Jul 24, 2011

Oh!Artis Akan Digodam Malam Ini

hacked gaysec Oh!Artis Akan Digodam Malam Ini

Kebelakangan ni nama-nama penggodam makin popular dengan cubaan jaya menggodam beberapa laman web milik kerajaan dan juga individu. Sebut Jack Sparrow, semua orang kenal iaitu penggodam yang berjaya hack akaun Facebook Hot FM tak berapa lama dulu. Sampaikan Jack Sparrow diperli secara halus dalam iklan 1 Juta Like Hot FM. Anonymous pula terkenal dengan kejayaan menggodam beberapa database badan-badan kerajaan seperti FBI antaranya dengan menggunakan wajah Guy Fawkes sebagai identiti diorang. Pendek kata nama-nama penggodam ni menjadi antara tajuk hangat berita dalam masa yang sangat singkat.

Terbaru, beberapa web tempatan telah digodam oleh salah satu kumpulan penggodam Malaysia yang menggelarkan diri diorang dengan nama GaySec. Baru-baru ni GaySec telah menggodam laman web Nuffnang selama beberapa jam tetapi segala database password dan juga earning history berada dalam keadaan selamat yang dilindungi dengan encryption sehala sebagaimana yang diberitahu oleh pihak Nuffnang melalui email yang dihantar pada pukul 4 pagi tadi. Sekarang ni laman Nuffnang boleh dilayari seperti biasa tapi beberapa laman web lain masih lagi belum diperbaiki seperti Advertlets dan GengBlogger hingga entri ini ditulis. Berikut adalah senarai laman yang berjaya digodam oleh kumpulan GaySec yang dipaparkan melalui laman web diorang sendiri: Baca Seterusnya »

Jul 23, 2011

Betul ke Nuffnang Haram?

Tersentap buat kali kedua bila baca artikel kat blog Chip tentang hukum duit daripada Nuffnang yang dikatakan haram ni. Terima kasih Chip ingatkan semula pasal ni. Tak silap setahun atau dua tahun lepas ada sorang ustaz yang timbulkan isu ni. Tak ingat ustaz mana tapi yang pasti bukan Ustaz Zaharuddin, seorang panel syariah yang terkenal di salah sebuah bank tempatan.

Nuffnang AU Logo small Betul ke Nuffnang Haram? Mungkin ada di antara pembaca blog yang masih lagi belum tahu apa itu Nuffnang dan bagaimana sesuatu blog itu boleh menjana pendapatan melalui Nuffnang. Sebelum ni aku dah terangkan secara ringkas dalam entri Ada Apa Dengan Nuffnang tapi masih lagi ada yang bertanya. Maaflah, mungkin tiada entri lebih detail tentang Nuffnang dalam blog ni. Ramai blogger ada buat penerangan ringkas mahupun detail tentang Nuffnang, harap korang bolehlah buat carian sendiri nanti ye.

Betul ke Nuffnang Haram?

Memang betul. Iklan Nuffnang yang korang pasang kat blog tu adalah haram jika menepati ciri-ciri berikut: Baca Seterusnya »

Jul 23, 2011

Terima Kasih Innity

79ce9876a4 Terima Kasih Innity

Kalau korang perasan iklan Nuffnang dah seminggu tak menari-nari riang kat blog ni dan dah diganti dengan iklan Innity yang baru je approved lebih kurang 14 hari sebelum ni. Alhamdulillah. Orang kata earning daripada Innity lebih lebat daripada BE Nuffnang, jadi dengan rela hatinya aku menghentikan pengiklanan Nuffnang kat blog kerdil aku ni walaupun pada masa tu ada dua iklan BE tengah run. Macam mata duitan pulak haha. Taklah. Itupun sebab aku tengok earning BE hari tu tak masyuk sangat macam selalu. Tiga empat hari cuma dapat sekitar RM3 je. Hujung bulan ni insyaAllah aku akan request payment Nuffnang buat kali kedua. Bolehlah buat bayar zakat fitrah nanti icon wink Terima Kasih Innity

7a77799014 Terima Kasih Innity

Sebenarnya dah banyak kali aku cuba untuk apply Innity sejak bulan Jun 2010 lagi. Walaupun aku tahu yang blog aku ni tak menepati site requirements pihak Innity, tapi aku bantai apply jugak. Sepanjang setahun aku cuba tingkatkan trafik ke blog ni hinggalah permohonan aku diterima pada 5 Julai 2011 yang lepas. Syabas untuk diri sendiri eheh. Memang tak sangka sebenarnya.

Walaupun dah berjaya pasang iklan Innity kat blog ni, tapi aku sebenarnya agak kerugian dari segi sumber trafik. Disebabkan Innity aku terpaksa delete blog aku ni dari akaun Nuffnang semata-mata nak kekalkan status Glitterati aku tu. Faham-fahamlah Nuffnang tak boleh terima kalau dia dimadukan. Jadi aku transfer iklan Nuffnang kat blog yang lain tapi malangnya aku terlupa nak letak ketiga-tiga iklan Nuffnang kat blog tu. Tak sampai 3 hari status Glitterati dah ditarik balik. Esok-esok jelah aku cuba dapatkan balik Glitterati tu. Tapi oleh kerana aku kini cuma publisher Nuffnang berstatus non-exclusive, maka dengan itu tak dapatlah aku nak post sebarang entri ke Innit lagi dah. Nak cashout pun ada kekurangan berbanding publisher yang berstatus Glitterati atau exclusive. InsyaAllah dalam entri akan datang aku akan share serba sedikit tentang Nuffnang dan macam mana nak dapatkan Buffered Earning.

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks