Wordless Wednesday #6

Wordless Wednesday #1 | Wordless Wednesday #2 | Wordless Wednesday #3 | Wordless Wednesday #4 | Wordless Wednesday #5
Lelaki Kacak Bersama Jenazah
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah. Dua malaikat Mungkar dan Nakir datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.”

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, “Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.”
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.”
Hidupkanlah malam Ramadhan dengan tadarus al-Quran.
Identiti Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara Terbongkar!!
Tak beberapa lama sebelum ni Malaysia digemparkan dengan satu blog yang sangat menghina agama Islam dengan memaparkan gambar-gambar yang sangat jijik seperti Lady Gaga seksi di atas Kaabah serta mengeluarkan kata-kata keji dan hina terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan Allah s.w.t. Dengan menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara, dia mengaku seorang Islam tetapi dalam masa yang sama mengutuk dan mengeji agama Islam yang suci ni. Jelas menunjukkan Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara ni mempunyai agenda tertentu melalui blognya.
Tepat pukul 12 tengah malam tadi, Gaysec iaitu hacker tempatan yang namanya makin meningkat naik sekarang ni telah berjaya membongkar identiti sebenar Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara yang sesat ni secara terperinci. Pada mulanya aku dalam dua sama ada nak buat entri ni ataupun tak. Setakat ni kesahihan identiti sebenar Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara masih lagi belum capai 100%. Jadi niat asal nak tayangkan gambar dia terpaksa aku abaikan. Tunggu laporan OpsRamadhan #3 daripada Gaysec nanti. Berikut adalah beberapa identiti ringkas Makcik sesat ni:
Nama sebenarnya ialah Nor Arlene Tan Bt. Khalid yang merupakan seorang perempuan berdarah campuran Melayu dan Cina. Dilahirkan pada tahun 1985 dan berkemungkinan memegang kad pengenalan 850626-14-6572. InsyaAllah aku akan cuba pastikan pemilik kad pengenalan ni dalam masa terdekat kalau dapat. Nombor kad pengenalan ni memang sah milik Nor Arlene Tan selepas disahkan oleh sorang rakan yang bekerja di JPN. Dikatakan juga dia merupakan pelajar UUM, Sintok, Kedah. Sama ada masih belajar ataupun dah tamat belajar, itu tak dapat dipastikan buat masa ni. Tapi baru tadi aku terjumpa tajuk projek Nor Arlene Tan ni pada tahun 2006 melalui uportal UUM. Kalau tak jelas boleh klik screenshot kat bawah ni untuk paparan lebih besar. Baca Seterusnya »
Kadar Zakat Fitrah 2011 Bagi Setiap Negeri
Sejak awal Ramadhan lagi dah banyak blog yang paparkan kadar zakat fitrah bagi tahun 2011 untuk setiap negeri di Malaysia. Tapi yang peliknya terdapat beberapa ralat kadar zakat negeri yang dipaparkan. Antaranya kadar zakat bagi negeri Kelantan, Selangor, KL dan Johor. Tersilap tahun agaknya.
Berikut adalah kadar zakat fitrah 1432H bagi setiap negeri dan kawasan di Malaysia:
| Negeri & Kawasan | Kadar Zakat |
|---|---|
| Terengganu | RM5, RM7 & RM8 |
| Perlis | RM6 |
| Sarawak | RM6.20 |
| Melaka | RM6.50 |
| Negeri Sembilan | RM6.50 |
| Kelantan | RM7 |
| Selangor | RM7 |
| Pahang | RM7 |
| Kedah | RM7 |
| Perak | RM7 |
| Pulau Pinang | RM7 |
| Sabah | RM7 |
| Kuala Lumpur | RM7 |
| Putrajaya | RM7 |
| Labuan | RM7 |
| Johor | RM7.50 & RM5 |
Harapnya kadar zakat fitrah ini adalah betul bagi tahun 2011. Kalau ada ralat, sila betulkan ye.
Hukum Keluarkan Zakat
Hukum mengeluarkan zakat adalah wajib berdasarkan ayat Al Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah itu bagi fakir, miskin, amil zakat, muallaf, hamba, orang yang berhutang, pada jalan Allah dan musafir. Ia satu kefarduan daripada Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” Ayat 60 Surah At Taubah.
Dalam hadis pula, antaranya hadis Jibril di mana jibril datang kepada Nabi S.A.W dalam rupa bentuk seorang lelaki. Apabila ditanya tentang Islam, Nabi S.A.W. menjawab, maksudnya: “Islam ialah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadan dan naik haji ke Baitullah jika mampu.” Riwayat Bukhari.
Dan juga mesti mencukupi nisab (harga emas semasa bagi 85gm) dan haul (setahun).
Waktu Keluarkan Zakat
Wajib: Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Paling afdal: Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh: Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
Haram: Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Niat Zakat Fitrah
Setiap perbuatan mesti disertakan dengan niat begitu juga ketika mengeluarkan zakat sebagaimana berikut:
Diri sendiri: “Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala.”
Diri dan tanggungan: “Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala.”
Bagi pihak: “Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib ke atas pihak yang aku wakili pada tahun ini kerana Allah Taala.”
Tunaikanlah zakat bagi yang wajib mengeluarkan zakat mengikut syarat-syarat tertentu kerana orang yang tidak mengeluarkan zakat sedangkan dia layak, maka hukumnya haram dan wajib qada menurut sebahagian pendapat ulama walaupun dia terlupa untuk membayar zakat.
Kredit: AkuBioMed | Portal Rasmi Zakat Kedah | Simiey
p/s: Hati-hati bila taip ‘zakat’. Dah dua kali aku tertaip ‘zakar’ haha. Eh, astaghfirullah al’adzim…
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nuriz: Salam maulidurrasul.. terima...
- anjangman: Tq. kongsi maklumat...
- tehr: Salawat dan salam kepada nsbi...
- anjangman: Baru nak berjinak2 dgn...
- akubiomed: Saya tidak makan ikan....
- titan: memang tu yang aku wat. kalau...
- sabree hussin: nakal masa kecik2 je,...
- sabree hussin: sekarang dah stabil...
- hatiputera: emang sebaik-baik contoh...
- hatiputera: cuma dengar lagu...





