Raja Kamil seorang usahawan Internet sepenuh masa mengadakan cabutan bertuah lagi. Hadiah kali ini lebih lumayan daripada sebelum ini.
Begitu juga dengan syaratnya, sangat mudah, seminit pun tak sampai masa yang diperlukan untuk merebut peluang memenangi hadiah beliau.
Jika anda hendak memenangi sebuah MP3 Player berkapasiti 2GB, baca entri selanjutnya di http://rajakamil.biz/2009/11/20/pertandingan-akhir-tahun-update
Panjang benor title kali ni haha. Ini kalau belum cukup bagus untuk SEO tak taulah eheh. Ok. Terus kepada point. Semalam ada satu video nak disiapkan. Dalam banyak² video maker yang canggih-manggih ni aku lebih selesa menggunakan Windows Movie Maker, lagi² versi untuk Windows Vista. Bukan apa, user friendly dan lebih cepat kalau setakat nak buat video yang simple. Size file yang siap pun taklah besar sangat. Tapi wujud satu error bila nak buka Windows Movie Maker semalam.
Video transition dengan effect hilang pada Windows Movie Maker. Dapat mesej ralat seperti gambar di bawah ni:

Jadi apa yang perlu dibuat hanyalah beberapa langkah mudah seperti berikut:
15 November semalam genap sudah saya berusia 25 tahun di dunia ni. Terima kasih yang tak terhingga kepada kawan² yang memberi wish di Facebook, Friendster dan tak lupa kepada yang SMS saya ketika di Sik, Kedah semalam. Kat Twitter tak sempat nak check pula. Hari ni 16 November hadijadi Johari pula atau lebih mesra dipanggil Joe, rakan sekuliah dari Tahun 1 di UTHM. Happy birthday Joe (walaupun dia tak baca blog ni eheh).
Kebetulan 13hb lepas kena pergi ke Bendang Man Resort sampai tengah hari 15hb. Sengaja tak bagitau rakan² sekerja birthday saya jatuh pada 15hb. Kalau diorang tau mesti kena prank kaw² pun. Dah jadi budaya syarikat pulak prank setiap kali ada staf yang menyambut hari lahir. Nasib baik tak panggil krew Wakenabeb atau Bang Bang Boom hehe. Kalau tak, masaklah kena prank. Tapi saya tak diprank semalam walaupun sebenarnya tengah menanti apa prank yang diorang nak buat kat saya hehe.
On the way balik dari Kedah ke KL, singgah kejap dinner di R&R Tapah lepas solat jamak Maghrib dengan Isyak. 7 orang semuanya; 4 lelaki dan 3 srikandi dari Darul Quran. Lepas siap makan, Zool hilang tiba². Masa tu tak jangka apa². Ingat dia pergi beli air ke apa kat gerai. Tak lama lepas tu dia datang dari belakang sambil nyanyi lagu Happy Birthday dengan sebiji kek perisa nescafe (ke kopi ek??). Terkejut, tapi macam biasa cool sentiasa hehe.
Buat pertama kalinya sambut birthday di R&R. Rasa terharu….sebab takde lilin cucuk kat kek haha. Apa² pun syukran kepada sahabat² atas pengalaman yang sangat bermakna ni. Nasib baik tak kena prank kat R&R tu hehe. Katanya nak prank kat Sik lagi tapi takde idea nak prank apa. Fuh…nasib baik hehe.
Sampai ke rumah sekali lagi terkejut. Ada sebungkus hadiah atas meja. Bila dibuka, hadiah tersebut merupakan sebuah MP3 Player yang dibungkus dengan kotak silika. Taulah saya hadiah tersebut dari US yang dikirimkan oleh Russell Brunson, seorang Internet Marketer terkenal dunia.

