Chong Wei, Kien Keat/Boon Heong Mara ke Final All England 2011

Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir All England 2011 awal pagi tadi. Lee Chong Wei berjaya menundukkan Chen Long di separuh akhir perlawanan dengan mata 21-17, 21-13 dalam masa 46 minit manakala pasangan Kien Keat/Boon Heong pula berjaya mengalahkan pemain beregu handalan China, Cai Yun/Fu Haifeng dengan mata 21-11, 23-21.
Seperti yang diramalkan, jagoan China, Lin Dan akan menanti Lee Chong Wei di final malam nanti yang berjaya mengalahkan Marc Zwiebler dari Jerman dengan mata 21-9, 16-21, 21-11. Bagi beregu emas negara pula akan berdepan dengan pilihan pertama kejohanan, Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark yang berjaya menundukkan pemain muda China, Chai Biao/Guo Zhendong dengan mata 26-24, 21-12. Baca Seterusnya »
Perseorangan & Beregu Negara Layak ke Separuh Akhir All England 2011
Rasa agak terkilan sikit tak sempat nak tengok beregu emas negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong beraksi dalam perlawanan badminton suku akhir All England 2011 yang berlangsung seawal 1 pagi tadi. Masa tu aku tengah sibuk sikit dengan kerja-kerja Internet sampaikan terlupa nak tengok set ketiga perlawanan antara regu emas negara menentang Markis Kido/Hendra Setiawan. Siaran ulangan pagi tadi pun tak sempat tengok sebab baru bangun tidur hehe. Itulah, tidur lewat sangat semalam.
Aksi pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei pun tak dapat nak tengok pagi tadi sebab Astro tayang perlawanan di antara Peter Gade dari Denmark menentang Chen Long dari China yang kemenangan berpihak kepada Chen Long dengan mata 21-12, 21-12. Bila difikirkan balik, lebih baik tengok aksi Chen Long dengan Peter Gade daripada tengok persembahan Chong Wei dan Boonsak Ponsana yang pada pandangan aku kurang mengasyikkan. Jadi kita tengok kedudukan jadual setakat ni: Baca Seterusnya »
Perseorangan & Beregu Negara ke Suku Akhir All England 2011
Agak terlewat untuk update berita terkini Perlawanan Badminton All England 2011 yang sekarang ni pemain harapan negara, Datuk Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong telah pun berjaya melangkah ke pusingan suku akhir. Walaupun Lee Chong Wei kelihatan sedikit berang dengan pertukaran jadual secara mengejut ketika dia menentang Bao Chun Lai sebelum ini yang hanya diketahuinya sejam sebelum perlawanan bermula, namun ianya tidak mengganggu prestasi dirinya untuk mengalahkan pemain nombor 13 dunia tersebut.
Oleh kerana aku tak sempat nak menonton setiap perlawanan yang melibatkan pemain Malaysia sebelum ni, jadi entri ini hanya akan paparkan jadual terkini perlawanan perseorangan lelaki dan juga beregu lelaki. Baca Seterusnya »
Video Tsunami di Jepun Terburuk Dalam Tempoh 140 Tahun
Semalam dunia digemparkan dengan peristiwa bencana alam yang paling ditakuti pada abad ini iaitu bencana tsunami yang melanda perairan timur laut negara Jepun dengan gempa bumi bermagnitud 8.9 skala Richter, hanya 0.1 skala Richter kurang daripada gempa yang melanda Acheh pada tahun 2004. Kejadian tsunami kali ini dikatakan adalah yang paling teruk dalam sejarah Jepun bagi tempoh 140 tahun dengan sebuah kapal besar yang hanyut merempuh ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma dalam wilayah Miyagi. Ombak setinggi 10 meter telah mengakibatkan kemusnahan besar daerah tersebut dan sekurang-kurangnya satu kebakaran bangunan telah berlaku.
Pihak berkuasa Rusia pula mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan kira-kira 11,000 orang penduduk dari kepulauan Pasifik bagi mengelak sebarang kejadian mangsa tsunami berlaku. Manakala di Indonesia pula amaran tsunami dikeluarkan kepada penduduk timur negara itu termasuk Papua, Maluku dan Utara Sulawesi berikutan ada kemungkinan tsunami akan melanda kawasan tersebut susulan daripada yang berlaku di Jepun. Baca Seterusnya »
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...
- mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
- mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
- mira: saya bersekolah di johor bahru...
- cikguden: sayang anak...
- ohcikgu: pernah makan ayam dan...
- apai: best~ cite nie memang best~





