Jan 14, 2012

Video Korporat Perpustakaan Baru UTHM

Hari ni tak sempat nak publish entri baru sebab ada kerja nak disiapkan secepat yang mungkin untuk klien. Jadi hari ni sekadar nak tunjuk Video Korporat Perpustakaan UTHM yang baru saya dapat melalui Facebook tadi. Tak sangka macam ni rupanya. Rasa macam dalam PICC. Sebenarnya saya suka cara persembahan video ni. Menarik. Apa-apa pun, enjoy icon wink Video Korporat Perpustakaan Baru UTHM

Info: Dibuka kepada pelajar pada Julai 2010. Mempunyai keluasan 16,000 meter persegi dan boleh memuatkan 300,000 naskah koleksi. Noleh menampung lebih kurang 3,000 pengguna dalam satu masa. Mempunyai 100 bilik karel, 40 bilik perbincangan, 2 bilik seminar, bilik penyelidikan pasca siswazah, auditorium, bilik pencarian maklumat, bilik rujukan terhad, bilik jurnal dan bilik bacaan 24 jam. - Sumber: Perpustakaan UTHM

Bila saya nak sambung Masters kat UTHM ni ye? icon biggrin Video Korporat Perpustakaan Baru UTHM

Kredit: Mohd Romadan Hamzah

Jan 12, 2012

Dari Batu Pahat ke Kelana Jaya

Seperti yang dijanjikan, hari ni saya nak berkongsi beberapa keping gambar lagi yang kebanyakannya dari Batu Pahat. Ada sikit je gambar kat KL. Tak rancang sangat nak shoot gambar, jadi banyaklah moment yang terlepas. Apa-apa pun, enjoy icon wink Dari Batu Pahat ke Kelana Jaya

DSC 5340 Dari Batu Pahat ke Kelana Jaya

Pekan Parit Raja

Pusing-pusing kejap kat pekan Parit Raja ni nak tunjuk kat isteri tempat saya ‘shopping’ barang-barang keperluan masa belajar dulu. Ada dua blok, blok yang dalam gambar ni dengan satu lagi yang bersebelahan dengan blok ni iaitu pasaraya Wellward. Student UTHM kalau tak kenal Wellward maknanya konvo korang tak sah haha icon biggrin Dari Batu Pahat ke Kelana Jaya Baca Seterusnya »

Jan 11, 2012

Makan Angin di Batu Pahat

Hari ni tak larat nak taip panjang-panjang. Cukuplah entri panjang berjela yang lepas tu hehe. Hari ni cuma nak tunjuk gambar semasa saya sekeluarga bertolak ke Batu Pahat, Johor pada 5 Disember 2011 lepas. Dah lama peram entri ni, baru hari ni rasa nak publish. Karangan panjang-panjang pun saya dah delete kasi tinggal gambar je.

Dalam entri ni cuma separuh je gambar saya masukkan. Next entry saya akan masukkan lagi separuh gambar dari Batu Pahat ke KL pulak. Maaflah kalau gambar-gambar ni tak menarik. Saya tak touch-up pun. Sekadar edit contrast sikit-sikit je. Sharp pun tak berapa. Cuaca pulak masa tu agak mendung. Jadi saya cuma point and shoot je menggunakan Nikon D3100 dengan Canon IXUS 105. Enjoy icon wink Makan Angin di Batu Pahat

IMG 5726 Makan Angin di Batu Pahat

Baca Seterusnya »

Jan 10, 2012

Cara Unsubcribe Celcom Facebook SMS

Satu cara mudah untuk sentiasa update status Facebook korang tanpa melalui Internet adalah melalui servis Facebook SMS daripada telco korang. Melalui servis ni korang boleh update dan terima apa-apa saja update di wall Facebook korang ataupun kawan-kawan, mengikut setting pada akaun Facebook korang, termasuklah menerima private message yang dihantar ke akaun Facebook.

Tapi servis ini dah kurang menarik memandangkan hampir kesemua telco sekarang ni menawarkan pakej prepaid atau postpaid dengan Internet sekali dalam kadar caj yang jauh lebih murah daripada menggunakan 3G biasa untuk melayari Internet. Saya pernah dapat bil hampir RM300 dalam sebulan baru-baru ni gara-gara online melalui smartphone walaupun cuma sekejap. Perlu diingat, caj bukan dikira berapa lama kita online, tetapi ianya dikira berapa banyak packet data yang dimuatturun. Sebab itulah kalau nak melayari blog, layarilah blog yang telah dipasang mobile plugin untuk saiz packet data yang lebih kecil dimuatturun ke smartphone.

Berbalik kepada tajuk ni, saya nak kongsi cara untuk unsubscribe Celcom Facebook SMS memandangkan servis ni dah tak diperlukan lagi dah sekarang ni. Lagipun sekarang ni kadang-kadang dah tak dapat pun apa-apa SMS update daripada Facebook. Rasa rugi sangat sebab tolak RM1 kredit setiap minggu tapi tak dapat apa-apa update. Tak pasti telco lain macam mana. Mungkin sama jugak sebab diorang nak kita langgan pakej baru diorang yang disertakan sekali dengan Internet. Kalau Celcom serendah RM28 sebulan. Maxis kalau tak silap RM30. DiGi pun ada tapi saya lupa berapa.

Baca Seterusnya »

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks