Jul 31, 2011

Selamat Datang Ramadhan al-Mubarak

5980709434 a06c0690ab o Selamat Datang Ramadhan al Mubarak
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
(Surah Al-Baqarah: Ayat 183)

Jul 30, 2011

Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog

Plan asal nak terbitkan entri ni lebih awal untuk join contest SEO daripada 2DayBlogger.com tapi aku rasa nak try test kedudukan ranking pada first page Google dengan cara menerbitkan entri pada saat-saat akhir sebelum tarikh tutup pada 31 Julai nanti. Ambik risiko jugalah ni kiranya. Sekadar nak tengok jadi ke tak. Menang kalah tu dah jatuh nombor dua. Tapi….sape tak nak menang hadiah lumayan kan hehe. Dengan ini aku memilih kategori Buat Duit Dengan Blog sebagai entri contest SEO yang kedua aku join selepas Hidup Seorang Blogger.

Perkara yang paling best daripada blogging selain daripada dapat berkongsi dengan orang lain dan juga berkenalan dengan rakan-rakan blogger, dapat buat duit dengan blog juga boleh jadi kenangan yang paling bermakna dan semestinya membuatkan kita lebih gembira. Yelah, sekadar update buat blog untuk berkongsi pengalaman, info, pengetahuan ataupun kisah peribadi tapi ada hasil daripada blog yang dibuat tu sikit sebanyak rasa berbaloilah dengan masa yang kita luangkan. Tapi, niat buat blog mesti ikhlas, bukan kerana nak buat duit je. Content yang paling penting, duit tu akan datang kemudian.

So kat sini aku nak kongsi beberapa cara mudah buat duit dengan blog korang sendiri sebagai panduan. Tahun lepas aku pernah tanya kat Facebook siapa yang nak ebook yang akan aku keluarkan tentang buat duit secara online. Ramai juga yang berminat nak dapatkan ebook free aku tu tapi atas sebab-sebab tertentu termasuklah perubahan semasa cara buat duit online ni, niat tu terpaksa aku hold dulu. Buat masa ni aku share cara buat duit dengan blog dulu sebagai permulaan.

Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog

Baca Seterusnya »

Jul 27, 2011

Proton Saga FLX Baru dengan CVT

ProtonSagaFLX Proton Saga FLX Baru dengan CVT

25 Julai 2011 yang lepas Proton menambah koleksi keluaran kenderaan nasional dengan kelahiran Proton Saga FLX yang merupakan model penambahbaikan bagi Proton Saga FL yang mampu memberikan pemanduan lebih lancar dengan teknologi Continuously Variable Transmission (CVT) menggunakan enjin Campro. Penggunaan CVT pada enjin mampu menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih baik daripada sistem transmisi lain dengan membenarkan enjin berjalan pada putaran seminitnya (RPM) secara paling cekap pada satu banjaran kelajuan kenderaan. Saga FLX dikatakan mampu memberi penjimatan petrol sebanyak 4% atas jalan biasa manakala sebanyak 10% di atas lebuhraya.

Terdapat dua model bagi Saga FLX iaitu FLX 1.3 Standard dan juga FLX 1.3 Executive dengan transmisi automatik dan manual yang didatangkan dalam 5 jenis warna; Solid White, Tranquality Black, Genetic Silver, Blue Rock dan warna terbaru Elegant Brown. Proton Saga FLX dilengkapi dengan 6 kelajuan CVT dan juga terdapat transmisi SAT (Stepped Automatic Transmission) Switch yang menukar kepada transmisi automatik 6 kelajuan standard secara serta-merta. Baca Seterusnya »

Jul 27, 2011

Friendster Bertukar Wajah Lagi

Dah lama tak login ke akaun Friendster. Sebenarnya nak buat tajuk Selamat Tinggal Friendster tapi bila cuba log masuk akaun Friendster aku baru-baru ni rupanya Friendster dah bertukar daripada laman rangkaian sosial kepada laman social games. Friendster merupakan laman social networking antara yang terawal sebelum popularitinya jatuh selepas kemunculan Facebook. Friendster juga pernah dicemuh selepas membuat perubahan logo yang dikatakan kurang professional sebelum ini dan kelihatan lebih kepada kebudak-budakan semasa diambil alih oleh sebuah syarikat pembayaran Internet antara yang terbesar di Asia iaitu MOL Global pada Disember 2009.

newfs Friendster Bertukar Wajah Lagi

Dengan menggunakan tagline baru “Living the Game”, Friendster menyediakan berbagai-bagai jenis permainan yang terdiri daripada single–layer, multiple-player dan MMO iaitu game yang berasaskan flash. Jadi korang boleh bermain sambil menambah kawan di Friendster. Tapi malangnya masa loading yang diambil bagi kebanyakan game sangatlah lama kalau nak dibandingkan dengan Facebook Games. Ada juga game yang mendapat error bila cuba nak main. Yang peliknya jumlah berapa kali ia dimainkan dah mencapai berbelas-belas ribu kali dah. Mungkin permainan tersebut sedang dikemaskini atau dipertingkatkan lagi keupayaannya buat masa ni. Baca Seterusnya »

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks