Jan 3, 2010

Nak Jadi Model Peragaan

  • Share
  • Share

modelt Nak Jadi Model Peragaan

Fuh, cita² yang jarang dicita-citakan aku haha. Ingat aku ada rupa sangat ke nak jadi model? Setakat tinggi je yang melepasi tahap tinggi minimum seorang pramugara mana cukup. Tapi entah kenapa sejak dua menjak ni timbul niat nak cuba dalam bidang peragaan. Mungkin niat aku ni mengundang keajaiban bagi sesetengah orang, lagi² mak aku haha.

Tak pernahnya dia setuju dengan cita² anak sulungnya sorang ni. Dulu aku bercita² nak jadi pilot. Ditentang habis-habisan oleh mak aku dan konco²nya iaitu nenek dan makcik² aku huhu. Atuk aku rileks je. Dia lagi suka kot kalau aku jadi pilot. Barulah cucunya ni kerja dalam bidang yang berlainan. Takdelah semua jadi cikgu je, kan?

Teringat masa belajar kat matriks dulu. Nama penuh matriks tu Kolej Matrikulasi KPM Kolej Chermai (KC), terletak di kawasan lembah bernama Serting di daerah Bahau. Tak silap lebih kurang 30Km dari pekan Bahau. Matriks tu memang strategik sangat; kiri ladang kelapa sawit yang banyak b*b* hutan, kanan lak kawasan tanaman pokok yang aku tak tau pokok apa orang situ tanam, belakang lak hutan belantara. Sangat sesuai untuk belajar. Kata cikgu² kami kat hutan tu ada harimau. Sebab tu batch kitorang belakang tu dah dipagar. Dengar cerita senior² kitorang dulu pernah mandi air terjun kecik kat belakang tu. Takde pulak timbul kes harimau datang mandi sama. Mungkin harimau tu baru daftar masuk sekali dengan batch kitorang agaknya. Eh, apahal lak cerita pasal matriks aku neh? Maaflah lari topik. Mari kita pulang ke pangkal jalan…

Atas dasar kenangan terindah di KC aku telah wujudkan satu group khas untuk bekas² tupperware student KC di Facebook. Taip ‘Kolej Chermai Alumni’ dan sertailah kami sementara penyertaannya adalah percuma haha.

Kat Matriks dulu ada sorang kawan, nama panggilan dia Cat. Dia ni cantik, tinggi lampai orangnya. Anak kacukan Denmark-Malaysia. Tak pernah bertegur sapa pun. Tapi sejak kami sama² menjadi wakil matriks untuk bertanding di Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) kat Kolej Matrikulasi Pulai Pinang (KMPP), hubungan cinta kami semakin rapat. Itupun lepas tamat belajar kat KC baru masing² berbalas pantun SMS.

Biasalah baru habis matriks, mesti nak tau apa plan sebelum masuk U kan? Aku cakap takde buat apa sekadar menternak lemak kat rumah. Terkejut bila dia cadangkan aku buat part time modelling. Aku tanya diri sendiri, layakkah aku menjadi model? Diri aku sendiri menjawab, macam tak layak haha. Tapi si Cat ni encourage aku untuk datang ke KL cuba nasib jadi model. Katanya aku ada ciri² seorang model. Tang jalan cat walk tu memang aku akuilah sejak sekolah lagi haha. Ops, bangga diri pulak huhu. Tiada niat ok.

Bila Cat dah bagi semangat macam tu, perasaan nak jadi model tu membakar dalam jiwa. Memang rasa nak cuba, tapi jauh dalam diri ini belum bersedia untuk berdikari. Apatah lagi mencari duit poket sendiri di negeri orang. Langsung tak pernah terfikir waktu tu. Dan aku sendiri pun rasa macam tak boleh nak harapkan diri sendiri merantau ke negeri orang. Nak tinggal kat mana, nak makan apa, nak ke sana sini macam mana, semua jadi masalah bagi aku. Bila teringat KL je mesti terbayang yang KL ni penuh sesak dengan kenderaan, orangnya dressing ngancam², penipuan sana sini, penindasan, macam² lagi yang buatkan aku rasa takut dengan KL. Hakikatnya taklah begitu. Sama je, asalkan pandai bawa diri. Lagipun time tu kalau aku nak ke KL, 100% confirm mak aku tak kasi. Anak sulung tapi dimanjakan, walaupun aku bukan anak manja. Oh ye, dulu aku sangat takut nak naik LRT, takut tersalah pilih station haha.

Beberapa bulan yang lepas pernah jugak sorang kawan nak bawa aku ke arena modelling ni tapi fokus kepada model baju Melayu. Kira oklah kalau dapat part time job camtu, kan? Dapatlah tambah sikit duit kawen hehe. Tapi  sampai ke sudah takde khabar berita pun. Apatah lagi tawaran untuk berlakon menggantikan Asyraf Muslim hahaha. Poyos sungguh. Kenapa hari ni aku begitu poyo, ha? Korang boleh tolong jawab tak?

Andai kata korang nak jadi model, bolehlah ke www.rahsiamodel.com untuk belajar bagaimana nak jadi seorang model yang berjaya. Ebook yang ditulis sendiri oleh seorang model yang tak pernah lekang mencuba nasib dalam arena modelling ni. Ni bukan nak promote web tu ye tuan² puan². Web tu tak sediakan program affiliate pun. Kalau tak, mesti aku dah masukkan link affiliate aku kat sini haha.

Korang rasa aku layak tak jadi model?

pixel Nak Jadi Model Peragaan

11 Comments

  • saya nak tanya sikit..dunia model ni seronok ker???saya ingin sekali merasai dunia model nie…

    [Reply]

    Amirez Reply:

    sy pun tak pasti. tapi daripada pandangan sy, modelling boleh tingkatkan keyakinan kita. keyakinan yg tinggi byk gunanya dlm hidup kita lebih2 lagi utk pekerjaan

    [Reply]

  • eh arah. welcome to my blog cap ayam hehe

    [Reply]

  • heheheheh….

    [Reply]

  • hehe kn g interview dlu…:P

    [Reply]

    Amirez Reply:

    oo ada interview dulu ek hehe

    [Reply]

  • erm..jadi abg hadi yg skg lg okey kot.
    xde lah kak anis risau jea nanti. :)

    [Reply]

    Amirez Reply:

    haha. angan² je kot.
    tp kalau dpt peluang why not kita try kan

    [Reply]

  • hoho kalau rasa ada bakat, pe salahnya mencuba kan..kot2 ada rezeki kt sana
    .-= x-po´s last blog ..MAKSIAT & TAHUN BARU TAK DAPAT DIPISAHKAN =-.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    tau tak macam mana nak apply hehe

    [Reply]

  • hoho kalau rasa yakin dpt jadi model, pe salahnya mencuba kan..kot2 ada rezeki di sana
    .-= x-po´s last blog ..MAKSIAT & TAHUN BARU TAK DAPAT DIPISAHKAN =-.

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks