Mudahnya Menjemput Rezeki

Mudahnya Menjemput Rezeki

Alhamdulillah saya sudahpun berjaya khatam membaca sebuah buku idaman ramai ketika ini, Mudahnya Menjemput Rezeki yang dikarang oleh Fathuri Salehuddin. Tak keterlaluan jika saya katakan buku ini adalah sebuah buku motivasi diri dan juga kewangan. 100% isi kandungan buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini adalah tentang rezeki, sebagaimana judul buku ini.

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini sangat bagus untuk dibaca oleh mereka yang merasa rezekinya sempit. Malah bagus juga untuk mereka yang ingin menambahkan lagi rezekinya yang sedia murah. Pendek kata ianya bagus untuk semua, tidak mengira siapapun anda. Baik pekebun, pekerja kilang, pelajar, guru, usahawan, malah menteri sekalipun, buku ini tidak pernah memilih pembacanya. Jika saya yang amat jarang membaca buku boleh menghabiskannya dalam masa singkat, apatah lagi anda.

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki

Mudahnya Menjemput Rezeki ditulis dalam 4 Bahagian dan mempunyai 40 Bab kesemuanya. Setiap bab ditulis dengan ringkas dan tidak meleret, memudahkan saya untuk menghabiskannya dengan cepat. Penerangannya yang santai menjadikan buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini menarik dibaca.

Jika anda ingin mengenali lebih lanjut tentang buku ini boleh Like Facebook Page rasmi Mudahnya Menjemput Rezeki yang dikendalikan sendiri oleh saudara Fathuri Salehuddin.

Rezeki Datang Selepas Membaca

Ramai yang mengatakan rezekinya semakin murah selepas membaca buku ini. Mudahnya Menjemput Rezeki bukan sekadar buku, ianya ibarat buku manual untuk memudahkan diri kita menjemput rezeki. Dalam buku ini ada panduan bagaimana untuk belajar menjemput rezeki datang kepada anda.

Secara jujurnya kesan daripada membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini sudahpun saya rasai. Ada yang serta-merta, ada yang menunggu masanya. Tetapi rezeki itu bukanlah duit semata-mata. Kesihatan juga rezeki. Malah kesihatan adalah rezeki yang paling besar seperti yang diterangkan dalam muka surat 65. Sama ada kita sedar atau tidak ianya adalah rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t. Buku ini mengajar kita mengenal apa itu rezeki yang sebenarnya.

Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk.

- Pengarang Tafsir al-Quran asy-Sya’rawy

Dengan mengenal rezeki, kita mula mengenal erti syukur. Dengan bersyukur akan mengajar kita untuk mendekatkan lagi diri kita dengan Pencipta. Dia yang menciptakan kita, jadi Dialah yang lebih mengetahui tentang rezeki kita.

Mudahnya Menjemput Rezeki - Fathuri Salehuddin

InsyaAllah saya akan kongsikan serba sedikit apa yang saya pelajari daripada buku Mudahnya Menjemput Rezeki hasil tulisan daripada Fathuri Salehuddin. Saya memanggil beliau dengan panggilan ustaz. InsyaAllah pukul 9 pagi nanti saya akan berjumpa dengan Ustaz Fathuri untuk bincangkan sesuatu.

Sebagai makluman, buku Mudahnya Menjemput Rezeki sudahpun mengalami cetakan keenam. Buku yang saya ada ini adalah buku terakhir cetakan keempat yang ada di kedai buku Syarikat Muda Osman berhampiran rumah saya. Buku cetakan kelima sudahpun diedar kepada dealer dan salah seorang dealer buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini adalah saya sendiri.

Kepada yang ingin dapatkan buku Mudahnya Menjemput Rezeki boleh hubungi saya melalui contact form ataupun melalui nombor talian 012-796 4701 (call/SMS).
«
»

This Post Has 34 Comments

  1. onlajer says:

    Alhamdulilah dapat juga rezeki membuat artikel , walaupun baru membaca tak sampai separuh
    Entri Terbaru onlajer » Password

  2. Password says:

    [...] Dengan mendapat surat cinta ini menjadikan aku lebih berhati hati untuk berkongsi sesuatu. Nak – nak dengan undang-undan dunia yang lebih mementingkan “must pay to get something” nothing is free event you want to pee pay me 50 cent or pee like a animal. Tak kisah lah tu ya ler air paip,sabun,toilet paper itu kan nak kena bayar ye tak. Kesimpulanya kalau pergi mesjid murah – murah kan hati lah untuk memasukan duit dekat tabung – tabung yang telah disediakan dapat juga anda membuat jariah. Sedikit sebanyak dapatlah juga anda melabur untuk akhirat tak bergitu. aku pernah terbaca cara yang ini adalah salah satu bagaimana hendak menjemput rezeki tak gitu Brother?. [...]

