Earn Money With CatcheyeIni satu lagi peluang untuk kita mendapat pendapatan di Internet. catcheye baru je dilancarkan pada 25 Oktober yang lepas. Masih lagi baru dan masih lagi panas. Yang bestnya tentang catcheye ni pendaftarannya tidak dikenakan sebarang bayaran. Sebelum aku bercerita lebih lanjut, jom join catcheye ni dulu. Jangan risau, tiada risiko.

Macam mana nak dapat duit?

Secara ringkasnya catcheye ni menggunakan kaedah “lihat iklan, jawab soalan dan terima ganjaran”. Ganjaran adalah dalam bentuk duit ataupun hadiah lain. Hanya daftar secara PERCUMA kemudian lihat dan klik iklan untuk menerima ganjaran. Bunyi seperti scam, tapi firasat aku mengatakan ianya bukan satu penipuan. Lagipun tiada sebarang bayaran dikenakan untuk mendaftar. Kenapa tidak kita mencuba peluang yang baik ni, kan? Lagipun ianya program buatan Malaysia.

Juga dinyatakan yang catcheye ada program amal. Dengan join program amal catcheye ni kita boleh pilih pertubuhan amal yang ingin kita sertai dan tingkatkan dana mereka dengan melihat iklan² yang kita terima. Kalau ada niat nak berbakti tu inilah peluangnya.

Jom join catcheye sekarang. Oh ye, perlu jawab 3 soalan sebelum lengkapkan pendaftaran. Soalan senang je. Nak lagi senang, meh aku bagi jawapan bocor hehe. Jawapannya ialah A, B dan A. Kalau salah jawab tak dapat mendaftar.

Jawapan dah ada, jadi apa perlu tunggu lagi. Korang cubalah program buat duit ini sekarang!

Klik di sini untuk mendaftar.

Terkenang kembali masa Amirez.com dulu difokuskan kepada tips² berkaitan dengan komputer dan Internet. Tapi disebabkan kekangan masa untuk mengikut arus perkembangan teknologi dan mendalami hal² berkaitan komputer dan Internet, terpaksalah fokus blog ni ditukar (malas sebenarnya haha).

Punca utama aku kurang idea nak menaip entri baru kebelakangan ni disebabkan kurangnya membaca buku mahupun majalah dan juga ketiadaan masa untuk merangkak ke blog² kawan mahupun lawan (ada ke?). Jadi tipsnya di sini untuk mengelakkan mental block, rajin²lah membaca. Sejak dua menjak (istilah BM salah! Jangan amalkan dalam ujian BM) ni sibuk dengan kerja. Kerja kat ofis, outstation dan juga projek sendiri yang bakal dilancarkan insyaAllah 25 November nanti. Bukan calang² projek. Projek usahasama dengan saudara Nordin Jaafar, bekas vokalis kumpulan nasyid Alarme dan Raihan. Dan mungkin juga akan berkolaborasi (chee wah) dengan kartunis Ubi. Projek apa..? Akan dimaklumkan nanti :)

Wordpress Database CleanupOk. Sedang membaca di Google Reader tadi tertangkap satu entri dari Blog Perfume tentang Wp-Optimize. Plugin untuk Wordpress ni sangat berguna untuk kita bersihkan database wordpress kita daripada segala macam yang tidak perlu. Salah satu kelebihannya boleh buang post-revision. Post-revision nilah yang selalu makan banyak space dalam database kita. Penerangan lanjut boleh baca di entri Blog Perfume.

Baru try tadi untuk blog kompeni dan resultnya aku berjaya jimatkan space sebanyak 488.195 Kb. Banyak juga tu. Klik pada screenshot di bawah untuk sedikit gambaran.

Pembersih Database untuk WordpressPlugin ni sedikit sebanyak membantu juga untuk jimatkan ruang database kita. Untuk makluman, space hosting Amirez.com dah over limit huhu. Tengah mencari solusi untuk buang segala bendalah yang tidak diperlukan.

