Kalah Contest SEO 2DayBlogger
Pemenang bagi contest SEO anjuran 2DayBlogger dah pun diumumkan sejak petang semalam. Apa boleh buat, rezeki tak menyebelahi aku kali ni dengan pertaruhan entri Buat Duit Dengan Blog Cara Mudah baru-baru ni. Apa-apa pun tahniah kepada semua pemenang. Kalah menang dah adat pertandingan. Yang menang semestinya adalah yang terhebat dari segi SEO.
Cuma yang menjadi kemusykilan sikit apabila entri penyertaan aku tak disenaraikan sebagai blog yang masuk bertanding dalam contest tersebut. Sedangkan aku dah tinggalkan link entri pada bahagian komen dalam entri contest sebagaimana yang dinyatakan dalam syarat-syarat penyertaan. Admin pun dah reply cakap terima kasih sebab join. Tapi kalau check balik sekarang ni komen aku dan beberapa blogger yang terkemudian daripada aku dah tak ada sejak 2DayBlogger tukar theme baru. Sikit sebanyak masalah ni mengganggu emosi aku sikit sampaikan nak bertadarus semalam pun jadi tak lancar.
Terdetik juga nak bertanya kenapa blog aku tak tersenarai. Mungkin ada kriteria-kriteria pertandingan yang telah aku langgar sampaikan penyertaan aku terbatal. Sebagai seorang yang masuk bertanding hal macam tu mesti kita kena ambik tahu supaya tak berulang lagi dalam contest akan datang. Ini screenshot komen admin bila aku tanya pasal ni: Baca Seterusnya »
Jemputan Buka Puasa untuk Blogger Kelantan
Salam Jumaat semua. Buat pertama kalinya aku nak menjemput blogger-blogger Kelantan ataupun yang bekerja atau berada di Kelantan untuk berbuka puasa bersama-sama di salah sebuah restoren sekitar Kota Bharu pada tarikh yang akan ditetapkan nanti. Idea ni datang secara tiba-tiba dan disokong kuat oleh Haru. Kitorang tengah semangat nak adakan gathering berbuka puasa ni. Jadi harapnya gath nanti dapat dimeriahkan lagi dengan kehadiran anda
Maklumat gath berbuka puasa ni adalah seperti berikut:
- Tarikh:
Antara 15, 16, 17 atau 18hb Ogos 2011.19 atau 20 Ogos 2011. - Masa: Berkumpul pukul 6:15 petang atau selewat-lewatnya 6:45 petang.
- Lokasi: Restoren sekitar Kota Bharu. Cadangan buat masa ni di Four Season Restaurant, Jalan Sri Cemerlang, KB.
- Target: 10 hingga 20 orang blogger.
Tujuan gath berbuka puasa ni selain daripada nak kenal-mengenali sesama blogger senegeri, bolehlah kita saling tukar pendapat dan pengalaman dalam hal ehwal berkaitan dengan blogging. Sharing is caring kata omputih.
Tak lengkap sesuatu gathering itu tanpa tentatif. Jadi ini adalah tentatif paling ringkas semasa gathering buka puasa nanti:
- 6:15 pm : Berkumpul di restoren
- 6:30 pm: Taaruf dan berkongsi idea
- 7:30 pm: Buka puasa
- 7:50 pm: Solat Maghrib berjemaah di masjid berdekatan (terpulang)
- 8:40 pm: Solat Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid berdekatan (8 rakaat) (terpulang)
- 9:30 pm: Bersurai
Kalau nak bersurai lepas solat Maghrib berjemaah pun tak apa, mungkin anda ada hal lain. Kalau ada masa bolehlah teruskan sampai habis 8 rakaat solat Tarawih. Kalau larat, buatlah sampai 20 rakaat tapi aku setakat 8 rakaat jelah hehe. Kena bergegas balik lepas tu sebab nak kejar masa untuk program tadarus kat masjid kampung.
Setakat ni yang dah confirm adalah aku, Haru dan Akmal. Harapnya makin ramai yang dapat join gath berbuka puasa ni nanti untuk rapatkan lagi ukhwah sesama blogger yang dari Kelantan khususnya. Sesiapa yang berkelapangan bolehlah join dengan tinggalkan komen kat bawah ataupun hantar email melalui Contact Form. Ataupun boleh join kami dalam event FB.
Khairul Fahmi Che Mat Putus Tunang Dengan Aimie Harmelia

Sekitar awal bulan Ramadhan ni Malaysia digemparkan dengan berita putus tunang antara penjaga gol kebangsaan dan juga pasukan The Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek dengan Aimie Harmelia, admin Jejariruncing. Kita tak tahu apa punca sebenar sampaikan ikatan pertunangan diorang goyah, hanya diorang berdua saja yang tahu hal sebetulnya. Menurut laporan akhbar, punca datang daripada tuduhan Aimie atau lebih mesra dengan panggilan Elia yang mengatakan Khairul Fahmi mempunyai hubungan dengan perempuan lain. Berdasarkan gambar, ia merujuk kepada Dahlia, seorang model yang agak terkenal di Kelantan. Sedangkan bagi pihak Fahmi pula mengatakan ia hanyalah silap faham tentang hubungan beliau dengan Dahlia yang dia menganggapnya sebagai adik sendiri memandangkan keluarga diorang berdua memang dah kenal lama. Mengenai gambar yang tersebar luas baru-baru ni, Fahmi menyatakan itu hanyalah gambar peminatnya saja yang menjadi rakan kepada seorang wartaman yang menemuramah beliau.
Masalah hubungan diorang berdua dah lama sebenarnya dan baru-baru ni Apek menyatakan bahawa dia sudah putus tunang dengan Elia sedangkan pada pihak Elia sendiri tak tahu menahu pasal tu. Baru sehari dua ni Apek jelaskan semula untuk menghantar cincin pertunangan kepada pihak Elia mengikut adat yang sepatutnya melalui keluarga angkat Apek di Kuala Lumpur. Penyerahan cincin pertunangan tu akan dibuat dalam masa terdekat tanpa kehadiran Apek yang terpaksa menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik di Slovakia. Apa pula kata Elia agaknya ye?
Insaflah Wahai Pembaling Mercun
Setiap kali adanya perlawanan bola sepak kat stadium mesti ada manusia tak bertamadun yang buat onar dengan membaling mercun tanpa sebab yang waras. Ketika perlawanan second leg antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai 2011 yang lepas, seorang lelaki berusia 29 tahun tak sempat nak menyaksikan perlawanan selepas dipapah keluar dengan segera dari stadium dan dihantar terus ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat daripada terkena serpihan mercun sejurus selepas lagu Negaraku dimainkan sekitar pukul 8:40 malam.
Lelaki tersebut dikenali dengan nama Ahmad Jazimin Jalaluddin, seorang pengusaha perniagaan mencetak kad kahwin di Bandar Baru Bangi, mempunyai isteri bernama Nur Hardyawati Ismail, 28 tahun yang sedang sarat mengandungkan anak pertama mereka ketika kejadian berlaku. Apa yang menyedihkan, Ahmad Jazimin tak dapat menemani isterinya bersalin di hospital yang sama. Buat pengetahuan, Ahmad Jazimin adalah senior aku di sekolah rendah dulu.
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...
- mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
- mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
- mira: saya bersekolah di johor bahru...
- cikguden: sayang anak...
- ohcikgu: pernah makan ayam dan...
- apai: best~ cite nie memang best~





