
Kebelakangan ni banyak pula dapat kisah² cinta daripada kawan². Teringat zaman jadi budak U dulu, dalam masa sama aku jadi Dr. Luv kepada beberapa orang kawan eheh. Kadang² rasa bangga gak dapat selesaikan masalah cinta kawan² haha. Eh, astargfirullah…tak baik riak. Ish ish. Penyelesaian masalah tu datangnya daripada Yang Maha Bijaksana. Aku hanya berusaha untuk membantu rakan² yang memerlukan. Ok, lagak innocent kembali.
Lama juga tak YM. Semalam saja² gatal tangan nak ketuk dua kali ikon Yahoo Messenger kat desktop. Dah load semua list kawan² yang ada, ternampaklah sorang kawan lama ni tengah online. Maka dengan machonya aku menegur gadis yang ambik Ijazah Sarjana kat UIAM Kampus Pahang tu.
Hi sapa aku, hi dibalasnya. Tak sampai tiga baris aku terus tanya tentang kawan lama aku bernama F. Entahlah kata kawan aku bernama N ni. Empat bulan katanya dah tak berhubung. Empat bulan tanpa sebarang berita!! Dengan N dah empat bulan, dengan aku rasanya lagi lama daripada 6 bulan kot. Kalau dah kawen ni dah boleh mintak fasakh agaknya. Last aku chat dengan F, waktu tu dia kat Dubai ada kerja kat sana dalam 2 minggu. Lepas tu dia offshore, jadi susah nak online lagi. Sibuk benar kawan aku F ni. Aku ingat lagi macam mana aku jadi match maker antara F dan N lebih kurang setahun lebih yang lalu. Masing² malu nak chat. Asyik suruh aku je sampaikan teks diorang haha. Dah kena paksa dengan aku barulah berani sikit diorang nak suai kenal. Itu belum jumpa depan² lagi hehe.
Yang peliknya, Read more

Fuh, cita² yang jarang dicita-citakan aku haha. Ingat aku ada rupa sangat ke nak jadi model? Setakat tinggi je yang melepasi tahap tinggi minimum seorang pramugara mana cukup. Tapi entah kenapa sejak dua menjak ni timbul niat nak cuba dalam bidang peragaan. Mungkin niat aku ni mengundang keajaiban bagi sesetengah orang, lagi² mak aku haha.
Tak pernahnya dia setuju dengan cita² anak sulungnya sorang ni. Dulu aku bercita² nak jadi pilot. Ditentang habis-habisan oleh mak aku dan konco²nya iaitu nenek dan makcik² aku huhu. Atuk aku rileks je. Dia lagi suka kot kalau aku jadi pilot. Barulah cucunya ni kerja dalam bidang yang berlainan. Takdelah semua jadi cikgu je, kan?
Teringat masa belajar kat matriks dulu. Nama penuh matriks tu Kolej Matrikulasi KPM Kolej Chermai (KC), terletak di kawasan lembah bernama Serting di daerah Bahau. Tak silap lebih kurang 30Km dari pekan Bahau. Matriks tu memang strategik sangat; kiri ladang kelapa sawit yang banyak b*b* hutan, kanan lak kawasan tanaman pokok yang aku tak tau pokok apa orang situ tanam, belakang lak hutan belantara. Sangat sesuai untuk belajar. Kata cikgu² kami kat hutan tu ada harimau. Sebab tu batch kitorang belakang tu dah dipagar. Dengar cerita senior² kitorang dulu pernah mandi air terjun kecik kat belakang tu. Takde pulak timbul kes harimau datang mandi sama. Mungkin harimau tu baru daftar masuk sekali dengan batch kitorang agaknya. Eh, apahal lak cerita pasal matriks aku neh? Maaflah lari topik. Mari kita pulang ke pangkal jalan…
Atas dasar kenangan terindah di KC aku telah wujudkan satu group khas untuk bekas² tupperware student KC di Facebook. Taip ‘Kolej Chermai Alumni’ dan sertailah kami sementara penyertaannya adalah percuma haha.
Hari ni hari terakhir 2009 dan esok hari permulaan bagi 2010. Soalan lazim setiap akhir tahun, apa azam korang? Bila dengar perkataan azam kadang² buat aku rasa menyampah pulak. Azam macam² ditanam, tapi satu pun tak tertunai haha. Itu aku. Sebab itulah aku jarang berazam. Tapi tak salah kalau menyatakan apa azam kita untuk tahun depan, ye tak? Walaupun tak terbuat, sekurang-kurangnya kita merancang sesuatu. Azam aku tahun depan…nak jadi seorang suami yang bertanggungjawab dan dicintai isteri sentiasa…chee wah. Poyo sungguh bunyinya tapi…lantak akulah haha.
Sebagai penutup tahun 2009 ni aku nak kongsikan satu pengalaman sebagai tips buat korang yang sedang dilamun cinta. Tak pasti korang boleh terima ke tak, tapi ini memang berdasarkan daripada pengalaman aku sendiri 100%. Tiada cilok daripada sape² pun. Tips yang korang akan dapat nanti adalah datangnya daripada seorang lelaki yang sudah berusia 25 tahun ini dan mempunyai pengalaman 4 kali dalam bercinta. Alhamdulillah, percintaan yang ke-4 ni merupakan percintaan sejati aku yang pertama. Si dia banyak mengajar dan mendidik dalam mengikat kasih kami yang sudah 4 tahun 5 bulan hubungan terjalin tanpa berselindung daripada keluarga.
Tiada niat sebesar kuman sekalipun untuk merasa bangga diri dengan apa yang ada. Hanya ingin berkongsi, memandangkan beberapa orang rakan² aku kurang berjaya dalam hal pikat memikat wanita hehe. Maaflah kalau ada yang terasa. Boleh tinggalkan segera blog aku ni kalau masih lagi ego dalam percintaan.
Ok. Berikut adalah 6 tips yang ingin aku kongsikan.