Download Wp-Optimize

Salam semua. sihatlah hendaknya sekarang ni. Wabak H1N1 pula dah lama tak kedengaran. Harap² wabak tersebut hilang dan lenyap di dunia buat selamanya. Sejak Tuan Guru Nik Aziz buat solat hajat tak berapa lama dulu, kes kematian akibat H1N1 makin lama makin kurang kedengaran. Alhamdulillah. Mungkin berkat doa daripada orang lain juga. Sama²lah kita berdoa.

Ringkas saja.

Tengah check email Yahoo yang penuh dengan mesej sampah tadi terperasan satu email daripada pihak Maybank. Siapa yang tidak mahu buka email daripada pihak yang menyimpan duit kita kan? Tanpa fikir panjang aku terus klik pautan email tersebut, walaupun aku tau ianya bukan email daripada pihak Maybank. Ianya adalah email spam atau lebih tepat dipanggil fraud email. Sila ambil perhatian, pihak² bank tidak akan menghantar sebarang email pemberitahuan atau apa² notis kepada kita melalui email. Jika ada sebarang maklumat penting, pihak bank akan menghantar surat terus ke rumah kita.

Email yang aku dapat seperti gambar di bawah:

Maybank Fraud

Siapa² yang klik pada pautan Login tersebut, kemungkinan besar anda telah terjerat. Segala maklumat akses ke akaun Maybank anda dapat diterima oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ni. Boleh jadi dalam sekelip mata duit anda di dalam bank tersebut akan lenyap. Jadi berhati²lah ye.

Baru je sampai KL. Bertolak pukul 4 petang, sampai tepat² pukul 10:30 malam. Memang dah bajet sampai waktu tu pun. Balik kampung Jumaat lepas cukup² 6 jam. Selalunya makan masa banyak tulah. Tapi kepala aku masih kehairanan macam mana balik raya puasa tahun lepas boleh drive cuma 5 jam setengah je. Dah la berenti kat Petronas setengah jam, minum² kat R&R Gua Musang lagi dalam 45 minit. Drive taklah laju sangat. Macam mustahil je boleh laju macam tu.

Masa bertolak dari kampung tadi rasa dah boring dah balik sorang². Hanya celoteh Dj dan lagu Jepun yang aku burn hari tu je jadi peneman. Kereta pulak agak banyak. Nak laju sangat pun tak boleh, sekitar 80 KM/j je bleh drive. Mata dah mengantuk dah drive slow² neh. Lebih kurang 100m dari R&R Guna Musang dah mula jem. Nun jauh di depan tak nampak apa² berlaku. Nak kata road block mustahil pulak tengah² hujan lebat neh. Mungkin accident.

10 minit nak ke tempat kejadian, memang sah ada accident. Sebelah jalan ditutup. Polis dah sampai dah. Sempat jugak aku rakam kereta malang tu. Kasihan dia. Tuannya tak tahulah macam mana. Harap² oklah. Saksikanlah sendiri keadaan kereta tu. Maaflah ye kawan² video kurang best. Masa rakam tu mata tengok ke depan eheh.

Read more

FREE Nokia 5800

FREE Nokia 5800

Siapa yang tak nak dapat handphone FREE kan? Baru saja tau tadi daripada sorang kawan kat Friendster yang kita berpeluang untuk dapat handphone secara percuma. Tak pastilah kenapa nak bagi percuma, tapi yang pasti ianya peluang baik buat kita. Bukan sekadar handphone, kita juga boleh dapat konsol game, pemain mp3 dan HDTV. Semua percuma. Boleh pilih model apa yang kita suka.

Semua ni atas pemberian XPANGO. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah register, kumpul kredit dan terima hadiah percuma. Itu saja. Register pun tak kenakan sebarang bayaran. Jadi apa salahnya kita mencuba kan?

Selain iPhone 3GS 16GB, dah lama aku mengidam Nokia 5800 ni. Boleh register terus melalui link ni http://tinyurl.com/y92oclb.

Get FREE Gadgets

Moment Ville - Free Wedding WebsiteRamai juga yang menamatkan zaman bujangnya baru² ni. Yelah, asalkan cuti je mesti bertimbun kad walimah datang ke rumah. Alhamdulillah, perkahwinan itu satu cabang ke arah kebaikan hidup di dunia ini.

Sabtu lepas kawan sekelas aku, Rashidah telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Rafiq yang juga kawan sekelas dengan aku di UTHM. Esoknya pula lagi satu pasangan sekelas dengan aku di UTHM berkahwin di Penang, Noor Hidayah dengan Imamuddin. Tahniah semua :) Maaflah kepada Rashidah, tak dapat nak ke kenduri kahwinnya di Kota Tinggi. Ada urusan di PICC pada hari tu. Kenduri rumah Dayah pun tak dapat pergi. InsyaAllah aku akan ke kenduri di rumah Imamuddin Sabtu ni. Sekali lagi minta maaf kepada Rafiq tak dapat ke kenduri di rumahnya di Pahang pada hari yang sama. Apa² pun, tahniah.

Oh ye, tak lupa juga kepada Haslina Sulfani yang bernikah pada 24 September lepas. Kekesalan masih berbuku di hati sebab tak dapat tunaikan permintaan dia untuk jadi wedding photographer huhu.

Suka aku nak kongsikan satu website ni yang sangat sesuai kepada pasangan² pengantin yang ingin memori indahnya disemadikan di Internet buat tatapan rakan² dan sanak-saudara yang jauh. Boleh masukkan gambar, cerita kisah pertunangan dan perkahwinan, masukkan map untuk ke tempat kenduri kahwin, ucapan kawan² dan macam² lagi. Template disediakan. Tinggal nak edit teks je. Memang mudah. Paling penting ianya PERCUMA dan kekal.

Jadi silalah ke MomentVille.

Alternatif

Kalau nak nampak lebih menarik bolehlah mengupah kami untuk setupkan satu laman khas untuk perkahwinan anda. Tapi dikenakan sedikit bayaran untuk membeli webhosting dan domain name serta maintenance. Semuanya kami uruskan. Apa yang anda perlu sediakan hanyalah gambar², teks dan maklumat saja. Dengan ini anda mempunyai satu laman web sendiri yang nampak lebih profesional dan lebih menarik.

Harga PROMOSI yang ditawarkan adalah RM 350 RM 290 RM 160 sahaja. Harga ini akan kekal sehingga akhir tahun 2009. Kami yakin tidak ada servis lain serendah harga ini. Mungkin kami boleh dikatakan gila dengan meletakkan harga yang amat rendah ini, tapi demi anda yang berkunjung ke sini kami tidak berkira sangat. Anda tidak akan jumpa di tempat lain dengan harga sebegini rendah pada ketika ini. Hubungi kami sekarang untuk tempahan.

oh ya, servis ini hanya untuk setupkan laman web bagi memaparkan gambar² kenangan manis anda (pertunangan, perkahwinan atau apa saja) sahaja. Atau dengan istilah lebih tepat dipanggil photoblog.

Semoga kenangan indah anda akan bersemadi di alam Internet :)

Dinner di Satay Station

Salam ceria saudara saudari. Dah makan? Puasa 6? Alhamdulillah. Itu yang kita mau. Semoga pahala puasa saudara saudari bertambah-tambah kali ini, insyaAllah.

Pernah dengar Satay Station? Peminat Maria Tunku Sabri dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan mesti pernah tengok restoran ni dalam TV. Dua hari lepas aku sempat ke sana untuk makan malam dengan Hassan. Idea nak makan kat Satay Station ni datang secara spontan masa bergerak pulang ke KL dari Melaka. Hassan cakap satay kat situ memang sedap. Restorannya pun unik, macam rumah kampung. Kalau datang ke sana mesti tak rasa macam datang ke restoran. Erk…restoran ke kedai makan ek? Aku tak dapat nak klasifikasikannya huhu.

Sampai kat Satay Station dalam pukul 10 malam lebih kurang. Memang betullah, tak nampak macam kedai makan pun. Sekali tengok mesti fikir rumah orang tengah buat kenduri hehe. Rumah tradisional dengan laman yang cantik, siapa sangka sebenarnya ia adalah sebuah restoran satay.

Read more

Page 5 of 17« First...«34567»10...Last »

Blog Widget by LinkWithin