Review Filem Sini Ada Hantu
Dah lama nak buat review filem seram komedi Sini Ada Hantu tapi bagi laluan kepada Man Juara Raja Lawak 5 dulu semalam. Trafik tu beb hehe.

Seminggu yang lepas aku sempat luangkan masa sikit untuk menonton filem Sini Ada Hantu yang makan masa lebih kurang satu jam setengah. Pada mulanya tak terasa nak tengok lepas rasa sedikit kecewa dengan filem Khurafat hasil arahan Syamsul Yusof yang maaflah kalau aku katakan ianya satu filem yang agak membosankan untuk ditonton. Tapi aku puji ending cerita tu, betul-betul tak dijangka. Soal lakonan tak perlulah aku buat ulasan. Baca review mana-mana pun biasanya ulasan yang sama.
Jadi, bila aku terdetik nak tonton Sini Ada Hantu ni? Haha, entry Hans hari tu la punya pasal ni. Best katanya. Kelakar pun ada. Terus buatkan hati aku berkocak nak mengisi masa terluang dengan menonton filem arahan James Lee ni yang pernah mengarahkan filem Histeria tahun 2008 dulu. Kepada Hans, harapnya boleh buat kotak search kat blog. Penat aku nak cari entri review dia yang dah ke page berapa dah. Hans ni dalam sehari ada la dua tiga kali update blog hehe.
Seperti Dijangka Man Juara Raja Lawak 5
Seperti yang dijangka Man ditabalkan sebagai juara Raja Lawak Musim ke-5 ni menewaskan R2 dan juga Balas. Seronoklah dia dapat bawa balik RM 100,000 sorang-sorang, bolehlah dia menaiktaraf hidup keluarganya. Tak sangka, dia kerja dengan Pos Malaysia kat Setapak rupanya. Dulu aku selalu berurusan dengan Pejabat Pos Setapak. Walaupun jauh sikit dengan rumah kat Batu Caves dulu tapi tak pernah rasa malas pun nak ke sana. Kenapa? Ah ha, ada lima sebab aku suka ke sana; bersih, banyak kaunter, ada aircond, mesra dan lebih penting ia dibuka sehingga pukul 10 malam. Patut dijadikan contoh kepada pejabat-pejabat pos lain.
Suka part Man nyanyi lagu rempit dalam lawak pusingan kedua tadi. Memang best. Suara tak penting, yang penting isi. Rasa-rasanya itulah punca ranking Man melonjak naik dari tangga terbawah. Betul-betul nampak dia berusaha gigih untuk sampai ke tahap tu. Tahniah sekali lagi buat abang Man. Ecececeh, tetiba panggil abang lak hehe. Tak silap umur dia dah 33 kot. Tak sia-sia dia datang ujibakat setiap kali musim baru Raja Lawak berlangsung, akhirnya dia berjaya meletakkan dirinya sebaris dengan raja lawak-raja lawak sebelum ni.
Pemilihan Man sebagai Raja Lawak Musim ke-5 memang bertepatan dengan pilihan juri terutamanya Afdlin Shauki yang nak sangat Man jadi juara Raja Lawak 5 sejak minggu ke lapan lagi selain daripada kumpulan R2. Harapnya dengan kelahiran Raja Lawak baru ni dapat memeriahkan lagi industri pelawak-pelawak tanahair. Terbaeeklah!
Jumpa Man lagi dalam Maharaja Lawak minggu depan
Video Akhir Man Raja Lawak 5
Khutbah Jumaat Ala-ala Syarahan Sekolah

