Bercuti ke Kuantan
Assalamualaikum. Sekadar nak berkongsi pengalaman. Entri personal macam ni jarang sangat aku buat kebelakangan ni. Asyik cerita hal-hal serius je sampai dahi berkerut-kerut haha. Jadi ni cobaan kali ke berapa ntah buat entri personal. Harapnya tak membosankan. Bukannya aku pandai sangat nak cerita hal diri sendiri eheh.
Jumaat lepas aku ke Kuantan atas urusan penting sikit kat sana. Alang-alang pergi hari cuti minggu baik bawak anak isteri ikut sekali sambil bercuti. Pada mulanya nak pergi sorang-sorang tapi isteri aku menggedik nak ikut. Isteri aku ni pantang betul kalau nak keluar bercuti mana-mana, mengalahkan budak-budak hehe. Lepas solat Subuh pagi Jumaat tu kami mula bertolak. ‘Iffah macam tau-tau je nak ke Kuantan. Awal-awal lagi dia dah bangun untuk bersiap. Plan asal nak bertolak sekitar 6:30 pagi tapi hujan turun lebat betul pagi tu. Itulah hujan lebat kali pertama dalam masa 14 hari berpuasa.Pukul 6:55 barulah kami bertolak tiga beranak.

Dalam perjalanan hujan mula lebat balik sampailah ke Permaisuri baru hujan berhenti. Elok je hujan berhenti barulah ‘Iffah nak tidur. Biasanya orang tidur masa hujan baru syok tapi dia terbalik pulak. Suka tengok titisan air hujan menghentak cermin kereta agaknya. Baca Seterusnya »
Lin Dan Juara Badminton Dunia 2011
Nampaknya rezeki Datuk Lee Chong Wei belum lagi ada untuk memegang gelaran juara badminton dunia di Arena Wimbley, London. Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan dalam game yang berlanjutan sehingga 1 jam 22 minit dengan mata 22-20, 14-21, 21-23. Dengan ini menjadikan Lin Dan juara badminton dunia buat kali yang keempat dan kali ke-16 kemenangan peribadi ke atas Chong Wei.
Daripada pandangan aku sendiri secara keseluruhan nampaknya prestasi Lee Chong Wei lebih hebat berbanding Lin Dan. Chong Wei nampaknya lebih yakin dalam permainan dengan banyak gerakan tangan yang mengelirukan dapat dibuat. Dalam pertemuan antara Chong Wei dan Lin Dan sebelum-sebelum ni biasanya permainan Chong Wei dikawal oleh Lin Dan tapi kali ni Chong Wei dapat bermain dalam rentak sendiri. Cuma kesilapan Chong Wei yang banyak terkandas pada jaring dan membuat hantaran bola keluar gelanggang menjadi antara faktor tewasnya beliau buat kali ke-16 di tangan jaguh China, Lin Dan. Berikut adalah statistik permainan antara kedua-dua pemain: Baca Seterusnya »
Chong Wei atau Lin Dan Juara Badminton Dunia 2011?
Hari ini akan berlangsungnya final BWF World Championships 2011 di Arena Wembley, London. Malangnya buat pasukan negara kita hanya Datuk Lee Chong Wei seorang saja yang layak ke final yang bakal berdepan dengan juara badminton dunia sebanyak 3 kali iaitu Lin Dan.
Lee Chong Wei berjaya menundukkan pemain perseorangan ranking ke-6 dunia, Chen Jin dari China dalam separuh akhir Kejuaraan Dunia BWF 2011 malam semalam dalam waktu Malaysia dengan mata 21-13, 21-9 dalam masa hanya 43 minit. Persembahan bermutu Lee Chong Wei semalam berjaya menjinakkan Chen Jin dengan mudah bagi melengkapkan kemenangan peribadi ke-8 Chong Wei ke atas Chen Jin yang baru 2 kali menang ke atas pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia dan negara, Datuk Lee Chong Wei.
Berikut adalah keputusan penuh perlawanan yang melibatkan Lee Chong Wei bagi BWF World Championships 2011: Baca Seterusnya »
Ada Apa Dengan 14 Ramadhan
Terasa macam dah agak lama tak update blog padahal baru tiga hari. Yang boleh terasa lama tu sebab hari Jumaat dengan Sabtu semalam tak sentuh laptop sebab aku ke Kuantan hari Jumaat lepas. Ada urusan penting sikit. Pukul 6:30 petang semalam baru balik rumah.
Ok. Sedar tak sedar dah 14 hari kita berpuasa. So, ada apa dengan 14 Ramadhan ni? Tak ada apa sangat. Cuma nak bagitau dah masuk separuh bulan dah kita berpuasa
Awal-awal puasa dua minggu yang lepas kalau pukul 3 petang tu dah rasa tak bermaya sangat dah. Tekak dah dahaga sangat. Perut dah mula berkeroncong. Tapi sekarang ni agak steady mungkin sebab dah biasa. Dua minggu puasa takkan tak biasa lagi kot haha. Sebab tu jugalah kita disunatkan berpuasa dalam awal bulan Syaaban yang lepas sebagai persediaan berpuasa di bulan Ramadhan.

Selain daripada dah 14 hari kita berpuasa, hari ni genaplah 9 bulan usia ‘Iffah mengikut kalendar Masihi. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je ‘Iffah dilahirkan. Setakat ni merangkak tu tak pandai lagi, baru boleh melutut sikit-sikit. Tapi menyulur dah laju dah macam komando. Terbaru, ‘Iffah dah pandai bangun untuk duduk sendiri. Gigi pun dah nampak sebatang kat gusi bawah. Hari tu demam satu malam sebab nak tumbuh gigi. Seronok bila bergelar bapa ni. Nak sangat dengar ‘Iffah sebut ‘abi’ nanti
Eh, hampir terlupa 14 Ogos ni adalah tarikh last road tax kereta aku. Sebelum ke Kuantan hari tu tak sempat nak renew, lagipun tak berapa ambik kisah sangat sebab bawak kereta isteri. Tapi tak payah nak risau sangatlah kalau nak renew road tax ni, boleh je renew secara online. Lepas tu tunggu je road tax sampai depan pintu. Nak lagi cepat boleh terus ambik kat pejabat Myeg yang terdekat. Korang macam mana? Jangan lupa check road tax seminggu sebelum balik kampung nanti.
Lagi dua minggu nak raya. Baju raya pun tak beli lagi ni. Malas nak tempah-tempah aih. Sekarang ni banyak pilihan baju Melayu raya jual kat shopping complex. Murah dan berkualiti. Tapi kenalah pandai memilih
Akhir kata, selamat berpuasa untuk minggu yang kedua.
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...
- mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
- mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
- mira: saya bersekolah di johor bahru...
- cikguden: sayang anak...
- ohcikgu: pernah makan ayam dan...
- apai: best~ cite nie memang best~





