Outing Photoshoot di Batu Caves

Semalam aku join outing photoshoot buat pertama kalinya yang dianjurkan oleh UFO Ent. kat Batu Caves. Ikut tentatif (sebenarnya takde hehe) sepatutnya bermula pukul 8 pagi tapi disebabkan hujan yang agak lebat terpaksalah menunggu sampai hujan reda sekitar pukul 9 pagi.
Tak bestnya aku datang outing ni sorang-sorang. Hassan terpaksa ke Janda Baik pulak untuk uruskan program kolej dia. Nak tak nak terpaksalah bawa diri sendiri untuk bergaul mesra dengan peserta-peserta lain. Tapi satu lagi yang tak best, gusi sebelah bawah mulut aku ni kena ulser pulak sejak dua hari lepas. Nak cakap pun agak seksa. Sekadar borak-borak mana yang patut jelah. Orang tanya, aku jawab. Mungkin ada di antara peserta yang fikir aku ni sombong huhu. Jerawat pun masa ni la nak tumbuh seketul kat pipi haha. Nasib baik tak nampak sangat.
Sepanjang outing, saudara Ijam bagi penerangan tentang teknik-teknik untuk shoot gambar dalam beberapa keadaan. Sayang kalau tak dengar sebab semuanya info yang sangat berguna. Siapa yang duduk rapat dengan Ijam dapatlah dengar setiap penerangan daripadanya. Yang duduk jauh-jauh tu dengar tak dengar jelah sebab peserta kali ni sangat ramai. Berdasarkan list peserta kali ni seramai 97 orang!! Itu pun tak termasuk yang belum update lagi. Oh ye, sebut pasal list ni aku terkilan jugalah sebab nama aku tak tersenarai walaupun dah buat pembayaran pada hari Ahad lepas. Email pun dah hantar termasuk hantar komen kat blog Ijam. Mungkin sebab peserta kali ni terlalu ramai jadi kalau terlepas pandang sorang dua tu normallah. Yang penting, baju dapat hehe.
Kat bawah ni adalah beberapa hasil gambar yang aku tangkap semalam dengan Nikon D3100 yang baru beli hari tu. Banyak gambar yang tak jadi walaupun dah ikut penerangan saudara Ijam. Entah mana silapnya. Kena banyak try and error lagi ni. Gambar kat bawah ni pun entah jadi ke tak haha. Korang tengok jelah ek. Nak kutuk pun boleh
















Gambar first tu tak nampak langsung awan. Tak tahu setting yang betul untuk dapatkan efek awan yang jelas dengan warna foreground yang cantik. Walaupun saudara Ijam dah explain lepas tu, masih lagi aku tak berjaya nak dapatkan warna langit dan awan yang jelas.
Ada banyak lagi gambar lain terutama yang dalam gua tapi kebanyakannya tak jadi haha. Gelap semacam je. Nak buat gambar silhouette semua orang tengah sibuk dengan subjek masing-masing. Next time la kot. Khamis akan datang aku ke Tasik Metropolitan untuk praktikkan semua yang telah aku belajar dari J.O.M Batu Caves sambil-sambil nak bawa isteri hirup udara pagi.
Terima kasih kepada UFO Ent. Outing photoshoot macam ni memang best, santai dan berguna. Kiranya macam teori dan praktikal terus. Lagi senang nak faham daripada khatamkan satu buku fotografi kemudian baru nak praktikkan apa yang dipelajari dalam buku. Katanya dua minggu akan datang diorang akan buat lagi outing macam ni tapi tempat belum confirm lagi. Kalau dekat teringin juga nak join lagi.
Cuma cadangan aku elok hadkan jumlah peserta. Sekitar 50 orang dah cukup sebab kalau ramai sangat nanti jadi terlalu crowded. Ijam nak bagi explaination pun boleh serak tekak sebab kena lontarkan suara lebih kuat nak bagi 100 orang peserta dengar. Kalau peserta tak ramai senang sikit Ijam nak fokus kepada setiap peserta dan senang juga peserta nak berinteraksi dengan Ijam bila ada apa-apa soalan. Itu hanyalah cadangan aku saja. Segala keputusan terletak di tangan pihak UFO Ent. Apa-apa pun J.O.M. ni memang best. InsyaAllah ada kesempatan aku akan join lagi
p/s: gambar ramai-ramai kredit kepada Ijam
14 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- Mama Murai: ingatkan kipas kat atas...
- Kimmy: Kipas haji eyh?
- titan: tak faham. tak fahammm..
- chii: topi yg mcm beret tu
- Mr.Sepet: wahh .. kipas2 .. jgn x...
- tuan tanah: kena ada kalau selalu...
- azura: kipas moden dah sekarang, lama...
- azman: Yup mmg cuaca panas...
- akubiomed: Ingatkan apa. Rupanya...
- chii: chii ingtkan tadi topi..adeih







Salam..
wah kat sini pun pic cantik2.. nway teruskn belajar fotografi
nurr´s last [type] ..Silent !
[Reply]
Amirez Reply:
November 12th, 2010 at 10:39 am
owh cantik ke? terima kasih hehe.
terima kasih sudi bertandang ke sini
[Reply]
sume gambar cantik, jumpa lg next jom
yangyuyu´s last [type] ..JOM Batu Caves
[Reply]
Amirez Reply:
November 11th, 2010 at 4:16 pm
terima kasih yuyu. insyaAllah ada kesempatan kita jumpa kat JOM akan datang
[Reply]
Gorgeous pics!
[Reply]
Amirez Reply:
November 1st, 2010 at 1:22 pm
owh, thanks melmonica
[Reply]
nice photoshoot =D. especially the birds
[Reply]
Amirez Reply:
November 1st, 2010 at 12:47 am
thanks Camy
i love the bird shot too
[Reply]
adoi lawa je gambar -.- jeles aku
[Reply]
Amirez Reply:
October 31st, 2010 at 4:56 pm
banyak yang rosak eheh
[Reply]
Outing Photoshoot di Batu Caves | Amirez {dot} com…
Semalam aku join outing photoshoot buat pertama kalinya yang dianjurkan oleh UFO Ent. kat Batu Caves….
Outing Photoshoot di Batu Caves…
Praktikal dengan Nikon D3100 dan lens Tamron 18-200mm di Batu Caves…
Secara peribadi,okla gambar2 ni.
97 org sekali outing? Ramai sangat tu, elok 10 -20 org je, lainla kalau ramai instructor.
saiful´s last [type] ..Unstoppable
[Reply]
Amirez Reply:
October 31st, 2010 at 2:44 pm
eheh.terlalu banyak kena belajar lagi.
katanya diorang dah nak tutup tapi last2 minute ramai lak yang daftar
[Reply]