Cepat betul seminggu berlalu. Rasa macam baru dua tiga hari lepas dengar khutbah Jumaat, hari ni dengar lagi. Aih, bunyi macam tak suka dengar khutbah Jumaat je hehe. Memang betul, aku tak berapa suka dengar khutbah Jumaat. Jangan silap faham, apa yang aku maksudkan, khutbah Jumaat yang bunyinya ala-ala pertandingan syarahan kat sekolah.
Selama aku merasa nikmat nyawa ni seingat aku hanya dua masjid yang betul-betul boleh buat aku beri tumpuan dengan baik setiap kali Khatib membacakan khutbah….masjid tempat aku belajar kat matrikulasi dulu dengan masjid UTHM. Antara ketiga-tiga masjid tu masjid UTHM la yang paling aku puas hati. Kata Ustaz Aziz, bilal masjid UTHM yang suka bergurau, teks khutbah masjid UTHM bukan daripada kerajaan negeri, tapi dikarang sendiri oleh Pusat Islam UTHM. Sebabnya kata Ustaz Aziz, nak bagi khutbah biarlah sesuai dengan tahap pemikiran majoriti jemaah. Kalau guna teks khutbah yang dibuat oleh kerajaan negeri biasanya level teks tu kurang sesuai dengan level jemaah yang majoritinya terdiri daripada pelajar-pelajar universiti. Jadi Pusat Islam UTHM mengarang teks khutbah yang lebih ilmiah dengan pengetahuan yang lebih tinggi. Bukan merendah-rendahkan teks khutbah sedia ada, tapi lebih baik sampaikan sesuatu yang bertepatan dengan jemaah.
Tengah hari tadi kepala aku dah mula nak berpusing-pusing duk tahan mengantuk. Semalam tidur pukul 4 pagi, siapkan kerja-kerja editing gambar photoshoot model tudung kat Pantai Seri Tujoh, Pengkalan Kubor hari tu. Pagi tadi pulak ada kursus pukul 9 sampai pukul 11:30 pagi. Sampai je kat masjid tadi ingat nak try lelap kejap lepas solat sunat Tahiyyatul Masjid tapi tak terlelap pulak. Mengantuk, tapi takleh lelap. Bila tok imam baca khutbah lagilah aku rasa mengantuk. Aku ingat nak bagi khutbah pasal tsunami yang melanda Jepun hari tu tapi tak. Khutbah hari ini tentang Guru Ibarat Lilin. Tajuk tu aku letak sendiri tapi korang faham-fahamlah isi khutbah tadi hehe.
Lee Chong Wei Juara All England 2011 !!

Fuh, speechless! Pertama kali aku teruja bila tengok persembahan antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan yang sangat mengasyikkan. Dua-dua saling asak-mengasak dengan skill masing-masing. Akhirnya piala All England 2011 milik Datuk Lee Chong Wei setelah berjaya menundukkan pemain kebal dari China, Lin Dan dengan mata 21-17, 21-17 selama 52 minit. Balik Malaysia nanti bolehlah Chong Wei berehat kejap dengan kerusi urut Osim hehe.

Kemenangan All England 2011 ini juga bermakna kemenangan kedua Lee Chong Wei secara berturut-turut sejak All England 2010. Tahun lalu Chong Wei bertemu pemain yang baru meningkat naik dari Jepun, Kenichi Tago di peringkat akhir dengan mata 21-19, 21-19. Lin Dan masa tu pula kalah kepada pemain senegaranya, Bao Chunlai. Apa-apa pun, tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei atas kemenangan yang dikecapinya sebentar tadi. Paling bermakna, Chong Wei telah tunjukkan persembahannya yang sangat baik walaupun ada beberapa kesilapan yang tak sepatutnya dia lakukan, antaranya menghantar shuttle terlalu jauh keluar dari gelanggang. Lin Dan pun banyak buat silap kali ni. Apa-apa pun, game inilah paling menarik pernah aku saksikan sepanjang diorang berdua ni bertemu. Paling best bila dapat tengok Chong Wei perdayakan Lin Dan. Dua tiga kali juga sampaikan Lin Dan menggaru mukanya yang tak gatal hehe. Biasanya Chong Wei akan terikut-ikut dengan rentak Lin Dan, tapi tidak buat kali ni. Baca Seterusnya »
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...
- mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
- mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
- mira: saya bersekolah di johor bahru...
- cikguden: sayang anak...
- ohcikgu: pernah makan ayam dan...
- apai: best~ cite nie memang best~





