Aug 29, 2011

Salam Hari Lebaran

aidilfitri Salam Hari Lebaran

Alhamdulillah hari ini adalah hari terakhir kita berpuasa di bulan Ramadhan 1432H. Di kesempatan ini dengan rasa penuh rendah diri aku ingin memohon maaf andai ada terkasar bahasa atau tersinggung perasaan siapa-siapa yang datang ke sini sepanjang aku mula berkarya di alam maya ni. Agak klise tapi biarlah hehe.

Hari ni tak dapat nak mencoret panjang. Dah tiga hari demam selsema. Kepala pun tak berapa nak center sangat sekarang ni. Entri ni sebenarnya panjang dengan kisah-kisah raya atau budaya menyambut hari raya yang aku mula karang dua hari lepas. Tapi terpaksa ubah buat entri ringkas macam ni. Dengan kepala pening-pening lalat mengarang, entri asal jadi macam lebih banyak mengarut daripada point asal yang nak disampaikan. Olahan ayat pun jadi pelik. Harapnya esok aku dikurniakan tubuh badan yang sihal walafiat…amin. Barulah seronok nak beraya.

Akhir kalam, Salam Lebaran dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H. Maaf zahir dan batin daripada aku sekeluarga.

Aug 27, 2011

Nostalgia Kad Raya

Tinggal beberapa hari je lagi kita dah nak sambut hari raya aidilfitri. Zaman budak-budak nakal dulu hari-hari macam ni dah sibuk kemas rumah dah. Bunga api, mercun dah kurang main dah. Yang sibuk hari-hari duk berkira-kira berapa ringgit duit raya boleh dapat dalam tahun tu hehe. Satu lagi yang pasti tiap-tiap tahun mesti dapat kad raya bertimbun-timbun. Semuanya daripada kawan chatting zaman mIRC dulu-dulu. Lagi best 95% pengirim kad raya tu adalah perempuan hehe icon razz Nostalgia Kad Raya

Zaman sekolah dulu bila tiba je minggu terakhir Ramadhan mesti sampai lebih kurang 10 keping kad raya kat rumah. Posmen siap ikat dengan getah lagi semua kad raya tu. Bukak satu-satu baca ucapan raya diorang memang best, tapi nak balas pula yang rasa malas hehe. Kalau sekeping bolehlah. Ini 10…jenuh weh. Last-last guna ucapan yang sama untuk 10 balasan kad raya haha.

Masa tengah kemas bilik tadi (selongkar sebenarnya) terjumpa kotak kasut lama yang aku jaga tiap-tiap tahun. Bukan sebarangan kotak kasut. Kotak kasut tulah yang menyimpan semua kad raya yang aku terima dari tahun 1999 hinggalah ke tahun 2010. Ada satu lagi kotak kasut sebenarnya tapi tak jumpa, ntah kat mana aku letak dulu. Kotak kasut yang tu aku buat ‘peti besi’ untuk surat-surat ‘cinta’ yang aku terima hehe. Sama macam kad raya, 95% yang hantar surat tu adalah daripada perempuan icon razz Nostalgia Kad Raya Sentimental betul main surat-surat ni. Sekarang ni ada lagi ke orang berutus surat agaknya ye?

DSC 0075 Nostalgia Kad Raya

Baca Seterusnya »

Aug 21, 2011

Sekilas Iftar Bersama Blogger Kelantan

DSC 4776 Sekilas Iftar Bersama Blogger Kelantan

Tajuk macam peribahasa sekilas air di kolam pulak haha. Ehem. Alhamdulillah. Semalam selesai program iftar bersama blogger-blogger Kelantan yang bertempat di Restoren Ayam Penyet AP cawangan Kok Lanas, Ketereh. Tengok pada tajuk macam ramai je yang join, padahal cuma lima orang je yang dapat turut serta dalam program berbuka puasa ni hehe. Walaupun tak sampai separuh daripada 15 orang yang dijangkakan akan hadir, program ni tetap dianggap berjaya. Objektif untuk berkenalan sesama blogger berjaya dicapai walaupun masa tak mengizinkan untuk berkenalan lebih lanjut. Terima kasih kepada Niq Afnan, Faizal Fredley dan Cik Teyy yang sudi menjayakan program ni terutamanya Haru Elie sebagai orang kuat kali ni. Tanpa beliau tak tahulah program iftar ni dapat dibuat atau tak.

Sayangnya tiga orang IM tak dapat hadir semalam atas sebab kesilapan booking tarikh pada 19 Ogos 2011 di Restoren Yati Ayam Percik, KB. Terkejut juga dapat panggilan daripada Haru pukul 6 petang hari Jumaat lepas yang program berbuka puasa dibuat pada hari tersebut. Nak pergi memang tak sempat dah. Orang lain pun sama. Kebetulan pula hari tu aku selsema ayam. Ni kes nak makan ayam punya pasallah agaknya. Sebelum Isyak selsema aku dah makin teruk. Tak pergi Terawih malam tu. Duk kat rumah layan cerita hantu Penanggal kat Astro Ria. Alhamdulillah lepas telan dua bijik ubat; sebijik sebelum tidur, sebijik lagi lepas sahur, selsema aku dah takde dah. Cuma kepala rasa pening-pening sikit mungkin kesan daripada ubat batuk yang aku minum lepas sahur semalam. Tapi aku gagahkan juga untuk hadir ke program iftar ni.

Kat bawah ni ada beberapa keping gambar yang sempat aku shoot… Baca Seterusnya »

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks