Perlukah A Dalam Setiap Exam?
Hari ni adalah hari keramat buat calon-calon SPM 2010 yang mana result dah boleh didapati bermula pagi tadi di sekolah masing-masing. Kalau tak sempat ke sekolah atau dah terlalu teruja nak tau result boleh saja check melalui SMS. Dah rasa macam check saman trafik je hehe. Cara-cara nak check melalui SMS boleh rujuk di blog Zik.
Tahniah kepada 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berjaya mendapat keputusan SPM dengan cemerlang. Ada peningkatan memberangsangkan berbanding tahun 2009 iaitu seramai 7,987 orang. Angka ni semestinya akan bertambah lebih tinggi kalau dimasukkan sekali dengan pelajar-pelajar cemerlang dari sekolah agama di bawah kerajaan negeri masing-masing. Kepada yang tidak tersenarai sebagai pelajar cemerlang, tahniah juga kepada anda. Tak perlulah rasa sedih, kecewa, hampa dan sebagainya kalau target tak tercapai. Anda harus berbangga dengan kemampuan anda.
Berbalik kepada tajuk hari ni, perlukah gred A dalam setiap exam yang kita duduki? Ada orang kata perlu, sebab itu yang menjamin masa depan. Tapi lain pula pandangan peribadi aku sendiri. Berpengalaman dua tahun dalam bidang motivasi dari peringkat pelajar tadika hingga peringkat korporat dan warga emas, sedikit sebanyak mengubah pandangan aku tentang hebatnya gred A bagi satu-satu mata pelajaran.
Tutorial Buat Light Graffiti
Sejak Majalah 3 keluarkan bingkisan tentang light graffiti dulu makin ramai yang mula minat dengan seni fotografi menggunakan cahaya ni. Aku perasan ramai yang update status teruja kat facebook masing-masing sejak malam tu. Mak mertua aku pun suka dengan seni ni bila tengok kumpulan Hikarimoji buat demo dalam MHI hari keesokannya.
Diorang menggunakan DSLR sebagai alat untuk jadikan light graffiti. Kalau guna kamera digital kompak agak-agak boleh tak nak buat grafiti cahaya ni? Jawapannya boleh! Akubiomed dah buktikan pun kat blog beliau dengan hanya menggunakan kamera digital Panasonic Lumix DMC-FX55. Teruja dengan pemberitahuan tu aku pun cuba try test dengan Cik Ixus aku ni. Dari segi setting ada perbezaan sikit, depends kepada jenis kamera masing-masing. Tapi asasnya tetap sama, iaitu menggunakan long shutter speed. Shutter speed tu apa? Tanya pakcik Google hehe
Ok. Ni gambar-gambar light graffiti yang aku kira berjayalah juga buat kali pertama. Gambar awal-awal ni guna Nikon D3100, yang last tu baru guna Cik Ixus eheh. InsyaAllah pada masa akan datang aku akan update dengan hasil yang lebih baik. Ni sekadar nak tunjuk macam mana nak buat. Selebihnya bergantung kepada kreativiti masing-masing

Payment Ke-4 Daripada Neobux
Alhamdulillah, rezeki dengan Neobux masih lagi ada walaupun taklah banyak sangat. Dah lama aku join Neobux dan pernah sekali akaun aku kena tutup sebab lama tak aktif…kes terlupa la ni hehe. Lepas tu aku create akaun baru dan maintain klik iklan hari-hari sampailah sekarang. Baru tadi aku cashout USD10.01 ke akaun PayPal.
![]()
Pihak Neobux kenakan caj USD0.20 untuk transaction. Jadi aku cuma dapat USD9.81 je. Takpelah, bukannya kerja penat sampai keluarkan peluh jantan hehe. Buat sambil blogwalking je ni. Daripada online kosong, baik klik iklan Neobux yang biasanya kita akan dapat 4 iklan setiap hari. Satu iklan bernilai USD0.01. Sikit? Memang pun hehe. Jadi carilah lagi program-program macam ni. Kumpul semua bolehlah dapat sekitar USD1 sehari. Tak kira income daripada Nuffnang dengan ChurpChurp lagi tu eheh.
Ini kali keempat dapat payment daripada Neobux. Ini pun takde direct referral. Kalau ada, lagi banyak boleh dapat. Elok sangatlah join Neobux ni, sebab iklan-iklan diorang pun bukannya iklan yang berunsurkan alkohol atau lucah…setakat nilah. Jadi, duit tu insyaAllah bersih suci murni
Nak join, klik di sini.
Hadiah Daripada FitriHadi.com

Tuah ayam nampak di kaki, tuah blogger nampak di jari hehe. Tadi abang bermotosikal merah datang ke rumah bagi surat dengan satu sampul pos ekspress yang agak tebal dengan nama penuh aku tertulis kat situ. Tengok nama pengirim, rupanya daripada Fitrihadi eheh. Tersengih sorang-sorang. Itulah bungkusan yang aku tunggu-tunggu sejak diumumkan sebagai pemenang Giveaway Purse Polo kat blog beliau baru-baru ni. Memang tak sangka dapat hadiah buat kali kedua selepas hadiah daripada Sw33tdarling hari tu. Alhamdulillah. Ni screenshot komen Fitrihadi dalam entri contest beliau hari tu. Baca Seterusnya »
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nuriz: Salam maulidurrasul.. terima...
- anjangman: Tq. kongsi maklumat...
- tehr: Salawat dan salam kepada nsbi...
- anjangman: Baru nak berjinak2 dgn...
- akubiomed: Saya tidak makan ikan....
- titan: memang tu yang aku wat. kalau...
- sabree hussin: nakal masa kecik2 je,...
- sabree hussin: sekarang dah stabil...
- hatiputera: emang sebaik-baik contoh...
- hatiputera: cuma dengar lagu...





