Niat Puasa Sunat Arafah 9 Zulhijjah

Esok para jemaah Haji akan mula berwukuf di Arafah di mana ianya adalah kemuncak bagi ibadat Haji. Wukuf bermaksud berada di bumi Arafah walau sesaat sekalipun dalam sebarang keadaan bermula dari gelincir matahari pada 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Wukuf di Arafah adalah sebahagian daripada rukun Haji. Haji dikira tidak sah jika seseorang yang ingin menunaikan Haji tidak berwukuf di Arafah.

Wukuf di Arafah

Bagi jemaah Haji, adalah sangat dituntut untuk berdoa pada hari wukuf sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”

Jemaah Haji disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah seperti yang diriwayatkan oleh Ummu al-Fadhl binti al-Harith yang bermaksud, “Ramai daripada kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah s.a.w., lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas meminumnya.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Berpuasa Sunat Arafah Bagi Yang Tidak Mengerjakan Haji

Walaupun jemaah Haji disunatkan untuk tidak berpuasa pada 9 Zulhijjah yakni hari Arafah, bagi umat Islam yang tidak melakukan ibadat Haji adalah sangat digalakkan untuk berpuasa sunat Arafah pada 9 Zulhijjah di mana tarikh tersebut jatuh pada hari Isnin, 14 Oktober 2013.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah. Maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

Niat Puasa Sunat Arafah

Niat puasa sunat Arafah adalah sama seperti niat puasa sunat yang lain iaitu:

“Sahaja aku berpuasa sunat Arafah esok hari kerana Allah Taala”

Fadhilat dan Kelebihan Pusat Sunat Arafah

Berpuasa sunat di hari Arafah mempunyai fadhilatnya yang tertentu seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu, orang yang mati syahid, orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan dan orang berpuasa di hari Arafah.

Kelebihan berpuasa di hari Arafah ialah Allah s.w.t. akan mengampukan dosa-dosa hambaNya yang berpuasa pada 9 Zulhijjah selama dua tahun iaitu dosa setahun yang lalu dan dosa setahun yang akan datang.

Daripada Abu Qatadah al-Ansari r.a.: “Dan Rasulullah s.a.w. ditanya tentang berpuasa pada hari Arafah, maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang”.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

16 thoughts on “Niat Puasa Sunat Arafah 9 Zulhijjah

  1. Pingback: Niat Puasa Sunat Arafah 9 Zulhijjah | Apesal.com

  2. Pingback: Niat Puasa Sunat Arafah 9 Zulhijjah | Amirez (dot) com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge