Video Badminton Final Terbuka Korea 2012
Khas kepada peminat-peminat badminton yang tidak berkesempatan menonton perlawanan badminton final Terbuka Korea 2012 semalam termasuklah saya. Kredit kepada helma1 yang bersusah-payah upload kesemua 9 siri video perlawanan antara Lee Chong Wei dan Lin Dan di final Victor Korea Open 2012.
Lee Chong Wei Kalahkan Lin Dan di Final Terbuka Korea 2012
Keretapi dah sampai ke stesen saya baru nak buat entri ni hehe. Semalam tak sempat nak buat, mood nak update pun takde. Jadi hari ni sekadar nak berkongsi berita gembira tunggak utama pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang berjaya kalahkan Lin Dan di Final Terbuka Korea 2012 pada 8 Januari 2012 kelmarin.
Datuk Lee Chong Wei menang ke atas Lin Dan dengan mata 12-21, 21-18 dan 21-14 dalam masa 1 jam 15 minit. Lee Chong Wei membawa pulang wang hadiah sebanyak USD75,000. Sungguh lumayan. Beruntung menjadi seorang Lee Chong Wei
Berikut adalah rekod kemenangan Chong Wei dalam setiap pertemuan bagi Victor Korea Open 2012 ini:

Kemenangan Lee Chong Wei di Terbuka Korea 2012 ini mengekalkan ranking beliau sebagai pemain nombor satu dunia, manakala ranking Lin Dan kembali berada di tangga kedua dunia dari tangga ketiga dunia sejak pertandingan badminton Terbuka China 2011 yang lepas.
ni adalah kemenangan peribadi Lee Chong Wei yang kelapan ke atas Lin Dan dalam 26 pertemuan antara mereka. Bermakna, Lin Dan menang ke atas Chong Wei sebanyak 18 kali.

Kita harapkan agar jurang kemenangan ini semakin dekat dan seterusnya Lee Chong Wei dapat terus menang dan menang ke atas Lin Dan.
Sumber: BWF
Ahad Yang Memenatkan
Macam-macam yang berlaku pada hari Ahad kelmarin. Orang kat negeri lain mungkin tengah berehat-rehat kat rumah bersama keluarga. Tapi kelmarin saya selesaikan beberapa urusan penting memandangkan hari Ahad di Kelantan adalah hari bekerja.
Hampir pukul 12 tengah hari saya ke Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu untuk mengambil geran-geran tanah yang sudah siap dipindahmilik. Sekejap je siap, hari Khamis lepas serahkan segala dokumen termasuk geran tanah yang lama, kelmarin dah boleh ambik geran yang baru. Tinggal dua dokumen lagi belum hantar ke bahagian perumahan Putrajaya. Kejap lagi kot, pejabat pos dekat je dengan rumah eheh.
Keluar dari Pejabat Tanah saya terus ke tempat parking kereta yang agak tersorok di belakang bangunan. Masuk kereta, cucuk kunci, pulas….tak hidup huhu. Daripada bunyinya macam masalah starter. Mungkin juga masalah bateri. Tapi bateri baru je beli bulan September lepas. Takkanlah dah kong kot.

Tak sampai 6 bulan pun lagi
Macam dalam cerita kat tv, kalau kereta ada masalah bahagian enjin terus bukak bonet. Biarlah tak reti apa pun haha. Saya tengok kat bateri kot-kot ada yang longgar. Semua nampak ok (pada pandangan orang tak reti la hehe). Buntu kejap. Takde orang lain dah yang boleh saya harapkan selain daripada pakcik saya sendiri. Saya call dia yang mungkin tengah repair kereta kat bengkel dia. Mujurlah dia nak datang. Baca Seterusnya »
Ustaz Azhar Idrus Dituduh Sesat, Zina dan Ejen Iblis
Sejak progam Santai Bersama GEMS di Dataran Shah Alam sempena Tahun Baru 2012 pada 31 Disember 2011 lepas, nama Ustaz Azhar Idrus semakin dikenali ramai. Mana taknya, macam-macam finah dan tohmahan yang diberikan kepada Ustaz Azhar yang jelas hanya untuk menjatuhkan nama baik seorang ustaz yang menjadi ikutan golongan muda kebanyakannya. Makin dekat dengan pilihan raya, makin hebatlah fitnah dilemparkan kepadanya.
Saya ada terbaca dalam akhbar online baru-baru ni yang mengatakan bahawa pihak UMNO mula takut dengan ‘kehebatan’ Ustaz Azhar Idrus kerana majoriti ‘peminatnya’ adalah terdiri daripada golongan orang muda. Lihat saja pengunjung di Dataran Shah Alam baru-baru ni, seramai hampir 80,000 orang yang datang dikatakan lebih kurang 85% daripadanya adalah golongan anak muda. Sama juga dengan kuliah Ustaz Azhar Idrus di UIA tahun lepas, berpusu-pusu penonton datang memeriahkan majlis yang majoritinya adalah penuntut-penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sendiri hinggakan tidak cukup tempat duduk. Mereka sanggup berdiri dalam asakan orang ramai semata-mata untuk mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus yang sentiasa menjadi kesukaan golongan muda. Hal yang sama berlaku semasa Ustaz Azhar dijemput memberikan ceramah dalam bulan puasa tahun 2011 yang lepas di Kota Bharu, penuh sesak dengan penonton hinggakan tak cukup tempat untuk parkir kereta. Peminat, penonton dan pendengar Ustaz Azhar Idrus ada di mana-mana saja.
Saya terkejut apabila membaca satu kenyataan dalam sebuah blog yang memfitnah Ustaz Azhar melakukan zina di sebuah tandas wanita masjid di Jambu Bongkok, Marang, Terengganu sekitar pukul 1 pagi. Cerita lanjut boleh baca di sini.
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nuriz: Salam maulidurrasul.. terima...
- anjangman: Tq. kongsi maklumat...
- tehr: Salawat dan salam kepada nsbi...
- anjangman: Baru nak berjinak2 dgn...
- akubiomed: Saya tidak makan ikan....
- titan: memang tu yang aku wat. kalau...
- sabree hussin: nakal masa kecik2 je,...
- sabree hussin: sekarang dah stabil...
- hatiputera: emang sebaik-baik contoh...
- hatiputera: cuma dengar lagu...





