Sep 8, 2011

Ciri-Ciri Lelaki Seksi – Bahagian 1

lelaki seksi Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1

Pernah tak korang rasa diri korang seksi pada satu-satu masa atau tempat? Ada kajian yang dilakukan oleh orang Barat bahawa seksi itu terletak pada tahap keyakinan diri seseorang. Keyakinan seseorang adalah daya penarik kepada kebanyakan orang. Pendek kata confident adalah seksi, dan lelaki sukakan perempuan yang seksi (confident). Itu lelaki. Kalau perempuan pula? Sama juga. Tapi kali ni bukan tahap keyakinan yang aku nak huraikan. Ini adalah berdasarkan kaji selidik terhadap sekumpulan wanita yang aku buat dalam beberapa bulan lepas.

Kaji selidik ni dilakukan melalui Facebook dan juga forum. Ramai yang beri respon dan pendapat masing-masing. Melalui kesemua respon yang berjaya dikumpul dapat aku simpulkan Ciri-ciri Lelaki Seksi ni terbahagi kepada dua kategori utama iaitu luaran dan dalaman. Perlu diingatkan terlebih dahulu kaji selidik yang aku jalankan ni bukan bertujuan lucah ye. Seksi tidak semestinya bermakna lucah. Kajian ini hanyalah bertujuan untuk menjadi seorang yang sedap dipandang mata wanita. Nak juga tahu apa yang perempuan nampak seksi pada seorang lelaki. Asyik lelaki je nampak seksi wanita je kan hehe.

Dua kategori dapat dipecahkan iaitu kategori Penampilan (luaran) dan Sikap (dalaman) bagi seorang lelaki yang dipandang seksi. Kita tengok hasil kajian bagi kategori Penampilan dulu: Baca Seterusnya »

Sep 5, 2011

Innity Tidaklah Sebagus Disangka

Kalau korang perasan iklan kat blog ni dah bertukar semula daripada iklan Innity kepada iklan Nuffnang. Ops, jangan silap faham pula dengan tajuk entri ni. Innity masih lagi ads provider yang terbaik setakat ni. Cuma trafik blog picisan ni yang tak menentu dan agak merudum kebelakangan ni sikit sebanyak beri kesan yang agak besar dengan earning Innity.

Seperti yang aku nyatakan dalam entri pengenalan Innity dulu, hari ini aku akan buat sedikit ulasan berkenaan dengan Innity. Bukan ulasan keseluruhan, tapi lebih difokuskan mengikut prestasi blog kerdil aku ni dan kenapa aku beralih semula kepada Nuffnang. Buat sementara ni jelah hehe.

impressioninnity Innity Tidaklah Sebagus Disangka

Baca Seterusnya »

Sep 3, 2011

Cuti Raya Dah Habis

Kata orang raya sampai sebulan tapi sesetengah tempat je yang sambut raya sebulan ni. Tak silap aku negeri Johor memang sambut sampai sebulan raya bagi masyarakat berketurunan Jawa kat sana. Masa belajar kat UTHM dulu lepas habis cuti raya kat kampung selalunya aku join AJK masjid UTHM untuk sambung lagi beraya ke rumah-rumah staf UTHM naik bas universiti. Memang seronok.

Kat sini atau kebanyakan negeri cuma sambut raya paling lama pun seminggu je, bergantung kepada berapa lama dapat cuti raya. Raya kedua hari tu pun dah ada yang mula balik ke tempat kerja masing-masing. Kat sini esok dah mula kerja. Mesti ramai yang tak puas lagi nak bercuti raya termasuklah isteri aku sorang ni hehe.

“Lusa bukak sekolah dah, Ummi tak suka!!” Dia cakap macam tu kat anak kami yang baru berusia 9 bulan setengah. Tercengang je ‘Iffah tengok muka tak happy Ummi. Apa nak buat, dah jadi tanggungjawab. Lagipun tak lama dah kerja sebelum apply cuti sebulan nanti. Berdebar-debar pula rasa. Harapnya semua selamat dan berjalan lancar bila berada di al-Baldah nanti.

Demam Raya

Orang lain demam sebab nak raya tapi aku demam pada hari raya. Sejak dua hari terakhir puasa sampailah hari raya kedua baru-baru ni badan aku tak berapa sihat sangat nak beraya. Batuk-batuk campur selsema sikit. Nak bukak mulut pun malas. Kadang-kadang kepala rasa pening-pening sikit, kadang-kadang ok cuma sendi pula rasa sengal-sengal. Raya pertama aku tak buka mulut sangat walaupun beraya ke rumah-rumah saudara dari pagi sampailah ke pukul 10 malam. Boleh dikira berapa patah perkataan je yang keluar hari tu. Memang tak selesa. Sesiapa yang tengok gaya dan raut wajah aku hari tu memang nampak macam tak ada mood sangat nak beraya tapi jauh di sudut hati ini betul-betul rasa gembira bila melihat si cilik ‘Iffah menyambut hari raya yang pertama dalam hidupnya. Baca Seterusnya »

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks