok dalam One in a Million dulu. Mungkin sebab Merah bukan dalam pertandingan jadi dia dapat bawa penampilan yang lebih rileks, semangat dan ceria. Rock memang sesuai untuk dia. Aku rasa mungkin ada pihak yang berminat nak ketengahkan Merah dalam industri muzik. Merah yang berusia 24 tahun ni ada bakat sebagai rocker. Video kat bawah ni konsert Merah pada konsert akhir Mentor yang lepas.
[pro-player]http://www.youtube.com/watch?v=_psKabOg8sU[/pro-player]
Sorang lagi yang diberi peluang menyanyi di konsert akhir Mentor 4 ialah Saiful yang ada keunikannya tersendiri. Hebatnya Saiful ni dia boleh buat suara perempuan. Lebih hebat lagi Saiful boleh menyanyikan suara lelaki dan perempuan dalam satu lagu!! Aku rasa Saiful sesuai masuk pertandingan macam America’s Got Talent ataupun Britain Got Talent. Kat Malaysia ada tak rancangan macam tu? Rasanya takde lagi kot? Mungkin ada pihak yang berminat nak buat rancangan Malaysia’s Got Talent. Eh, kita orang Malaysia. Sepatutnya tukar nama kepada Bakat Malaysia eheh. Tapi tak sedap pulak bunyinya.
Apa-apa pun tahniah kepada Mohamad. Tak sia-sia dia dibawa masuk menggantikan protege asal Ziana Zain. Harapnya Mohamad berjaya dalam industri muzik tanahair.
Imej kredit kepada Gua.com.my

{ 2 comments… read them below or add one }
merah jugak yang best hahaha
adi g best kot..suara die sedap..n muke die pon cool jer..hehehe