Lee Chong Wei Layak ke Separuh Akhir Terbuka Malaysia 2011
Baru saja lepas tengok perlawanan antara Lee Chong Wei menentang Nguyen Tienh Minh dari Vietnam kat Astro Arena tadi. Nasib baik juga eMMe bagitau, kalau tak sampai ke pukul 11 duk layan Gelanggang Raja Lawak yang tak berapa nak lawak sangat kali ni. Sayang tak sempat tengok dari awal aksi-aksi Chong Wei tadi tapi daripada set kedua yang sempat aku tonton, nampaknya Chong Wei menang agak selesa ke atas Nguyen walaupun ada beberapa kesilapan yang dilakukan.
Chong Wei menang ke atas Nguyen dalam masa 40 minit dengan straight set. Tak silap tadi menang 21-15, 21-16. Dengan kemenangan ini Chong Wei menempah tiket ke pusingan separuh akhir. Tak silap aku lagi Lee Chong Wei mungkin akan menentang Chen Long dalam pertemuan separuh akhir esok. Lin Dan pun dah tarik diri tadi, jadi laluan untuk menjadi juara Terbuka Malaysia kali ke-7 (kalau tak silap lagi hehe) semakin mudah. Oh ye, tadi nampak kelibat Misbun Sidek di kerusi jurulatih. Harapnya Misbun terus memberikan semangat dan sokongan kepada Chong Wei hingga menjadi juara Terbuka Malaysia 2011 ni.
Peminat-peminat badminton, nanti separuh akhir Badminton Terbuka Malaysia 2011 esok seawal 2 petang di Astro Arena 801
Badminton Monopoli Berita Harian

Seronok rasanya hari ni sebab muka depan dan muka belakang akhbar Berita Harian dipenuhi dengan berita-berita badminton negara. Dua berita utama yang ditekankan hari ni iaitu berita tentang isu perletakan jawatan Datuk Misbun Sidek dan juga keputusan pertandingan badminton Terbuka Malaysia yang tengah hangat berlangsung sekarang ni. Selama ni asyik berita bola sepak yang memenuhi setiap muka surat belakang akhbar.
Bagi peminat badminton macam aku ni bosan juga asyik baca berita pasal bola. Erk, tak baca pun sebenarnya, tak pernah ambik tahu sangat hehe. Tapi hari ni berita tentang badminton secara penuh bermula dari muka surat 54 bahagian sukan hinggalah muka surat 56 sebagai muka surat terakhir.
Berikut adalah beberapa keratan ringkas berita-berita sensasi badminton yang melanda negara sekarang ni. Baca Seterusnya »
CONTEST PIC Hitam Putih PALING COOL!
Contest bertandang lagi. Sejak akhir-akhir ni ramai pula blogger yang bermurah hati nak bagi hadiah. Agaknya sekarang ni musim contest kot. Contest yang aku janji nak buat sejak mendapat hadiah harijadi paling istimewa hari tu pun tak terbuat lagi. Belum ada idea nak buat contest yang macam mana. Cadang nak buat lain daripada yang lain tapi bukan senang idea nak datang. Hadiah dah ada dan pastinya hadiah contest yang akan aku buat nanti agak unik daripada biasa eheh. Macam riak je bunyinya. Entah-entah aku sorang je rasa unik, sedangkan korang tak pandang pun hadiah macam tu huhu. Apa-apa pun nantikan contest yang akan dibuat dalam bulan Februari nanti, insyaAllah.
Ok. Kali ni contest dianjurkan oleh Si Gadis Bermata Coklat dengan hadiah yang lumayan bernilai RM100. Siapa yang tak nak dapat RM100, ye tak? Macam-macam boleh buat. Paling malas nak guna pun buat simpanan dalam Tabung Haji eheh. Oh ye, contest ini diberi nama CONTEST PIC Hitam Putih PALING COOL! Alah, tak cakap pun korang dah tau kalau tengok pada tajuk entri kali ni hehe. Oh ye lagi, terima kasih kepada AkuBioMed sebab daripada dialah aku dapat tau peluang untuk menang RM100 ni.
Syarat-syarat penyertaan boleh rujuk kat sini. Ada 4 syarat semuanya dan kalau diperhatikan betul-betul keempat-empat syarat tersebut tak ada pula bagitau kena letak gambar hitam putih sendiri. Tapi ramai peserta contest ni letak gambar masing-masing. Aku konfius sikit, kena letak gambar sendiri atau gambar yang Si Gadis Bermata Coklat dah buat kat blog dia macam banner kat sidebar ni? Ish, banyak pula bertanya. Nak join contest buatlah macam nak join haha.
Ok ok. Oleh kerana semua peserta letak gambar masing-masing, aku pun nak letak gambar hitam putih jugalah. Tapi bukan gambar aku, gambar seorang pakcik yang menjadi subjek fotografi masa majlis aqiqah puteri sulung aku pada 19 November 2010 yang lepas. Baca Seterusnya »
Belajar Tawakal Daripada Semut

Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebiji gandum.
Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut ke dalam satu botol dengan diletakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.
Cukup tempoh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.
Nabi Sulaiman a.s. bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji gandum?
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...
- mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
- mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
- mira: saya bersekolah di johor bahru...
- cikguden: sayang anak...
- ohcikgu: pernah makan ayam dan...
- apai: best~ cite nie memang best~





