Nokia 5320 XpressMusic Dalam Genggaman
Aku tak percaya sangat cepat keputusan dibuat untuk beli Nokia 5320 XpressMusic ni kat Plaza Idaman tadi. Niat asal cuma sekadar nak survey. Bila dah sampai kedai yang dikatakan jual handphone dengan harga lebih murah daripada kedai lain tu, terus ke mesin ATM dalam 7-Eleven cucuk duit haha. Beli dengan duit elaun yang baru dapat 16hb lepas. Kepala pun masa tu entah kenapa macam tak berapa betul je. Hanyut semacam. Maybe sebab dilema yang aku alami sekarang agaknya.
Masuk dalam kereta, terus aku call si dia nak cuba try test handphone baru ni. Bukan main happy aku cerita kat dia beli handphone baru dengan 2Gb memory card menggantikan handphone Sony Ericsson K701i yang rosak sebab masuk air Sabtu lepas huhu. Tengah syok mengeksen, si dia mencelah. Dia kata macam sama dengan dia punya je. Check kotak, memang sama model. Katanya lagi, setahun dah pun keluar model tu. Chais. Ingat paling baru di pasaran bagi kategori XpressMusic. Memang buta handphone aku ni. Patutlah sebelum sampai Plaza Idaman rasa macam nak beli yang sama dengan si dia punya je. Yang herannya masa duk belek² kat kedai tadi tak terlintas pula rasa sama. Gelak sakan si dia. Malulah juga eheh. Takpe. Sama tandanya sejiwa hehe.
Alkisah si Sony aku tu…
Jumaat sampai Ahad yang lepas aku berada di Kem Sri Raudhah dekat dengan perkampungan orang asli Gombak. Nama spesifik tempat tu tak pula aku ketahui dan memang tak ambik tahu pun haha.
Dipendekkan cerita, hari Sabtu ada aktiviti jungle trekking. Destinasi adalah air terjun. Memang best mandi kat situ. Bila nak balik, aku potong queue dengan ikut jalan merentasi sungai yang agak dalam. Nakal punya pasal, terpijak batu yang berlumut. Maka tersungkurlah aku dari belakang. Beg galas yang aku pikul habis basah. Dalam beg tu ada handphone aku, handphone kawan aku, kamera aku dengan kemera ofis. Handphone aku rosak walaupun dah keringkan. Handphone kawan aku mula²nya suspek rosak juga sebab lambat nak hidup. Malam tu dah ok. Kamera aku selamat. Kamera ofis berwap sikit dekat kanta.
Entah kenapa semenjak dua menjak ni asalkan aku niat je nak tukar sesuatu mesti termakbul..tapi secara paksa huhu. Contoh macam si Sony, joystick kadang² tak fungsi. Dah tu pulak aku selalu juga komen function tak best. Tak berapa user friendly macam Nokia. Tak lama lepas tu ‘terbeli’ Nokia 5320 XpressMusic ni haha. Itupun lepas si Sony dah ‘mati’.
Sama juga kes aku nak tukar tayar kereta sebulan lepas. Disebabkan sebijik tayar aku habis RM1220. Kisahnya akan aku cerita pada masa akan datang.
Sekarang ni takde masa lagi nak explore XpressMusic warna hitam merah ni. Cuma…dari tadi lagi aku cari mana icon alarm clock tapi tak jumpa². Macam mana aku nak bangun Subuh esok wei?? Harap² ada la tukang kejut pagi esok.
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...





