April Fool Perayaan Kejatuhan Islam
Zaman sekolah dulu bila menjelma je 1 April maka bersiap-sedialah kawan-kawan sekelas termasuk aku sendiri daripada kena prank dengan kawan-kawan. Hari tu kalau kena baling telur busuk kat muka pun tak boleh nak marah sebab hari April Fool. Dah itu syaratnya bila tibanya 1 April setiap tahun. Buat jahat sikit, “April Foooool”. Buat dajal sikit, “April Foooool”. Itu zaman sekolah rendah sampailah Tingkatan 3 tahun 1999 dulu.
Tahun berganti tahun, masyarakat Malaysia semakin sedar akan maksud sebenar April Fool yang asalnya disambut oleh masyarakat Barat. Tak ada lagi dah gurauan melampua pada 1 April. Yang ada cumalah wish selamat harijadi kepada rakan baik aku, Raja Alhakim. Bila tanya Alhakim, dia selalu kena April Fool masa kecik-kecik dulu. Bukan hadiah atau kek yang dia dapat, tapi gurauan melampau daripada kawan-kawan nakal yang selalu jadi hadiah dia. Kesian juga, tapi itulah kenangan zaman kanak-kanak dulu yang akan kekal manis sampai bila-bila.
Walaupun dah ramai yang sedar akan maksud sebenar April Fool ni tapi masih ada lagi segelintir rakyat Malaysia beragama Islam yang menyambut April Fool ni, sama ada dia tahu atau tidak makna sebenar di sebalik April Fool setiap tahun. Golongan macam ni memang wajib diberi peringatan secara berterusan, supaya mereka tidak mempersendakan agama sendiri tanpa disedari. Aku yakin, walaupun solat lima waktu tak pernah cukup setiap hari, tapi hatinya masih lagi mengaku yang dia adalah seorang penganut agama Islam.
Suka aku nak kongsikan artikel tentang April Fool yang baru aku jumpa tadi. Harapnya dapat dijadikan renungan dan pedoman buat kita semua. Baca Seterusnya »
5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011
Dah ramai yang join projek terbaru daripada Denaihati ni. Sebagaimana yang dikatakan oleh Denaihati, projek ni bertujuan untuk membina Network Blogger yang besar selain daripada untuk menambah kenalan yang bukan saja terbatas dalam dunia blog, tapi sampai ke dunia luar juga harapnya. Jadi aku pun nak turut sama join projek baik ni. Selama lebih kurang 5 tahun dah aku bergiat dalam aktiviti blogging ni mesti ada blog-blog yang kerap dilawati, paling tidak pun satu atau dua. Tak boleh juga jadi blogger kera sumbang yang cuma mengharapkan orang datang ke blog kita tapi kita malas nak ke blog orang lain. Dunia ni ada hukum karmanya. Kita berkunjung ke blog orang, insyaAllah orang akan berkunjung semula ke blog kita. What you give, you get back. Chee wah. Ingat lagi tak lagu tu? Hehe.
Ok. Berikut adalah 5 blog paling kerap dilawati pada tahun 2011 ni. Sebenarnya banyak, semuanya aku follow. Cuma kadang-kadang komen, kadang-kadang tak. Bergantung kepada masa. Kalau nak cepat, biasanya aku tak tinggalkan komen pun. Cukuplah sekadar jejak melalui Nuffnang Analytic, Gengblogger ataupun MyBlogLog. Itupun kalau rajin nak check hehe.
Video Remaja Terjun Dari Bangunan KB Mall
Baru saja dapat berita berkenaan seorang remaja perempuan yang ingin cuba membunuh diri dengan terjun dari atas bangunan KB Mall pada petang tadi. Punca sebenar masalah remaja tu belum lagi dapat diketahui tapi kat Facebook dah ramai yang buat andaian sendiri. Kena rogol, terlanjur, kecewa dengan result SPM kelmarin, macam-macam lagi andaian orang yang hanya mahu mensensasikan sesuatu yang belum lagi pasti. Status agama remaja perempuan ni belum lagi dikenalpasti. Berikut adalah dua video dari sudut rakaman berbeza:
Contest Teka Hadiah Hari Jadi Isteri

Salam Khamis semua. Hari ni hari bahagia buat isteriku yang dah genap 26 tahun usianya. Kejap je rasanya masa berlalu, rasa macam baru je bulan lepas bagi hadiah hari jadi kat dia. Tahun lepas sambut berdua sebagai suami isteri, kali ni kami sambut bertiga pula bersama puteri sulung, ‘Iffah Nur Iman
Lepas solat Asar tadi tiba-tiba terlintas nak buat contest sempena hari lahirnya pada hari ni. Contest ni senang saja. Apa yang perlu korang buat hanyalah meneka hadiah apa yang aku berikan kepadanya. Simple. Beri jawapan korang di bahagian komen entri ni. Jawapan paling tepat akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM24. Angka 24 dipilih sempena tarikh lahirnya, 24 Mac 2011. Sikit? Kira oklah tu, contest senang hehe. Lagipun ni first try buat contest sebelum contest yang sebenarnya tak lama lagi.
Syarat-syarat Penyertaan
Macam biasa, ada contest ada syarat-syaratnya. Mudah saja, apa yang perlu korang buat untuk melayakkan korang menyertai contest ni ialah:
- Tweet contest ni sama ada menggunakan sharebar yang float kat sebelah kiri blog ni, ataupun menggunakan SexyBookmarks kat bahagian akhir entri ni. Mana-mana pun boleh asalkan korang retweet. ATAU
- Like contest ni. Sekarang ni agak jarang yang tak ada akaun Facebook eheh. Ataupun nak post entri ni ke akaun Facebook korang pun boleh, terpulang.
- Terbuka kepada semua tak kiralah yang mempunyai blog ataupun tidak. Ahli keluarga aku dan juga isteri tidak dibenarkan menyertai
- Segala keputusan adalah muktamad.
Hadiah
Hadiah utama wang tunai RM24 akan diberikan kepada pemenang contest ni yang dapat meneka dengan tepat. Kalau tak ada, pemenang akan dipilih berdasarkan tekaan yang paling hampir, dan hadiahnya ialah wang tunai RM15. Hanya seorang saja pemenang akan dipilih. Kalau ada sponsor yang bermurah hati nak menyumbangkan hadiah sangat sangatlah dialu-alukan. Gunakan borang hubungi untuk sponsor
Tarikh Tutup Contest
Setelah difikir selama 1 minit, tarikh tutup contest Teka Hadiah Hari Jadi Isteri ni pada 31 Mac 2011 jam 11:59 malam. Pemenang akan diumumkan pada 1 April 2011 nanti.
Follow Amirez di Twitter untuk dapatkan hint. Selamat meneka
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...
- mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
- mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
- mira: saya bersekolah di johor bahru...
- cikguden: sayang anak...
- ohcikgu: pernah makan ayam dan...
- apai: best~ cite nie memang best~





