Jan 23, 2011

Chong Wei Juara Badminton Terbuka Malaysia 2011

chongwei Chong Wei Juara Badminton Terbuka Malaysia 2011

Akhirnya USD30,000 milik Datuk Lee Chong Wei setelah memenangi Pertandingan Badminton Terbuka Malaysia 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil. Kemenangan kali ke-11 ke atas Taufik Hidayat tadi dalam 17 pertemuan menjadikannya juara buat kali ke-7 Super Series Terbuka Malaysia dengan durasi masa 37 minit.

Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei. Mesti lega rasanya sepanjang perjalanan ke KLIA malam ni untuk bertolak ke Seoul pula bagi menyertai Terbuka Korea 2011 yang dijadualkan akan berlangsung pada 25 Januari nanti. Lin Dan, semestinya menanti-nantikan kehadiran Chong Wei di sana.

Ulasan Perlawanan

Secara peribadi, persembahan Chong Wei hari ni kurang menyerlah berbanding semalam ketika dia menentang Chen Long dalam pertemuan separuh akhir yang mana jelas terpapar keselesaannya di atas gelanggang dan juga keyakinan yang tinggi. Hari ni nampak lebih santai dalam set pertama. Set kedua pula nampak sedikit kelam-kabut bermula dari pungutan mata ke-18. Sempat pula buat aksi kelakar memalingkan badannya terlalu awal sebelum Taufik membuat pukulan half court. Tergelak aku dengan kata-kata pengulas perlawanan di TV1 tadi. Katanya, Chong Wei yang dahulunya seorang yang pemalu, tapi sekarang dah pandai buat kelakar dan loyar buruk hehe.

Baca Seterusnya »

Jan 23, 2011

RedMummy di Muka Hadapan Berita Minggu

redmummy2 RedMummy di Muka Hadapan Berita Minggu

Pagi tadi masa tengah tunggu akak yang bungkus nasik untuk aku dengan isteri kat kedai makan berhampiran, ternampak tajuk highlight akhbar Berita Minggu hari ni yang betul-betul membuatkan mata aku terbeliak besar…cakap je, sebenarnya tak hehe. Blogger untung RM1 juta, tajuk muka depan Berita Minggu hari ini. Tengok gambar pula macam kenal. Sah, itu adalah RedMummy, si pencinta merah. Beruntung betul dia, kat TV dah pernah keluar dalam rancangan Nona. Sekarang ni keluar akhbar pula. Makin melonjak nampaknya trafik yang akan berkunjung ke blog RedMummy, earning pun for sure makin banyak. Dalam kategori blogger, beruntung menjadi seorang RedMummy.

Mesti ramai blogger baru makin teruja nak buat blog lepas baca berita ni. Yelah, tulis blog je hari-hari dah boleh jadi jutawan dalam masa setahun. Tak ke gile kentang namanya tu? Tak perlu susah-susah naik turun pejabat nak apply kerja. Tak perlu sibuk-sibuk register kat JobsMalaysia semata-mata nak dapat update jawatan kosong tiap-tiap minggu. Tak perlu berpenat-lelah kerja kontraktor bagaikan kuli dengan gaji yang kadang-kadang tak setimpal mana. Seronok, hanya duduk depan laptop dengan secawan Nescafe Regular ‘Halusss’ dah boleh generate income yang boleh menjamin keperluan bulanan. Baca Seterusnya »

Jan 22, 2011

Chong Wei Bertemu Taufik Hidayat di Final Terbuka Malaysia 2011

chongwei Chong Wei Bertemu Taufik Hidayat di Final Terbuka Malaysia 2011 Seronok dengan persembahan menarik yang ditunjukkan oleh pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang berjaya menewaskan Chen Long dengan mata 21-9, 21-9 di hadapan hampir 5000 orang penonton. Tahniah diucapkan. Dengan ini melayakkan dirinya ke peringkat akhir Terbuka Malaysia 2011 menentang Taufik Hidayat yang berjaya mengalahkan rakan senegaranya, Simon Sontoso dengan mata 21-15, 21-19 tadi. Sebagai pengetahuan, Chen Long pernah mengalahkan Chong Wei dalam Terbuka India 2009 tetapi dalam perlawanan yang baru saja tamat tadi jelas menunjukkan Chong Wei amat selesa di gelanggang dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menundukkan Chen Long di peringkat separuh akhir Terbuka Malaysia 2011.

Walaupun ketiadaan Lin Dan yang selalu dinanti-nantikan peminat badminton untuk melihat dia beraksi, aku yakin persembahan antara Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat juga tak kurang hebatnya. Esok, perlawanan badminton Terbuka Malaysia 2011 peringkat akhir akan berlangsung seawal jam 2 petang di RTM1 dan juga Channel 801 Astro Arena.

Hanya selangkah saja lagi untuk Datuk Lee Chong Wei merebut USD30,000 sebagai juara Terbuka Malaysia 2011 ini nanti sekaligus menjadikannya juara kali ke-7 dalam pertandingan ini. Harapnya tiada kecederaan yang dialami Datuk Lee Chong Wei sebagaimana yang dialami oleh Lin Dan yang dikatakan sengaja membuat alasan untuk menarik diri bagi memberi laluan kepada rakan senegaranya, Chen Long untuk memungut mata ranking BWF.

Tahniah dan good luck kepada Lee Chong Wei icon wink Chong Wei Bertemu Taufik Hidayat di Final Terbuka Malaysia 2011

Jan 22, 2011

Blog Amirez Jatuh Google Pagerank

Baru nak baik semalam hari ni demam balik bila dapat tahu yang Google Pagerank blog Amirez (dot) com ni dah jatuh dari PR3 kepada PR2 sejak pihak Google buat kemaskini pada 19 Januari 2011 yang lalu. Terima kasih juga kepada Mohd Isa atas pemberitahuan PR update ni dalam blog beliau.

pagerank Blog Amirez Jatuh Google Pagerank

Apa kesannya bila PR jatuh bagi blog picisan aku ni? Setakat ni cuma satu saja yang beri kesan iaitu payment Backlinks seperti yang aku dapat USD2 awal bulan hari tu. Nasib baik juga masa tu blog ni masih lagi PR3 hehe. Tapi masuk bulan depan, kalau PR tak naik lagi maknanya ada kemungkinan aku cuma terima bayaran sebanyak USD1 saja. Rugi dah sikit. Tapi nak buat macam mana, kan? Entah apa kriteria terbaru yang jadi penilaian Google untuk meningkatkan Google Pagerank satu-satu blog.

Macam mana PR blog korang? Naik ke turun? Harapnya positiflah ye. Kalau tak check lagi boleh check kat Google Pagerank Checker.

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks