Oct 3, 2011

Panggilan ke Tanah Suci Makkah

MASJIDILHARAM Panggilan ke Tanah Suci Makkah

Alhamdulillah, masa yang ditunggu akhirnya telah tiba. Berdebar-debar juga rasanya. Selain daripada nak mengerjakan rukun Islam yang kelima, ini pengalaman pertama saya ke luar negara. Walaupun kecik-kecik dulu pernah ke Singapura, itu pun sekadar transit lebih kurang sejam, tapi kali ni jauh sekali bezanya. Ikut jadual saya dan isteri akan berada di Madinah dan Makkah selama 48 hari. 50 hari sebenarnya termasuk hari pergi dan balik. Lama juga tu. Biasanya sekitar 42 hari. Rezeki kami agaknya icon smile Panggilan ke Tanah Suci Makkah

Kat bawah ni adalah jadual penerbangan mengikut surat yang diterima sebelum ni. Kalau ada perubahan pun rasanya tak makan masa yang lama sangat. Sekadar untuk rujukan terutamanya kepada saudara-mara saya yang saya yakin ada sorang dua yang rajin baca blog picisan saya ni…biarpun cuma silent reader hehe.

TarikhWaktuPerkara
3/10/20114:45pmBerlepas dari Kota Bharu ke KLIA
3/10/20115:55pmTiba di KLIA. Terus menuju ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya
4/10/20117:25amLapor diri di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya
4/10/201111:45amBerlepas dari KLIA ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Madinah
20/10/201111:05pmTiba di KLIA dari Madinatul Hujjah (Jeddah)
21/10/20118:00amBerangkat dari KLIA ke LCCT
21/10/20111:40pmBertolak dari LCCT ke Kota Bharu

Akhir kata, dengan rasa rendah diri saya memohon maaf andai ada entri-entri yang menyinggung mana-mana pihak ataupun bahasa-bahasa yang agak kasar digunakan sepanjang saya ‘berkata-kata’ di ruang maya ini sama ada secara sengaja ataupun tidak. Memang ada entri yang sengaja saya terbitkan dalam bentuk provokasi dan penyampaian yang agak kurang ajar. Tapi percayalah entri-entri tersebut bukan dibuat tanpa sebab. Ianya juga bukan menggambarkan siapa diri saya yang sebenarnya. Tujuan entri tersebut adakalanya untuk eksperimen semata-mata. Jadi kalau ada yang terasa hati atau kurang senang dengan entri-entri saya yang terdahulu, sepuluh jari yang mengetuk keyboard ni memohon maaf sekali lagi dari skrin monitor hinggalah ke CMOS. Haih, rindu pula subjek CMOS dulu eheh.

Oh ye, jangan lupa datang singgah ke sini lepas ni. Saya dah set beberapa entri yang akan diterbitkan secara automatik. Adalah sikit yang sempat dikarang. Ikutkan plan memang banyak entri draf tapi tak sempat nak siapkan semua. Daripada terbitkan entri yang dibuat secara tergesa-gesa dengan banyak, lebih baik buat entri yang agak lengkap walaupun sikit. Kualiti lebih baik daripada kuantiti, tak gitu icon wink Panggilan ke Tanah Suci Makkah Jadi, rajin-rajinlah datang jenguk blog picisan ni supaya ia tak bersawang hehe.

Salam ukhwah daripada saya dan isteri.

Sep 29, 2011

5 Golongan Orang Yang Mengerjakan Haji

Hari ini adalah hari penerbangan pertama jemaah haji ke Tanah Suci yang akan mendarat di Madinah terlebih dahulu. InsyaAllah 4 Oktober nanti penerbangan kami suami isteri pula. Doakan kami selamat pergi dan balik ye icon smile 5 Golongan Orang Yang Mengerjakan Haji

Sepeninggalan selama 48 hari ke Madinah dan Mekah, blog picisan ini akan diupdate secara automatik dengan entri-entri yang berkisarkan tentang haji terutamanya. Sekadar nak berkongsi hasil daripada pengalaman dan juga bacaan serta kursus-kursus haji yang dihadiri bermula bulan Mei lepas hinggalah kursus haji yang terakhir pada 24 September yang lalu. Kalau ada yang tersilap tu harap dapat perbetulkan.

Entri haji yang pertama suka saya nak sentuh tentang beberapa golongan orang yang mengerjakan haji yang dipetik daripada buku Rahsia Haji: Falsafah dan Hikmahnya Menurut al-Quran dan Sunah tulisan Muhd Najib Abdul Kadir terbitan Telaga Biru. Harga buku ni RM30. Kalau berminat bolehlah beli di kedai-kedai buku yang besar macam Popular. Bukan apa, takut tak ada pula kat kedai-kedai buku yang kecik-kecik ni. Tapi insyaAllah ada. Buku ni sangat sesuai untuk persediaan kita nak ke Tanah Suci Mekah.

5 Golongan Orang Mengerjakan Haji

Golongan Pertama: Haji di Hujung Usia

Baca Seterusnya »

Sep 28, 2011

Melayu Hina Hukum Hudud Allah

Kerana bencikan parti politik tertentu hukum agama pun turut sama dihina. Entah sedar atau tidak orang yang buat kenyataan menghina hukum hudud yang ditetapkan dalam agamanya sendiri ni. Kalau tak suka dengan hukum hudud sekalipun jaga-jagalah sikit ayat yang nak digunakan. Berdiam diri adalah lebih baik daripada secara terang-terangan menghina hukum yang telah ditetapkan olah Allah Yang Maha Esa.

hudud 300x224 Melayu Hina Hukum Hudud Allah

Hukum hudud dianggap sebagai hukum kuno. Adakah maksudnya agama Islam ini adalah agama yang kuno? Apalah nak ditakutkan kalau kita tak buat salah, betul tak? Abaikan soal politik dalam hal ini. Bukan nak ambik kira UMNO atau PAS. Persoalannya sekarang adalah berkaitan dengan agama kita sendiri.

Daripada kenyataan Umno Bersatu kat atas jelas menunjukkan yang beliau menghina agama Islam walaupun pada dasarnya dia membenci perjuangan PAS. Sekali lagi aku nak tegaskan kat sini untuk kita abaikan soal parti politik sekejap. Nanti ada yang berdebat politik dalam entri ni pula.

Adakah kenyataan berunsur penghinaan macam ni sebagai tanda untuk menggantikan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang dah terkantoi tak berapa lama hari tu? Hah, itu satu hal lagi. Sampai sekarang tak ada lagi pihak termasuk JAKIM sendiri yang ambil tindakan terhadap Adlin Bt. Abdul Jalil yang menghina Islam di sebalik topeng Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Apa sudah jadi dengan Malaysia Negara Islam? Info lanjut di Pendedahan Ekslusif.

Hm…adakah si Umno Bersatu takut kerana diri sendiri telah banyak melakukan jenayah?

Sep 28, 2011

Cara Mudah Buang Shareaholic Firefox Extension Pada WordPress Dashboard

Sejak update plugin SexyBookmarks kepada versi 4.0.6.2 ni muncul satu promo bar yang agak mengganggu di bahagian atas dashboard WordPress yang menyarankan kita untuk install firefox extention daripada shareaholic macam gambar kat bawah ni:

dashboardwp Cara Mudah Buang Shareaholic Firefox Extension Pada Wordpress Dashboard

Promo bar ni takkan hilang walaupun kita dah install shareaholic firefox extension sebagaimana yang korang perasan logonya kat sebelah kiri address bar dalam gambar kat atas. Jadi macam mana cara untuk buang promo bar ni? Cara paling mudah semestinya dengan uninstall plugin SexyBookmarks tapi macam mana cara kalau kita nak kekalkan SexyBookmarks tanpa diganggu oleh shareaholic firefox extension promo bar ni? Ikut langkah-langkah mudah seperti berikut: Baca Seterusnya »

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks