Sejarah Masjid Brunei di Danau Tok Uban

Assalamualaikum. Sebagaimana yang dijanjikan ini adalah entri sekuel bagi entri Sepetang di Masjid Brunei Darussalam yang lepas. Ramai yang menyangka masjid serba putih yang tersergam indah walaupun agak terbiar ini terletak di negara Brunei Darussalam. Sebenarnya bukan. Maaflah atas kekeliruan dengan tajuk entri yang lepas.
Sebagaimana yang dah diterangkan sebelum ni, masjid yang dikenali dengan nama ringkas Masjid Brunei ini terletak di Danau Tok Uban, atau lebih tepat di Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan. Kedudukannya di hujung jalan kampung dan di dalam kawasan yang berpagar. Yang menjadi tanda tanya, kenapa masjid ini dinamakan Brunei Darussalam? Itu yang nak kita rungkaikan kat sini melalui hasil bacaan daripada beberapa sumber di Internet. Teruskan bacaan.
Sepetang di Masjid Brunei Darussalam

Assalamualaikum. Ecece, mentang-mentang nak buat entri pasal masjid dan dan je bagi salam. Selalunya main terjah je masuk haha. Sama macam hari Jumaat, 9 September 2011 yang lepas…pakai kopiah semasa kembara mencari Masjid Brunei Darussalam yang terletak di Danau Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan. Yang bestnya kawan aku yang teman hari tu pun pakai kopiah putih. Alasan yang sama dengan aku…sebab nak pergi masjid hehe.
Plan nak ke Masjid Brunei Darussalam ni dah lama sebenarnya, sebelum puasa lagi. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan, niat tu terpaksalah hold kejap hinggalah ke hari yang tak dijangka pada Jumaat lepas. Kebetulan kawan aku free hari tu, esoknya pula dia dah nak balik ke Langkawi, ada eloknya juga ajak dia sekali ke Danau Tok Uban jadi peneman. Aku tak pernah lagi ke Danau Tok Uban tapi aku tau lokasi masjid tu terletak di ceruk hujung kampung berdasarkan pembacaan di Internet. Satu lagi sebab nak ajak kawan teman, tempat tu dikatakan agak misteri. Kalau jadi apa-apa pun ada kawan yang mungkin boleh membantu.
Wordless Wednesday #9

Wordless Wednesday #1 | Wordless Wednesday #2 | Wordless Wednesday #3 | Wordless Wednesday #4 | Wordless Wednesday #5 | Wordless Wednesday #6 | Wordless Wednesday #7 | Wordless Wednesday #8
Ciri-Ciri Lelaki Seksi – Bahagian 2
Terima kasih atas kesudian korang untuk baca dan beri sedikit komen dalam entri Ciri-ciri Lelaki Seksi – Bahagian 1 yang lepas. Agak pelik pula entri seperti itu dikeluarkan oleh seorang lelaki. Terasa gay pula haha. Tapi apa salahnya, ianya daripada pandangan wanita 100% yang disoal selidik melalui forum dan Facebook. Masih lagi ternanti-nanti komen daripada golongan wanita untuk entri yang lepas. Malu ke segan? Come on, kalau setuju katakan setuju. Kalau tak, boleh kongsikan pandangan korang pula.
Seperti yang dijelaskan dalam perenggan awal entri yang lepas, seksi tidak semestinya dipandang melalui pandangan nafsu semata-mata. Seksi juga bukanlah hanya sekadar penampilan yang mengghairahkan, baik lelaki mahupun wanita. Makna seksi itu luas dan subjektif mengikut pandangan masing-masing. Selain daripada tahap keyakinan tinggi (bukan ego atau overconfident) yang boleh menyerlahkan keseksian seseorang itu, baik lelaki mahupun perempuan, ada beberapa penampilan, gaya, sikap dan perkara lain yang boleh juga ditakrifkan sebagai seksi. Berdasarkan tajuk entri ini dikhususkan kepada pandangan beberapa orang responden wanita yang sudi berkongsi pandangan masing-masing.
Lelaki Cekap Memandu
Berdasarkan soal selidik, ramai juga wanita yang suka melihat kecekapan si lelaki memegang stereng sambil menukar kelajuan dengan lancar tanpa merasa kereta terhenjut akibat penukaran gear. Ditambah pula dengan sikap cool si lelaki menjadikan dia sangat seksi pada pandangan wanita. Ada wanita yang mengatakan cara lelaki menukar gear ibarat sedang melakukan seks??!! Pelik, tapi itulah fantasi seorang wanita yang kita sebagai lelaki tidak pernah pun terfikir.
Secara ringkasnya terdapat 5 gaya seksi bagi seorang lelaki yang cekap memandu: Baca Seterusnya »
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nuriz: Salam maulidurrasul.. terima...
- anjangman: Tq. kongsi maklumat...
- tehr: Salawat dan salam kepada nsbi...
- anjangman: Baru nak berjinak2 dgn...
- akubiomed: Saya tidak makan ikan....
- titan: memang tu yang aku wat. kalau...
- sabree hussin: nakal masa kecik2 je,...
- sabree hussin: sekarang dah stabil...
- hatiputera: emang sebaik-baik contoh...
- hatiputera: cuma dengar lagu...