Beberapa hari yang lepas saya berkunjung ke laman web beliau yang menerangkan tentang Micro Continuity. Secara jujurnya saya tak faham 100% apa yang diceritakan pada web tersebut. Apa yang saya tau ianya adalah satu coaching tentang bagaimana ingin berjaya dalam perniagaan Internet. Bila saya usha laman web beliau, tiba² mata terpaku pada satu imej MP3 player ni. Menurut Russell, beliau akan berikan MP3 player tersebut secara percuma. Kita cuma perlu bayar harpa shipping sahaja. Sebagai bonus, Russell masukkan 4 klip audio berharga tentang coachingnya dalam program Micro Continuity ni. Jadi bolehlah dengar di mana² je tentang perniagaan Internet. Bagus juga cadangannya tu.
Saya menganggapnya sebagai satu hadiah harijadi saya yang ke-25 ni

Berita baik buat peminat² drama bersiri Blogger Boy di 8TV. Malam ni Blogger Boy musim ke-2 akan menyusul pada pukul 9:30 malam dan akan ditayangkan sebanyak 20 episod. Pastikan pop corn, pepsi dan segala macam jajan disediakan di depan TV eheh. Jom tengok preview Blogger Boy musim ke-2 ni dulu.
Sinopsis
Dah nak masuk tahun 2010, software pun mesti keluar versi yang baru. TuneUp Utilities ni sangat² disarankan untuk pengguna² desktop mahupun laptop dan notebook untuk menjaga performance PC anda. Yang dah tahu kehebatan software ni bolehlah terus download dengan menggunakan link di bawah. Jangan risau, serial key disertakan sekali dan saya baru saja menggunakannya, berkesan 100%.
Download TuneUp Utilities 2010 + Serial Key
Pembaharuan
Terdapat dua pembaharuan pada versi 2010 ni iaitu:
- Turbo Mode – Nyahaktifkan proses yang tidak diperlukan dan tumpuan diberikan kepada semua kuasa pemprosesan PC bagi program² yang aktif.
- Live Optimization – Meningkatkan kepantasan startup dan masa tindak balas setiap program yang dijalankan bagi mengoptimakan performance PC anda.
Interface seperti biasa, sedikit berbeza dengan versi 2009 tetapi masih mengekalkan fungsi yang sama dengan versi sebelumnya. Versi 2010 ni compatible dengan Windows 7. Tak perlu celoteh panjang, anda boleh download segera di sini.
Haha. Seronok pula bila tengok Kelantan kalah semalam. Ops, jangan pula cakap aku tak patriotik dengan negeri kelahiran mak ayah aku ni. Nak cerita pasal patriotik, mari aku mulakan dengan kisah di Tok Bali.
Dari 5hb lepas hingga 7hb aku berada di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan atas urusan kerja. Sepanjang berada kat sana tak pernah aku lupakan akan satu pertandingan julung² kalinya buat pasukan bola sepak Kelantan di Stadium Bukit Jalil pada malam 7hb. Semangat berkobar² untuk menyokong Kelantan walaupun aku sejak dari dulu lagi sangat tidak gemar dengan prestasi pemain² bola sepak Malaysia. Tapi kerana sokongan dan sambutan penyokong² Kelantan yang sangat luar biasa kali ni hinggakan 65 ribu tiket dijual kepada penyokong Kelantan dan berpuluh² bas ditempah khas untuk membawa penyokong² Kelantan ke Stadium Bukit Jalil pada hari Jumaat. Siapa yang tak naik semangat kalau begitu punya luar biasa sokongannya kan?
Hari terakhir di Tok Bali selesai sekitar pukul 2:30 petang. Pukul 3 dah mula bertolak balik ke KL dengan menaiki Naza Ria yang dipandu sendiri oleh aku. Baru dapat berita daripada ayah kepada bos aku yang semangat nak ke Bukit Jalil pada hari Jumaat sebelumnya. Katanya dia sekadar menonton Kelantan menentang Negeri Sembilan di rumah je, bas yang ditempah tu rupanya tipu. Ada 7 buah semuanya yang ditipu, sedangkan tiket perlawanan masing² dah beli. Kasihan.
Dalam keadaan macam ni pun masih ada pihak yang nak mengaut keuntungan dengan cara senang. Manusia kalau dah otak bisnes, kerja haram pun sanggup dia buat. Kalau tak, bertambah lebih kurang 280 orang penyokong di Stadium Bukit Jalil.
Tapi bagus juga, sekurang²nya tak menyaksikan kekecewaan di depan mata sendiri hehe.
Ok sambung tentang patriotik aku tadi.





