Apr 14, 2011

Hari Terakhir di Kuala Lumpur

Hari pertama kat Kuala Lumpur banyak transit. Hari kedua pula jalan jauh sampai ke Muar. Hari ketiga sekadar menghabiskan masa kat Putrajaya dengan kawan-kawan sebelum aku bergegas ke LCCT dengan Honda Stream RSZ member. Harapnya menjelang akhir tahun ni aku pun boleh beli kereta baru, mungkin Audi A4 hehe. Macam hero Transporter icon razz Hari Terakhir di Kuala Lumpur

Pukul 10 pagi, kitorang bertiga plan nak mandi kolam kat Presint 6. Tak tau pun macam mana keadaan kolam tu sebenarnya. Entah tertutup ataupun terbuka. Dalam fikiran aku mesti kolam tu jenis takde bumbung. Nak pula mandi pukul 10 pagi tengah matahari hampir nak menegak atas kepala. Boleh hitam jadinya kalau mandi lama-lama huhu. Kawan aku pula dia duk ingat kolam tu jenis berbumbung. Tu yang dia ajak mandi pukul 10 pagi. Aku follow jelah.

Sampai Taman Rekreasi Air Presint 6, kitorang kecewa sebab kolam ditutup buat sementara. Puas fikir, diorang cadangkan mandi kat satu lagi tempat. Presint 11 kalau tak silap. Sampai je kat sana, terkejut kejap sebab kolam tu boleh mandi lelaki perempuan sekali. Masa tu ada orang Cina tengah mandi. Nampak macam couple. Kat area tengah sikit ada geng makcik-makcik tengah belajar berenang pakai swimming suit Muslimah. Kitorang tunggu diorang habis mandi barulah nak terjun dalam kolam.

Baca Seterusnya »

Apr 12, 2011

Hari Kedua di Kuala Lumpur

Salam Selasa semua. Hari pertama di Kuala Lumpur memang agak ‘sibuk’ dengan aktiviti orang ‘bujang’ icon biggrin Hari Kedua di Kuala Lumpur Urusan kerja taklah lama tapi yang jadi lamanya bila dah jumpa kawan-kawan zaman Universiti dulu mestilah bersembang empat lima jam non-stop hehe. Ke sana sini jalan merata-rata tapi peliknya tak rasa penat pun. Yelah, kawan aku yang drive, memanglah tak penat hehe. Tapi tengok dia pun steady je.

Ok. Seperti yang dijanjikan semalam dalam entri hari ni aku nak cerita pengalaman ke Muar ikut kawan ambik barang bernilai lebih kurang RM150,000. Lepas solat Subuh kitorang dah siap-siap ke Terminal Bas Bersatu yang canggih macam KLIA. Tak pernah aku pergi mana-mana terminal bas yang secanggih TBS. Memang hebat. Nak beli tiket bas pun MyKad. Tapi yang peliknya dah scan dengan MyKad pun still lagi silap eja nama. Gimik je kot scan MyKad tu nak bagi nampak canggih konon eheh.

IMG 0111 Hari Kedua di Kuala Lumpur

Bas Mayang Sari ke Muar belum lagi sampai. Perut pula dah berbunyi mintak diisi. Kitorang ke kantin tingkat satu dulu buat bekal perjalanan jauh selama 3 jam lebih kurang. Kantin TBS memang bersih, sejuk pula tu. Semua tempat dalam TBS beraircond rasanya. Memang betul-betul selesa, tak macam Terminal Bas Pudu Raya dulu. Harapnya semua terminal bas kat Malaysia ni diupgrade setaraf TBS, barulah betul-betul menjamin keselesaan pengguna.

9:30 pagi bas Mayang Sari sampai depan mata. Tempat menunggu pun tak jauh dari platform berlepas, lebih kurang 50 meter. Satu lagi yang best, seat Mayang Sari memang luas dan selesa. Kaki aku yang panjang macam galah ni langsung tak rasa lenguh. Biasanya naik mana-mana bas mesti kaki aku jadi lenguh. Sebab tu aku lebih suka naik flight walaupun seat Air Asia sempit sikit. Tapi disebabkan masa penerbangan tak lama taklah cepat rasa lenguh kaki.