  3. [...] walaupun bukan pada hari cuti. Alhamdulillah, berkat daripada ilmu yang diamalkan daripada buku Mudahnya Menjemput Rezeki [...]

  4. farhan says:

    menarik..kena baca buku ni..brapa harga buku ni
    Entri Terbaru farhan » Pengikut Ferrari di Facebook mencapai 10 juta

  5. Denaihati says:

    elok sangat baca buku ni. juga moga succes dgn penjualan buku ni.
    Entri Terbaru Denaihati » iPhone 5 Blogger yang mencapai impian

  6. auc says:

    menarik nih
    Mudahnya Menjemput Rezeki, kalau ia memang rezeki kita pada ketika itu :)
    Entri Terbaru auc » Masjid Beijing di Kelantan

  7. hafidz says:

    Baru jer dapat pinjam buku mudah menjemput rezeki. Nak baca dah nih :D
    Entri Terbaru hafidz » Casio Watch W-202

  8. Ladfe Amir says:

    contact form bro ada masalah. tak dapat kenal pasti capthca image tu.

    saya nak beli buku ni melalui bro. boleh kasi detail tak?

    terima kasih
    Entri Terbaru Ladfe Amir » Wordless Wednesday (Bee N Flower)

  9. lama dah berhabuk kat atas meja rumah tu. lps baca ni mmg kena cari masa belek2 jugak. terbaik ni!
    Entri Terbaru Faris Al-Muhandisu » Demam Crepe

  10. WRizuan says:

    terbaik la bro..:) perkongsian yang telus..:)
    Entri Terbaru WRizuan » Amalan Ketika Anak Sedang Tidur

  11. muazfaris says:

    ok , masuk dalam list.. buku wajib baca .. hihi
    Entri Terbaru muazfaris » Gambar Jaulah Matrouh dan Siwa (Musim Sejuk)

  12. Thanks sebab kongsi pasal buku ni. Kawe tak sedar kewujudan buku mcm ni. In fact, dah lama kawe tak cari buku motivasi. Rasanya tengok anak2 dirumah dah cukup bagi motivation utk buat sesuatu. Then again, buku2 begini boleh memberi persepektif yg lain dan membantu pembacanya. Looking fwd utk membaca intipati buku ni nanti. Insya-allah akan kongsikan apa yg pelajari kan? :D
    Entri Terbaru Dulu Lain Sekarang Lain » The LEGO Ideas Book

    • Amirez says:

      sama2. sekadar berkongsi daripada pengalaman sendiri membaca buku ni. insyaAllah akan dikongsikan serba sikit intipati buku ni tapi kawe tak sepandai ustaz fathuri nak terangkan pasal ni. tak rugi dapatkan buku ni. harganya takleh nak menandingi nilainya :)

  13. hairulafiz says:

    dah khatam dah, boleh bagi tips sikit
    Entri Terbaru hairulafiz » Sambutan Hari Kekasih dilarang

  14. titan says:

    hoho..hang ada stok rupanya..
    Entri Terbaru titan » KLserver.net – Hosting Super Macho untuk anda

  15. TehR says:

    memang benar, rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang
    Entri Terbaru TehR » Pantun Mata Mengantuk

  16. [...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Mudahnya Menjemput Rezeki [...]

  17. Shahrul says:

    perkongsian ilmu terbaik la bro…teringin nak beli jugak buku ni
    Entri Terbaru Shahrul » #PRU13 – Are you ready for BN?

    • Amirez says:

      harus dapatkan buku ni, sangat berbaloi dibaca. boleh cari kat kedai buku kalau ada jual lagi cetakan lama. cetakan baru tak jual kat kedai dah, semua pembelian melalui dealer persendirian.

  18. Arrazi says:

    terbaik. ini suatu usaha murni yang telah dilupakan iaitu mengajak masyarakat kepada minat membaca. Terima kasih perkongsiannya. Semoga dapat berkongsi lebih lagi.
    Entri Terbaru Arrazi » Penulis Jemputan Strategi Penting Blogger

Leave A Reply





CommentLuv badge