Majalah Lucah Anwar Ibrahim
Lama juga aku fikir nak buat entri ni atau tak. Serba salah aku jadinya. Tak buat, benda dah ada depan mata yang patut ditunjuk sebagai gambaran seorang yang bermentaliti sangat rendah dan terlalu kebudak-budakan untuk menjatuh, memfitnah ataupun mengaibkan seseorang, yang dalam isu ini ditujukan secara jelas kepada Anwar Ibrahim.
Tapi risau juga nak tunjuk beberapa kandungan majalah lucah gay tu kat blog ni. Risau aku dituduh menyebarkan sesuatu yang mengaibkan. Nurul Izzah dah pun buat laporan polis berkaitan dengan pengedaran majalah ni akhir bulan Mac lepas. Biar pihak polis yang buat siasatan, walaupun rasanya kes ni hanya didiamkan saja nanti. Tapi takut juga, takut aku dicop sebagai salah seorang yang cuba mengedarkan kandungan majalah gay ni melalui Internet pula, sedangkan aku cuba untuk backup. Tapi tidak bermakna aku menyokong Anwar Ibrahim 100%. Aku bertindak sebagai seorang yang bebas daripada mana-mana parti Malaysia yang makin lama makin teruk jadinya. Harap dapat faham.

Statistik Bulan Mac 2011 Amirez [dot] Com
Salam Ahad yang tenang. Ini kali kedua aku tunjukkan statistik blog picisan ni selepas statistik bulan Februari yang lepas. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk dengan jumlah pelawat yang tak seberapa sangat ni kalau nak dibandingkan dengan blog rakan-rakan yang rata-ratanya mempunyai pelawat yang cukup ramai setiap hari. Tujuan statistik ni hanya sekadar pemangkin semangat bagi diri aku sendiri untuk teruskan lagi usaha dalam aktiviti blogging ni. Chee….guna perkataan ‘pemangkin’ lak. Teringat subjek Biologi dulu hehe.
Google Analytic
Top Commentator Bulan Mac 2011
Buat pertama kalinya dalam sejarah blog Amirez [dot] com ni aku nak bagi penghargaan kepada pengomen yang paling banyak menyumbangkan komennya di blog ni sepanjang bulan Mac yang baru saja berlalu. Seperti follower ke-100 hari tu, kali ni pun aku buat secara misteri. Tak hebahkan awal-awal nak buat penghargaan ala-ala contest macam ni. Misteri kan lagi best hehe.
Buat masa ni hanya sorang saja yang akan dipilih sebagai Pengomen Terhangat bulan Mac 2011 iaitu saudara decrewz
Jadi, saudara decrewz akan mendapat peluang untuk meletakkan banner blog beliau bersaiz 125 x 125 di blog ini selama sebulan. Tapi sekarang ni tak boleh kacau dia, orang baru kawen ni perlukan privasi yang lebih daripada biasa hehe. Lepas berbulan madu nanti jangan lupa hantarkan banner ke admin[at]amirez.com.

Tahniah kepada decrewz dan selamat pengantin baru. Semoga bahagia selalu hendaknya. Kepada pengomen-pengomen lain pula boleh usaha untuk dapatkan tempat pertama bagi bulan April ni. Siapa-siapa yang sudi nak jadi sponsor hadiah kepada Pengomen Terhangat bulan April 2011 nanti boleh hubungi aku dengan segera. Salam Sabtu
Pemenang Contest Hadiah Hari Jadi Isteri
Contest Hadiah Hari Jadi Isteri aku yang berlangsung dari 24 hingga 31 Mac 2011 semalam dah pun tamat. Terima kasih kepada yang sudi join contest agak kebudak-budakan ni hehe. Sekadar warm-up sebelum contest yang sebenar-benarnya akan aku buat nanti. Mungkin hadiah iPad 2 macam yang bro Denaihati buat? Doa-doakanlah semoga rezeki aku sentiasa murah, barulah boleh bagi hadiah yang lebih lumayan, insyaAllah.
Tengok pada jawapan-jawapan peserta ada yang buat aku tergelak kejap. Mana taknya, hadiah sebuah rumah??!! Hadiah yang sangat besar tapi penuh dengan makna yang mendalam. Doakanlah semoga hadiah sebuah rumah tu akan jadi kenyataan
Ok. Seperti yang dijanjikan hari ni pemenang Contest Hadiah Hari Jadi Isteri akan diumumkan. Pada mulanya aku ingat tak ada dah yang dapat teka dengan tepat tapi beberapa jam sebelum tamatnya contest ni ada seorang blogger yang berjaya meneka dengan tepat sekali. Entah macam mana dia boleh terlintas hadiah yang aku maksudkan adalah…. Baca Seterusnya »
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...
- mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
- mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
- mira: saya bersekolah di johor bahru...
- cikguden: sayang anak...
- ohcikgu: pernah makan ayam dan...
- apai: best~ cite nie memang best~





![Statistik Bulan Mac 2011 Amirez [dot] Com google analytic Statistik Bulan Mac 2011 Amirez [dot] Com](http://i39.photobucket.com/albums/e171/amirezu/google-analytic.jpg)