Baca Seterusnya »

Apr 11, 2011

Hari Pertama di Kuala Lumpur

Hari Selasa yang lepas aku ke Kuala Lumpur seorang diri atas urusan bisnes dengan seorang kawan. Penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu ke LCCT, Subang berjalan dengan lancar tanpa sebarang delay. Sampai kat LCCT sekitar pukul 10 pagi tapi terlalu awal kalau aku terus ke KLCC untuk jumpa kawan. Dia habis meeting kat Bangi sekitar pukul 5 petang. Kalau aku duk kat KLCC confirm aku tak tau nak buat apa. Baik aku lepak kat McD LCCT sambil baca majalah sementara nak tunggu masuk waktu Zohor. 3 jam juga lepak McD sampai naik kematu dah punggung aku ni hehe.

IMG 0074 Hari Pertama di Kuala Lumpur

Kat surau LCCT aku berkenalan dengan Pak Rusdi dari Surabaya. 15 minit sebelum masuk waktu Zohor, kitorang bual-bual kejap lepas masing-masing selesai baca Quran. Macam biasalah kalau kat airport mesti tanya dari mana atau nak ke mana. Kata Pak Rusdi dia baru tiba dari China, transit kejap kat LCCT kemudian bertolak ke New Delhi pula untuk cuti melancong sorang-sorang selama seminggu. Fuh, seronok jadi seorang Pak Rusdi. Dalam usia lebih kurang 40-an dia luangkan masa menjelajah negara-negara orang atas tujuan tertentu yang hanya dia saja tahu.

Terfikir juga dengan kerja Pak Rusdi. Katanya dia berniaga sendiri, anak isteri ada kat Surabaya, tak ikut dia melancong sekali. Isteri Pak Rusdi tak suka makanan India, anak dia pulak masih lagi sekolah. Seronok kalau ada bisnes sendiri, bila-bila masa je boleh ambik cuti. Kalau dulu aku fikir melancong ke negara orang ni hanya bazirkan duit tapi sekarang ni lain. Kalau ada kesempatan, eloklah luangkan masa melawat negara-negara orang untuk kenal lagi kekuasaan Tuhan.

Baca Seterusnya »

Apr 5, 2011

Terbang ke Kuala Lumpur

airasia Terbang ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam hari Selasa yang indah. Masa entri ni terbit aku mungkin dah duduk dalam flight Air Asia AK5281 dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa menuju ke Kuala Lumpur. Flight dijangka berlepas pukul 9 pagi. Lebih kurang pukul 9:55 pagi akan sampai LCCT nanti, insyaAllah. Dah lama tak ke KL sejak pindah ke kampung tahun lepas.

Tiga hari akan berada kat KL nanti atas urusan kerja dekat area KLCC. Tapi yang jadi masalahnya kawan yang aku nak jumpa tu ada meeting dengan klien dia pula last-last minit sampai pukul 5 petang. Aku jangka sekitar pukul 11 pagi nanti dah sampai KLCC dah. Nampaknya terpaksalah lepak kat Kinokuniya cuba untuk mengkhatamkan beberapa buah buku (macam la aku rajin sangat membaca haha). Mungkin aku akan call kawan sekampung yang kerja kat KLCC mintak dia ponteng kerja kejap temankan aku lunch kat food court, paksa dia belanja haha.

Jadi…blog ni tak berupdate selama dua hari, esok dan lusa. Malas nak bawa laptop. Bawa cik Ixus je sebagai peneman. Draf dan idea dah ada tapi tak sempat nak buat schedule post. Nak buat malam dua hari lepas tapi tak sampai hati nak lepaskan peluang tengok ABPBH 2010. Nak tengok Zizan sebagai pengacara majlis je sebenarnya. Boleh tahan best juga dia mengacara majlis yang grand macam tu. Tahniah kepada Sam dapat anugerah Bintang Paling Popular 2010. Baru teringat, Sam ni dulu penyanyi hip hop kumpulan M.O.B., antara kumpulan hip hop kegemaran aku selain daripada Too Phat dengan Poetic Ammo pada masa tu.

Akhir kata, doakan semuanya berjalan dengan lancar dari saat bertolak ke KL hinggalah balik ke kampung halaman. Doakan juga urusan kerja aku nanti dipermudahkan dan dapat mencapai satu persetujuan yang baik demi masa depan keluarga, amin. Aku akan balik pada Khamis nanti pukul 6:15 petang. Doa-doakanlah semuanya selamat icon smile Terbang ke Kuala Lumpur

Kredit gambar

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks